Monday, 17 February 2014

Adab sebagai Tetamu

Korang suka tak kalau ada orang datang umah korang, dan memandai buat macam rumah sendiri ?? Contohnya masuk bilik korang, pakai segala barang korang ?

Pada aku, memang pantang 44 la orang buat camtu kat rumah aku. Memang boleh menimbulkan kemarahan kuasa 44 jugak la.

Sebab aku jenis yang tak suka nak buat camtu kat rumah orang, jadi memang aku TAK BOLEH terima orang buat camtu kat rumah aku.

Selama ni dok rumah mak aku, just budak-budak je buat perangai camni. Tapi takda la sampai ke dapur ambil makanan yang aku dah sembunyi. Setakat barang yang tak luak tu aku tak kisah la nak ambil main. Ini perangai orang tua.

Kau bayangkan aku dah bagi coklat kat anak dia sekali, buat rasa dah la. Tu pun aku dah baik hati nak bagi coklat yang aku suka. Tetiba ada saudara aku bagi kat budak tu sekotak lagi. Tanpa kebenaran aku pulak !! Elok pulak dah abes makan, dia mintak lagi. Bila orang buat taktau, budak tu pi bagitau mak dia suruh ambil kat kabinet dapur tempat aku simpan tu.

Yang aku bengang bin marah, mak dia selaku orang dah tua, pandai-pandai la cakap dah abis ke ape ke. Kau pun tengok tuan rumah tak kata apa. Means orang takmau bagi la tu. Tak pahammmm ??!!! Kau pi dapur buka kabinet almari aku, kau ambil bagi anak ko. Without my permission !!!!! Dan aku marah jugak sebab benda tu bukan aku beli, tapi orang bagi !!! Aku tak suka barang orang bagi kat aku, then orang lain yang gunapakai.

Memang dasar takda adap !! Bukannya tak cerdik. Belajar tinggi kot. Tapi bab adap, FAILED !!!

Cuba kalau pi rumah dia, orang nak basuh tangan pun tak bagi masuk dapur. Macam la orang hadap sangat nak tengok dapur kau. Aku benci betul orang spesis gini. Kalau kat diri dia tak nampak, kat diri orang nampak sangat. Ke nak aku bagi hadiah cermin besar baru kau boleh nampak diri kau ??

Tapi lepas ni, jangan harap la aku nak baikhati sangat bagi apa-apa kat anak kau. Sorry to say ! Aku dah serik. Aku tau budak memang tak tau apa. Akal tak berfungsi banyak sangat. Tapi yang tua tu ????!!

Kalau nak orang suka, sila behave sikit perangai tu. Kalau dok buat perangai sukahatimakbapakkau, memang lepasni takda sape la yang nak invite kau datang rumah lagi.

Meh sini aku bagitau adap sebagai tetamu.

1. Kau jangan memandai-mandai nak melawat dalam bilik orang. Orang dah tutup pintu tu, means orang tak bagi masuk la tu.

2. Jangan masuk ke dapur tuan rumah, unless kau mintak izin dahulu.

3. Jangan cuba-cuba buka peti sejuk rumah orang. Orang tak suka hokay !!!

3. Jangan nak memandai ambil hak milik tuan rumah. Terutama yang dah disimpan rapi dalam almari. Meaning that tu barang privacy dia. Kalau tak privacy dia dah display kat depan.

4. Last but not least, dah nama tetamu tu, kau duduk je kat tempat kau. Tak payah rajin sangat nk ke hulu ke hilir. Orang dah siap hidang air depan kau, takpayah kau susah-susah pun masuk dapor.


Sekian dari tuan rumah yang taksuka tetamu tak beradap.


No comments:

Post a Comment

Jangan Malu, Jangan Segan untuk komen (^^,)