Minggu ni minggu kerinduan kisah dan kenangan lama. Tetiba pulak boleh teringat kisah cinta zaman sekolah rendah. Gatai nauu kannn. Kecik-kecik dah cinta cintun.
Actually cerita ni tiada siapa pun tau. Even orang yang aku selalu bercerita semua cerita, iaitu my mom pun, tak pernah tau cerita ni. Bukan rahsia besar pun. Tapi entah. Aku tak suka cerita kat sesiapa pasal ni.
CINTA MONYET
Cinta ke ???? Aku tak rasa cinta pun. Just suka suki zaman tu. Well, zaman sekolah 90an (1998), mana sama dengan zaman sekolah 2000. Dulu mana ada dating, gayut di handphone bagai ni. Abah aku je ada handphone. Aku pun ada jugak. Tapi handphone mainan je la. Fefeling handphone betol. huhu. Nak gayut telefon rumah, tak privacy gittuewwwww.
Saja nak up entry kat sini. Memori zaman silam. Seronok jugak bila kadang-kadang teringat.
Perkenalan ??
Tak dapat dipastikan bila. Memang langsung tak ingat. Dah hampir 18 tahun kot, memang lost la.
Yang aku ingat, tetiba je aku dikaitkan dengan dia. Siap satu kelas aku tauuuu kot. Kelas aku dan kelas dia.
Aku ingat lagi kawan aku tanya "Aku dengar ko suka kat *** (nama dirahsiakan)?" Aku pun pura-pura la tanya "*** mana?" . Sebab dalam kelas aku pun ada nama gitu. Then kawan aku cakap, "Budak darjah 6, kelas atas tu".
Cisssss cepat sungguh angin bertiup. Dari mana tau pun taktau. Tak pernah pulak aku cerita kat sesiapa, aku suka kawan ni, kawan tu.. Pelik bin ajaib.
Dan, kat kelas dia pun sama. Bila aku lalu je, dengar laa kawan-kawan kelas dia cakap "awek ***, awek ***".
Bongek sangat. Sampai aku pun malu nak lalu. Kalau boleh elak, aku elak.
Tapi... Tapi... Tapi.......
Hakikat sebenarnya, aku dan dia tak pernah tegur sapa. Pelik kannnnnn ??
Tu sebab aku cakap, zaman dulu dan sekarang lain. Sekarang ni, dating, cakap kat handphone, whatsapp, videocall. Dulu ???
Hanya connection mata jeeeeeee. Percaya tak ????? Hahahahahahaa.
Masih segar diingatanku (ayat novel sikit), saat dia main kompang untuk event apa entah, aku berdiri beratur, biasalaa sambut cikgu-cikgu kot. Sambil jalan main kompang tu, dia tengok aku.
Bila turun bas sekolah, dia akan tengok aku kat dalam bas. Sebab rumah dia sampai dulu, jadi dia turun awal.
Feeling time tu sangaaaaaaat. Taktau nak describe.
Kalau lalu kat kelas aku, mesti dia akan pandang jenguk-jenguk dalam. Time tu boleh la aku usya dia, sebab orang luar senang sikit kita nak tengok.
Tapi, kalau aku lalu depan kelas dia,memang aku pandang belah balkoni je. Tak sior nak pandang. Actually malu. Sebab budak kelas dia dok bising-bising sebut. Puihhh.
Kawan aku pernah telefon bagitau, dia mintak nombor telefon rumah. Aku pun tak bagi pun laa. Kot ingat kawan aku sesaja nak mengusik aku. Tapi mungkin mengusik la kot. Kalau betul dia nak, mesti dah dapat dari kawan aku dah.
Dia tua setahun. So, after dia masuk sekolah menengah, aku dah tak jumpa dia dah. Sebab after darjah 6, aku pindah ke daerah lain, tapi negeri tetap sama.
Kalau aku tak pindah, maybe ada peluang untuk ber'kawan' dengan dia sebab akan masuk sekolah menengah tu jugak.
TIADA JODOH.
Takpun aku hanya perasan je. Ahahahahaaa
Sampaaaaaaaaaaaaiii saat ini. Aku rasa tu la kenangan ala-ala bercinta kot. Walaupun nampak macam tak bercinta pun. Yelaaa, orang bercinta dating semua. Aku ?? Bercakap pun tak pernah.
Sebab tu tiada istilah bercinta dalam hidup aku. Aku just berkawan dan rasa boleh go on, terus berkahwin. Teringin nak dapat suami macam dalam tv tu. Gentleman romantik. Tapi realitinyaaaaaa ???
NON HADO.
Sebab ?? Aku sendiri pun tak gitu. Orang nak romantik, aku gelak. Rock terlebih. Pak hincik pun tak sior gak laa nak romantik dengan aku. ihiiiiii.
OK laa takmau cerita pasal hincik suami. Sebab tajuk ni, cinta monyet. So, cerita pasal monyet je la. Ehekkkkkks.
Kepada semua yang pernah bercinta, I'm sooooo proud of uyou. Sebab, atleast ada kenangan jugak masa bercinta. Yang kenangan terluka ke menyakitkan hati ke, well...... itu lumrah. Tu namanya lumrah kehidupan. Bila makin bertambah usia, kenangan akan semakin bertambah dalam buku hidup kita. Yang indah, yang hepi, bila teringat balik, akan membuatkan kita tersenyum.
Dan kisah ni bukan cerita novel. Kalau aku jumpa dia, aku akan suka balik.
No no noooo. Suka dulu, suka suka. Kalau jumpa semula pun, setakat suka suka.
Bukan la cinta separuh mati pun.
Sampai di sini sahaja cerita zaman kanak-kanak.
-THE END-
Kisah Cinta Monyet
*** Yang aku ingat, muka dia ada iras salah seorang penyanyi kumpulan Indigo. Time tu memang Indigo femes la. Bila aku dengar lagu-lagu indigo, memang teringat dia. Tapi kalau berjumpa sekarang, mesti tak kenal dah. 18 tahun wehhhh ***