Tuesday, 7 February 2017

Personal Shopper Ikea Putrajaya

**UPDATE TERM & CONDITION**



Untuk peminat Ikea. 
Yang susah untuk ke Ikea. 
Tapi nak beli barang Ikea. 


Jangan risau. 
Personal shopper anda disini. 
Personal shopper area Putrajaya.

Boleh terus whatsapp untuk lebih details. 

Trip ke Ikea biasanya dilakukan selepas minggu gaji/ hujung bulan.

Cepat cepat order sekarang. 



Untuk memudahkan fikiran anda, meh kita bagitau cara bajet kadar upah dan kos penghantaran.


UPAH

Untuk barang pertama charge RM5 (berat yang kurang daripada 5kg dan bersize kecil).
 Untuk barang kedua ketiga dan seterusnya (barang yg sama), mungkin zero charge atau RM1 atau RM2 dan seterusnya, (bergantung kepada jenis dan berat barang) 
Contoh: food cointaner/ bekas makanan , memang zero charge la untuk yang kedua, ketiga. Tapi kalau banyak lagi, mungkin ada charge la sikit-sikit.

Jadi, di-rekemen-kan untuk beli la 2 3 barang, supaya dapat cut charge upah :)



PENGHANTARAN

Kawasan Putrajaya

1) FREE delivery bagi pembelian minimum RM50 dan ke atas

2) Caj penghantaran RM1 / km bagi belian bawah RM50

atau

3) Self pick up at Fasa 6 Presint 9 




Untuk kawasan lain, saya boleh tolong beli dan hantarkan. Caj penghantaran sama seperti di atas.
RM1 / km.

Jika tuan/puan tak kisah untuk bayar, saya pun tak kisah untuk menghantar.


Terima kasih.
(^^,)v


Sila  like page : personalshopperikeaputrajaya (FB)
                      : personalshopperikeaputrajaya (IG)

Atau whatsapp terus 017 489 1397 



Tuesday, 12 July 2016

Mee Bandung Mamak

Camni rupanya mee bandom mamak. 

Order mee bandung, dok sebut bamdom bandom. Whatever lah!  


Friday, 1 July 2016

KATE Mousse BB

Reward untuk diri sendiri !!!



Pusing pusing kat Watsons, ternampak tester BB cream ni. Terus la try kat tangan. Lembutttttttttt. 

Cari kat mana yang stok baru nya. Takda pulak. Pi tempat lain dulu. Pastu cari lagi Bb cream ni. Takda jugak. 5 kali jugak la aku pusing situ. Sampai guard pun dok tengok. Ingat aku nak mencuri keee???!!

Test lagi. Harga pun takda. Last last jumpa jugak. Tersembunyi sikit yang stok baru. Tapi harga takda jugak. Nak pi scan, scanner rosak pulak. 

Bajet mesti RM70+. Sebab powderless yang aku beli haritu pun RM70+. Tapi time beli ada sales tinggal RM50+ je. 

So, pusing kat Maybelline buat backup incase mahal la harga. Pi kat kaunter suruh staff dorang scan, dia cakap RM35.10 je. 

Apa lagiii...terus beratur bayar la. 

Serius best !!!

Tuesday, 21 June 2016

Rambut Luruhhhh !!!

Akibat terjebak dengan iklan.

Aku ni memang hobi tukar jenis-jenis jenama apa-apa pun. Pencuci muka la, syampoo la.. Kosmetik laa... Tengok macam best, beli.

Tapi !!! Mimpi buruk ku bermula bila aku tukar syampoo. Sadisssss baq hangggg !!

Sebelum bersalin memang rambut banyak jugak gugur. Tapi takla seteruk ni. 
Selepas bersalin, dalam pantang memang tak guna shampoo. Disebabkan rambut aku kering, just lumur minyak almond yang beli kat Mydin jer. Elok! Tak luruh pun rambut. Lepas pantang still kat kampung, aku guna shampoo Safi. Pun tak nampak sangat la gugurnya.

Bila balik rumah sendiri, terpemgaruh la dek iklan syampoo Dove. Terus la beli yang botol besar. Syampoo dan conditioner.
Sekali pakaiiiiiiiii.... Amek hang !!



Sekali aku sikat rambut, luruh banyak ni. 
Kalau pegang sesaja hujung rambut pun, luruh banyak ni jugak.



Tengok pulak time aku tidor. Penuh atas katil.
Stressssssss !!!

Kalau rambut lepas, tak ikat, memang penuh la lantai rumah. Jenuh lahai sapu. Luruh tanpa dipaksa pun. Nyampahhh !!! 
Dah la ada budak kecik tu. Kalau nak letak atas katil, kena kumpul-kumpulkan rambut dulu, buang. Kalau bagi dia golek atas karpet, memang kena sapu dulu la takut dia cengkam rambut, pastu tangan masuk mulut. Dah la vaccum pulak rosakkkk ! Sakit hati berganda !


Mungkin rambut aku tak sesuai dengan Dove. Ada orang ok jer. Macam kosmetik muka jugak la. Ada orang tak sesuai yang tu, ada orang ok je. Ada yang sesuai yang ni, tak sesuai yang tu.


Now, dalam fasa pemulihan.
Pakai minyak almond jer dulu.
Tapi nyampah la tengok rambut berminyak.

Maybe kena pakai pantene hair fall control kot. Dulu aku pakai ok je. Tapi gatal kepala la pulak kelemumur. Adoi laaaaa. Takda ke syampoo yang 5in1 terus. Untuk semua masalah.
Hu hu hu hu

Monday, 20 June 2016

Bulu Mata

Nasibla bulu mata si kenit ni panjang.
Takla macam mama dia. 1 cm jer. Huhuhuhu