Holaaaaaa !! Kelipkelip datang lagi......
Kali ni nak cerita edisi melencong. Ke mana ??? Tengok tajuk laaa. He he he
Akhirnya impian nak ke USS tercapai jugak. Bukan masuk dalam wishlist 2014 pun. Last minutes planning. Taktau nak pi mana dah. Nak pi tempat lain semua nak kena booking flight. Dah tu last minutes gini haruslah beratus riban tiket. So............. oversea yang paling dekat, Singapore lah ! Nak jugak pi cop passport katanya. Rugi weh baru satu cop je passport aku. Hoh !!
Dah nama last minute planning, haruslah kalot aku searching bagai dalam internet. Nasib la ada blog-blog sekarang ni. Type je keluar je semua cerita blogger lain tentang USS.
Tiket masuk USS harga RM185. Tapi alhamdullilah mR.him tanya kawan dia, dan kawan dia ada kawan yang kerja agen bawa pelancong ke USS. So dapat la harga murah sikit. Bila dia cakap dah booked tiket dengan kawan tu, baru la aku booked hotel. Hotel ni pun aku baca dalam blog jugak. Semua pakat cerita pasal Tune Hotel Danga Bay, sebab bas yang ke USS akan tunggu depan hotel. So nak senang, memang aku pun booked la Tune Hotel.
Tapi..... tak boleh buat payment la pulak thru online booking ni. Kenapa ???! Sebab aku takda credit card huhu. Apasal la korang tak buat dua pilihan payment. Versi debit dan credit card. Kan senang. Ni menyusahkan la bagi orang-orang yang tak kaya macam aku ni. Pakai debit card je pun. Tak mampu nak pakai credit card huhu.
Dah tak boleh, aku just terus call je call centre dorang. Ada blogger tu cakap, boleh booking online via phone dan guna debit card. So, call je ! Dannnn senang je. Sebab aku dah daftar kat web Tune Hotel tu. Semua data dah ada, so bila aku call dorang, dia just confirmkan je la nama sekian-sekian. Aku pilih add on apa-apa. Then payment je via debit card. Nasib baik boleh dowwh. Siap booked hotel ! Dapat invoice thru emeil, just print je.
Tune ni nampak je la murah. Tapi hakikatnya murah tu korang dapat bilik je la semata-mata. No toilettries, no towel, no aircond. Ha ha. Tu pun murah kalau booked berbulan-bulan awal. Memang murah la !
Tapi kalau dah last minute booked, harus la mahal sikit. Aku dah pilih nak ambil aircond. So, aku pilih pakej Cozy, 24hrs Aircond + Towel + Toilletries. Tak payah la internet bagai. Bukan naik main internet 24jam pun. Rugi ! Pastu aku add-on breakfast for 2 sebab nak makan awal before gerak ke USS 7.30 pagi tu. Kedai lain harus la tak buka lagi. Breakfast sorang RM12. Pejam mata je la breakfast RM 24 pun.
Pastu add-on transport ke USS pulak. Of course la aku pilih naik bas. Tak hingin aku drive sendiri dalam tu. Dah la taktau tempat kat mana. Pastu kena bayar parking pulak. Harus la berpuluh-puluh ringgit kan. So, better naik bas. Cara paling selamat. So, bayar la RM 25 sorang untuk tiket Odyssey Coach tu.
Tiket bas nak ke USS tu boleh je beli kat kaunter kat bawah Tune Hotel tu. Company Odyssey. Tiket beli kat kaunter RM 30. Baik beli sekali dengan hotel. RM 25 je. Jimat sikit dah.
Eh eh ehh sebelum pi haruslah tukar duit dulu. Untuk beli apa-apa dalam tu. Tapi aku tukar sikit je. RM250 jer. Dah nama bajet kan. Tapi ko tau dapat berapa ??? Dapat 95 dollar singapore jeeeeeerrr. Iskiskisk sedih matawang kita. Kecik je.
Untuk makluman #ceh.macam.ada.orang.baca.sangat aku tukar duit di money changer kat Alamanda. Dia dok kat Level 2, dekat depan Ambank dan Secret Receipe tu.
Pack baju barang pulak. Aku beli siap-siap bekalan makanan untuk di sana. Dah nasihat blogger lain bawak makanan. Sebab kat sana makanan sangat la mahal. Tak berbaloi rasanya. So, alang-alang dah makanan boleh bawa, kita bawak je la. Kan jimatttt. Siap-siap kan la bekalan roti bebanyak. Air mineral.
Untuk main waterworld tu, better bawak baju hujan sendiri. Kat dalam tu ada jual, tapi macam biasa, mahal. So, beli je la ponco kat Watson tu. RM3.30 je pun. Jimatttt.
Ohhh lupa. Masukkan semua ke dalam beg galas. Senang nak travel nanti. Handbag ni tak payah la. Takpayah nak ladies sangat. Bukannya nak pi shopping. Uhuks.
Siap untuk bertolak. Yuhuuuuuuuuu
to be continue..............................
**will be upload the pictures
Assalamualaikum, berkenaan pertanyaan tentang Kinabalu Pine Resort itu, Sekarang sudah naik harga, minta maaflah, jadi gov rate, 189 untuk standard room (valley), twin @ queen (dulu rm170). Yang ini ada breakfeast. Kalau harga biasa rm 210. Jika confirm booking, mesti bayar terus guna kad kredit@debit (kalau nak bank in kena tanya akaun dulu kut). Bulan enam yang lepas (2014), dibenarkan booking sahaja dan bayar di sana. Nampaknya mereka telah ubah regulation. Maaf sekali lagi.
ReplyDeleteada diskaun, akak baru je call sana. Tanya pada miss Azlina. Tadi bercakap dengannya. RM189
ReplyDelete