Thursday, 11 April 2013

Pedih

Bukan kecewa dipinggirkan
Aku kecewa tiada kejujuran
Bukan bersedih disakiti
Teramat pedih diri dikhianati

Sebelum kasih menjadi benci
Aku memilih berpisah disini

Bila tiada kesetiaan
Tak mungkin teguh pendirian
Biar menangis di ketika ini
Tidak rela menangis di kemudian hari

Hilang kekasih mungkin berganti
Yang ku harapkan teman sejati
Sebelum kasih menjadi benci
Aku memilih berpisah disini

Dugaan Apakah...

Gudmorning !

Mood tak okey sebab ada orang buat pasal dengan aku. Menyampah tahap gaban !
Selagi aku ingat apa yang aku nampak, memang sory to say la aku nak maafkan dia. Dah habis semua aku nampak, baru nak hapuskan bukti. Puiiiiii dasar..........

Aku tak boley terimaaaaaaaa !!!! Kenapa mesti diaaaaaa lagi !!!!


:::: Cukup-cukup sudah ::::

Thursday, 4 April 2013

Wedding Preparation:..Survey and Booked Baju Pengantin

Ohmaaiiiigod... 4months 1week to go....tapi aku rasa macam lambat lagi jer he he..

Banyaaaaaakkkk sangat benda yang nak kena settle nih. Tapi alhamdullilah baju dan photographer dah booked. Tu yang paling pentingnya. Tidak tak pakai baju ler kiter. ha ha

Penat la jugak nak pusing cari baju ikut tema dan bajet yang kiter nak. Susah ! Dengan panas teriknya. Phewww mencabar sungguh. Nasib la kat area rumah aku tu banyak butik pengantin. Kira just pusing-pusing kat area tu je la. Tak la kena pi jauh-jauh. Cuma aku jer salah timing. Pi time cuti sekolah. memang takda la baju-baju kat butik. Semua dah orang pakai untuk kenduri kan. Nasib jugak la aku dapat jugak di butik yang terakhir aku melawat. Iaitu butik ke-5. Huh!!

Dah tu yang paling aku tak puas hati, semua butik-butik ni takda album gambar untuk semua baju-baju pengantin dorang. Camne nak tengok, nak tempah. ishh !!

Oklah harini aku rajin dan ada peluang untuk menaip blog. Tidak ada jer la orang yang mengacau tu. Aku nak cerita satu-persatu pasal butik-butik yang aku lawati tu. *ceh ayat

Butik pertama,
First butik yang aku pi survey ialah yang paling famous amos la kot. Aku tengok ramai bebudak sekolah aku dulu kat fb butik ni. Nama butik ni Cinderella Wedding Creation atau ringkasnya CWC. Sebab aku dah usha page fb dia, so balik kampung memang aku terus pi butik dia la. Cantik dan up-to-date. Semua baru-baru belaka. Pakej yang dia bagi pon berbaloi la dengan poket aku. Tu yang penting *hehehe. Dah tu dapat foc kek 3 tingkat pulak tu. Yang lain-lain inai dan payung memang dah biasa la.

Tapiiiiii..untuk baju yang aku nak tengok, warna tu takda la pulak. Kan dah kata salah timing. Baju semua dah keluar butik la. Orang pakai kenduri. Hmmm dan dorang pulak takda album-album untuk koleksi baju-baju dorang. Quit difficult kat situ. Ok takpe, kita tengok kat butik lain pulak.

Butik kedua,
Yang ni memang bila aku jejak kedai tu pon, dah rasa macam....errrrkkk. First impression aku dah tak ok. Confirm la baju-baju pon tak ok kan. Kedai macam nak hidup mati takmau ja. Opssss ok dont judge a book by its cover. Masuk dulu belek-belek. Pakej memang ekonomi sangat. Murah ! Standart RM1000-1500 tu dah dapat semua dah.
Tapi....yang ni aku tak bekenan baju-baju dia. Tak up-to-date. Owner tu cakap bulan 5 ke atas ni banyak lagi baju baru nak buat. Ok takpe. Just survey dulu.
Ohh lupa, yang ni aku tak tengok pon nama kedai apa.

Butik ketiga,
Owwwww yang ni first impression aku...woooowwwwww ! Jejak kaki masuk jer dah terpegun, berkilat-kilat semuanya. Manik-manik penuh baju. Memaaanngggg sangat up-to-date. Best tengok semua baju kat situ.
Tapiiiiiiii.. bila dah tanya harga untuk pakej-pakej tu yang...ermmmm ok. Pikir dulu. Agak mahal la bagi bakal pengantin bajet macam aku ni. Stantard price untuk full package dia RM3500. Tu semua dapat la. Bila aku cakap bajet aku, dia cut-cut la apa yang patot. Tapi tak memuaskan hati aku sebab tak dapat free kek. he he he.. Ok takmau. Cari butik lain.

Butik keempat,
Namanya Pinky apa tah. Masuk jer tanya warna baju tu ada tak. And dia kata tak ada. So chowww terus. Tak payah buang masa lama-lama. Penat der !

Daaaaaannnnn..............................

Butik terakhir a.k.a butik kelima,
Kenapa la mak aku baru teringat pasal butik ni. Butik ni kira sepupu bini sepupu aku punya. Ada paham?? Ok tak payah paham sangat la. he he. Nama butik ni Amesya apa tah. Cantik-cantik jugak koleksi baju-baju dia. Yang paling penting, ada warna baju yang aku nak. And bila dia tanya bajet berapa, dan dia listkan apa yang dapat. Ohhhhmaiiiiii...gila kau baju 3 pasang. Nak pakai time mana??? Dah la kain untuk baju akad nikah aku dah beli. Cadar pon dah beli, sebab aku plan takmau amek pakej bilik tidor. Buat sendiri jer la kununnya. Alaaaaaaaaaaa dah rugiiiii camni. *walaupon boleh jer pakai lepas wedding
Makeup 3 kali. Full package. Dah tu dapat lagi foc kek 3 tingkat. ha ha itu yang penting ! Dan tambah untuk photographer RM750. Tak payah susah-susah nak deal dengan photog lain dah. Dah la jenis nak reply text pon lambat. Tak suka ! Walaupun agak kureng sikit, tapi ok je laa. Padan dengan bajet la kan.
Tapiiiii.... baju yang aku nak tu takda lagi. Dia kata lepas bulan 5 6 ni memang akan banyak baju baru. So dia dah booked untuk warna yang aku nak tu. Maybe dia akan buat baru, kalau dah takda design yang macam aku nak. He he hope ada rezeki pakai baju baru. Aummm ~~

Okayy abes dah cerita. Sangat berharap la baju aku tu siap bila tiba masanya. Takot jugak kalau-kalau dia terlupa ke. Mampoihhh den !


::: Bulan 7 balik untuk fitting baju  ^^, ::::