Wednesday, 23 January 2013

Welcome Back Android

Tanggal 19 Januari bersamaan hari Ahad, bermula episod ku bersama si Android. Berbuah-buah kedai dah aku masuk, tapi tak beli jugak. Survey la konon nak harga murah. Kedai Samsung masuk, kedai biasa pun masuk tapi tak beli-beli jugak.

Ada orang cakap ada kedai handphone murah kat Subang Jaya. Aku pun try google-google ada la 2 3 blog cerita pasal kedai ni. Kedai tu kat SS15. Ok laa nanti nak try cari.

Dugaan jugak nak sampai kat kedai ni. Jem yaaa hamattttt........!! Dah la ada appoinment lain lepas tu.
Dah sampai kat situ, satu hal pulak nk cari parking. Susahnya ! Ok dah dapat parking, moh kita berjalan. Dari jauh lagi dah nampak keramaian di pintu masuk. Time sampai kat pintu je, tekezutttt omak kau.... Ramainya manusia. Dah macam kat pasar.

Kena beratur dan tunggu turn. Kena pulak orang yang kat depan tu banyak songeh. Tanya macam-macam. Huhh memang berasap la jugak. Pastu yang dah beli tu, siap nak pasang screen protactor lagi. Ingat sat ker? Mau makan masa jugak nak buat elok-elok. Hmmm

Bila dah sampai turn, tanya la harga untuk Galaxy S Advance. Cina tu cakap, RM965 untuk Ori, RM799 untuk AP. Bila tanya warna putih, dia kata kena tambah RM50. huuu okay tak jadi amik. Kalau dikira-kira, 965 + 50 dah jadi RM1015. Lagi mahai dari kedai Samsung. Baik beli kat kedai Samsung dapat paperbag Samsung, tempat nak beli pon selesa. Choww to next appoinment.

Bila dah settled appoinment tu, mula la mencari kedai telefon lagi. Nak beli jugak handphone tu. Boring-boring boleh main macam-macam. Menuju la pulak ke IOI Mall. Tanya kat kedai-kedai biasa, semua harga RM999 takpun RM1099. Hmmm mahal jugak. Sewa kedai mahal kot.

Lastly last decision nak ke kedai yang kat SS15 tadi. Sebab aku nak beli yang AP set je..murah sikit. Buat backup BB je pon sementara BB nak siap repair. Dah tu beli ori mahal macam BB pun rosak jugak.

Bila dah takda janji apa-apa takpa la kalau ramai pun. Tadi ni tak tenang nak beli sebab dah lambat janji. Sampai kedai dah dekat senja. Tapi kedai still ramai orang. Memang macam kat pasar la. Tapi kali ni bernasib baik, masuk-masuk jer terus ke orang jual tu. Customer dia baru lepas blah. Fheww selamat.

Bagitau handphone yang nak, then dia terus amik. Bila cakap comfirm nak amik, baru dia soh bagi masuk sim card. Oww tapi dia kata yang Ori takda untuk S Advance sebab dah tak produce. Just tinggal AP set jer. Ehh tadi 4jam yang lepas ada lagi. Maybe orang dah beli kot. Entah !

And macam yang tadi jugak, kalau nak warna putih kena tambah RM30. Aik tadi kata RM50. Silap cakap ke atau aku yang silap dengar ? Hmm lantak la. Kira total RM829 la. Tapi dah nak tambah screen protactor kena la tambah RM20. Pastu dia pandai, tanya pulak casing. Katanya murah je. Bila tanya berapa dia kata screen protactor + casing = RM50.  Okay aje la. Sebab ada balance lagi duit, maka aku on aje.

Taraaaa siap beli. Last total RM879. Hehee balance RM121 lagi. Boleh pi makan chicken chop kat Murni Discovery. Memang port utama la kalau nak makan chicken chop. Shedapp.........


Adiosa~!


:::: Siap download segala mak nenek application dan games.. Puas hati ::::

Saturday, 19 January 2013

Bintik Bintik Merah pulak...

Tahun baru dah muncul, maka cik bintik merah pun muncul la jugak. Tapiiiii tahun ni ku tak lagi gentar untuk menanganimu bintik merah ooiiiii... *ceh ayat

Flash back balik memori tahun lepas. Bila dah start gatal-gatal, pastu muncul bintik merah, aku dah mula cuak. Adakah ini campak ???? Arghhh tak mau la. Dah 2 kali kot naik campak sepanjang hidup ni. Tanya orang yang tua-tua sikit, and the answer is NO. Uhhhh selamat. Tapi takot jugak. Macam orang sakit aids je dah. Bintik-bintik merah penuh tangan. Euwww

Bergagah la diri aku cari klinik pakar kulit. Sampai ke Bangi tu sorang-sorang. Kena buat appoinment bagai la. Huhh fedup ! Balik terus pi klinik kesihatan. Takda orang la sangat dah pukul 3 pon. Hahh doktor kata sebab hama kot. Jadi kepala macam kena gigit binatang. Dapat la ubat sapu krim putih tu jer.

Seminggu la aku sapu ubat tu, nothing changed pon. Dah mula naik kat badan pulak. Dah la susah nak sapu ubat oo kat belakang badan. Jenuh buat aerobik aku. Last-last takmau hilang jugak, aku try la sapu krim yang aku beli kat farmasi dulu. Hahh 2 ari dah kurang merah. Cisss...!! Kalau ku tau, dah lama guna. Buang tenaga dan masa jer. Nasib la aku tak pi  kat klinik swasta tu. Tidak melabur dua tiga ratus. Uhhhh

Tahun lepas jadi dalam bulan 3. Tahun ni awal la pulak muncul. Grrrrr tak suka hokay ! Nasib lagi naik kat kaki je. Kalau nak kat belakang lagi, tunggang terbalik jugak la aku nak sapu ubat. Owww untuk tahun ni, aku dah tak amik ubat di mana-mana. Just guna ubat krim yang selalu guna tu je. Tapi mahal jugak apa. RM17.90 gitu.

Bila time tido jer, mula la start gatal. Tapi tak gatal semua. Sebiji ja gatal. So aku bangun sapu ubat untuk semua supaya aku tak garu. Tangan aku ni memang tak boleh dok diam. Gatal sikit je, seronok la aku nak garu sampai lekat parut-parut. Dah la makan bertahun nak hilang satu-satu parut. Tak suka hokay !!

Tapi harus ku terima dan redha dikurniakan kulit sensitip ni. Hmm kulit tak tahan segala habuk, kotoran. Nasib bukan jenis alergik makanan. Tidak hilang la nikmat hidup kalau kena pantang makan. Huuhuu


Adiosa~!


:::: Cepat-cepat la mati wahai kuman ::::

Friday, 18 January 2013

Merisik Handphone Baru

Line clear arini. So.....its time to update my blog laaa. Rehat panjang katakan.

Dalam minggu ni, boleh dikatakan setiap hari la aku dok meng'google' pasal handphone ni. Pilihan pertama mestilah Samsung Galaxy S Advance. Ni gara-gara masuk kat kedai samsung kat Midvalley hari tu. Terus terjatuh chenta dengan S Advance ni. Apa lagi........

Hari-hari dok google pasal handphone ni. Nak tau jugak best ke tak kan. Berbaloi tak kalau beli. Buatnya contra banyak dari pro tak ke naya. Bukannya seratus dua. Mau dekat 1k jugak ni.

Dah habes godek-godek kat google, yang aku baca banyak pro la dari contra. Pheww nasib lagi. Tidak kena la google handphone lain pulak.

Salah satu contranya dari segi camera. Tak boleh zoom hokay ! Tapi not a big problem kot. Tak payah la amik gambar jauh-jauh. Pi dekat lubang hidung orang tu terus la kalau nak snap. Kahkahkah. Okay tak lawak (-_-")

Overall aku baca review pasal handphone ni, okay la. Semua orang recommend beli. Dah tu sekarang ni boleh update pulak OS dia dari Android 2.3 Gingerbread ke Android 4.1.2 Jellybean. Kiranya OS dia dah sama macam Note la. Owww rerupanya Note 1 pun guna Gingerbread yerk. Hampir sama la jugak. Kalau nak tau lebih detail lagi, sila google yer. Aku pun baca dari otai-otai gadget pasal ni.

Apa-apa pun keputusan adalah muktamad. Nak beli handphone S Advance jugak ! Sapa-sapa yang hasut aku nak pakai Note tu, sorry laaa... Aku tau la Note tu lagi ok, lagi best. Boleh buat macam-macam. Tapiiiiiii bab harga tu yang tak okay nya. Bajet aku 1k ke bawah jer yerr... Kalau rasa baik hati nak sedekah tu, malam ni jugak aku boleh sambar Note tu. Huhh !!

Yang penting aku boleh main games dan edit-edit photo sudah. Sebab beri hitam limited sangat untuk ku main games. Hukhukk


Akan kau jadi milikku.... *sumber: google image*


Sebab-sebab aku tertarik kat handphone ni :-

1. Design - Cantik menarik kau memang debomm laa. Kan ada iras macam SII jugak. Cuma kecik sikit ja. Petak cun ajee buat ku tertarik padamu. Owhhh
2. Kos -     Harga pun okay la dengan bajet aku yang tak semenggah ni. Tak mampu derr nak pakai mahal-mahal. Cukup la blackberry yang mahal dan buat perangai tu. Serik !
3. Spec -   Aku suka. Terbaik la bagi aku. Cuma kamera je tak boleh zoom.


Ohhh lupa. Sebelum ni aku penah jugak pakai Samsung Galaxy S ni. Tapi yg GTi9000 tu. Yang ni GTi9070 dia upgrade sikit je. Tengok model pun dah nampak kan beza sikit aje. Hak poyo je kan. Dulu ada pi jual. Now nak beli macam tu jugak. Cihhh


Adiosa ~!


:::: Selamat kembali ke android ::::

Tuesday, 15 January 2013

Kenapa Sukar Untuk Berubah ??

Betul la kata-kata, berubah untuk kebaikan tu amatlah susah. Sebab? Sebabnya segala perkara tu dah jadi tabiat dan lumrah hidup kita dah. Tapi berusaha untuk kebaikan amatlah digalakkan kan.

Hari demi hari, macam-macam cerita kedengaran pasal tanda-tanda kiamat. Disebabkan oleh cerita kiamat 21 Dec 2012 yang lalu di kalendar maya, telah membuatkan aku menjadi takot, tersangat takot. Aku tak percaya pada tarikh tersebut, tapi aku takot andai kiamat dah dekat, cukupkah bekalan aku untuk dibawa ke sana nanti. Aku takot dengan pembalasanMu, aku takot dengan nerakaMu.

Dan sampai bila nak berterusan hidup seronok-seronok suka-suki di dunia yang sementara ni. Yang pasti akhirat adalah selamanya. Dan balasan di sana amatlah pedih !

Sesungguhnya aku akan berusaha sedaya upaya untuk merubah diri aku. InsyaAllah berharap termakbul jua harapan aku ni. Aku ingin jadi penghuni Jannah Mu Ya Allah.


"Ku berdoa padaMu Ya Allah, semoga diberi petunjuk dan hidayah kepadaku yang akan membawaku ke syurgaMu. Hanya padaMu ku bersujud"

Tuesday, 8 January 2013

Bengkak kat Leher

Masuk hari ni dah 4 hari leherku bengkak. Bila pegang ada 2 ketol biji. 1 besar dan 1 kecik. Taktau pasal apa. Kot salah tido kot. Hmmm maybe...

Hari ke-3, tak jugak surut-surut bengkak ni. Nak kata sakit, tak la sakit sangat-sangat. Nak kata tak sakit, terasa la jugak... 

Aku pon konon pandai sangat, tuam la ngan ais ketol. hahahaha. Takda perubahan pon...
Petang tu pulak, try sekali lagi, guna air panas pulak. Celop sapu tangan, pastu tuam kat bengkak tu. Tu pon ingat-ingat lupa. Camna orang hilangkan bengkak. Nak google tak boleh. Almaklumla BB masuk ward. huhuhuuu try and error je laa haku...

Seketika kemudian, terasa la okay sikit. Rasa macam surut sikit. Sakit pon rasa sikit-sikit je. Hoyeaaa dah okay kot. Esok mesti okay 100% ni. hehehehehe

Bangun pagi, still bengkak jugak. Sakit bila tido pusing kiri pusing kanan. Almaklumlaa tido buas. Aku bukan takot apa, cuma takot kalau-kalau suspect tiroid. Ohhh nooo... Takmau operate, takmau masuk ward. Takooottttttttt

Bila takot, haruslah ke klinik. Pencegahan awal itu penting. Menuju la haku ke klinik kesihatan. Haruslah tunggu berejam. hmmm takpa. Free punya pasal. Nak ke swasta, haruslah spare rm100. Mana tau kot lebih dari rm50. Dah tu, if suspect yang serius, kena jugak refer hospital kerajaan. So alang-alang, lebih baik ke kerajaan terus. Ye idokk...

Okay...Penantian suatu penyiksaan...1 jam proses pendaftaran, 1 jam proses untuk dirawat... Phewwww jenuh temenung jugak la aku... Tengok ragam orang... Dah laa tak boleh online kannnn... Mati kutu la gitu...

Alkisah bila masuk jumpa doktor, dia check dan tengok, dia kata kelanjar bengkak. disebabkan oleh jangkitan kuman. Aku pon terus tanya, "Bukan tiroid kan??"... And she said, "Tiroid kat sini (tunjuk tengah leher)".. huhuhuhuuuu lega la sikit hati aku. Tadi kat luar kemain takot. Macam-macam dah terbayang. huhuhu. Tau takot..kan kan kannnn. Doktor kata, mungkin disebabkan demam, batuk atau selsema. Tapiiiii aku tak batok  pon, selsema pon dan demam pon. Abess tu macam mana boleh kena jangkitan ??? Hmmm confuse saya.huh!

InsyaAllah dalam 5hari akan hilang. Doktor bagi antibiotik, ubat surut bengkak dan hilang sakit (paracetamol). Dia tambah lagi "Kalau tak hilang, datang semula". Huhuuuu itu yang ku takmau tu. Berharap sangat cepat la sembuh wahai leher. Pergilah jauh-jauh wahai kuman. Saya taknak kamuuuuuu !!!


Adiosa ~!!


:::: Rajin-rajin makan antibiotik, supaya cepat sembuh ::::

Saturday, 5 January 2013

Cont : Ohh My Blackberry

Sambungan untuk cerita itu...

Tadi aku chow to PJ. hantar my BB to service lorr. Sampai dalam pukul 1.30 gitu. Aku expect mesti tutup. Time rehat kannn. Bila naik ke tingkat 3 kat Wisma Kemajuan tu, tengok-tengok bukak. Nasib lagi. Kalau tak, kena la tunggu berjanggut kat situ..

Ambik nombor, pastu tunggu. Takda orang pon. Baru dok seminit, dah naik nombor aku. Bagi kat staff tu cakap blank screen, terus dia ambik tanya dah backup ker belom. Then dia tolong backup masuk memory card. Dia kata kena hantar RIM semula. Kat Singapore nun. Aku pon tanya "berapa lama siap?". Dia kata "20 hari".

Ohhh nooooooooo !! Ingatkan memang repair kat sini. Jauh-jauh aku cari tempat ni, aleh-aleh kena tinggal jugak. 20 hari pulak tu. Hmmmmm kuciwa. Apa nak buat tanpa BB nii. Buntu.....

Tapi nasib jugak la under warranty lagi. ye laa baru 8 bulan kot. Agak-agak la nak rosak pon. Tapi okay jugak, buatnya dah habis warranty, memang aku buang terus je la. Kalau tanpa warranty, harga repair rm550 orang tu cakap. Nah amekk kau !! Tapi memang BB Bold, dia kata selalu jadi blank screennya. huhuuhuuu

Takpe laaa dah macam tu. Tinggallah kau wahai BB.Go back to Singapore tu. But make sure u're completely alrite when u back. k...

Semoga kau sembuh kembali seperti dulu kala. Aku akan setia menunggumu disini.........


Adiosa ~!!


:::: Menghitung hari, detik demi detik ::::


Thursday, 3 January 2013

Ohhh My Blackberry

Hmmmmmmmmmmmm dugaan di permulaan tahun baru.

Elok-elok jer pagi tadi aku bangun then tengok fb. Takda problemos pon. Tak jadik line-line pon.
Tetiba jer, aku sampai opis, tengok-tengok skrin dah blank. Jadi putih semua. Ooo mak ngaiii. Cemano nihhh ???! Nak buat apa pon tak boleh dah. Call pon tak nampak, nak text lagi laaa. Ayoyoyoyooo ammaaaaa. Blur 10minit.

Last-last aku try jugak la dail number. Ingat step by step nak call orang. Hehehe taraaaa dapat. Nasib lagi. Cerita kat orang tu, cerita kat orang ni. Ok solution nya bawak g kedai yang beli tu balik. Nasib lagi under warranty. Tak sampai setahun pon lagi weyyyyhh. Gerammm !!! Dah la maheiii !!

Tengah ari aku g la kedai yang aku beli aritu... Tau dia kata apa ????????! Dia kata kena hantar kat service center laa. Sendiri ???!!! Yup. dia kata kalau dealer hantar take time sebulan gitu. WTH ??!! Pemalas punya kedai. Takpa takpa.

Balik opis, mula la search service center. Kat KL service centre nya kat Plaza Berjaya. Ala depan bangunan Times Square tu. Nasib dokat jugak dan tempat yang memang familiar laa ngan aku. kalau tempat lain korang boleh view kat sini .

Tapi yang menjadi problemnya, operating time dia tu. Ishhhh why la mesti weekdays jerk. Hari keja tu, nak g cemano. Grrrrrr gerammmmmm !!

Tapi satu benda yang harus dibuat, ialah beli handpone baruuuuu. Huhhh tak excited pon. Takmau beli mahal-mahal dah. Nanti seropa jugak jadiknya. So aku beli yang paling murah punya. Nak sangatkan pakai keypad yang 3x3 tu...kan dah dapat. Hamekk kau. hakhakhak...

Apa-apa ponnn. Janji dapat call, dapat text. daannnn dapat jadi alarm pagi-pagi..huhuhuu


Adiosa ~!!


:::: Sabarlah duhai hati ::::

Tuesday, 1 January 2013

Happy New Year 2013

Assalamualaikum

Happy New Year for everyone...


                                                                    ** Google Images


Pejam celik pejam celik dah masuk tahun baru. Dan blog baru pun tercipta. Berharap blog ni dapat la bertahan hingga ke akhirnya. Jangan la malas-malas dan jangan la ada anasir luar yang mengganggu aku nak  berblogging ni. Aishhh !

Harapan dan impian untuk tahun ni ???

Berharap aku dapat berubah ke arah kebaikan. Untuk kebahagian di dunia dan akhirat. InsyaAllah

Dan semoga diriku dan keluargaku sentiasa dilindungi oleh Nya, dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan dan mendapat kebahagian di dunia dan akhirat. Amin.......


Adiosa ~!!


:::: Jom g tengok bunga api :::::