Thursday, 28 May 2015

Teringin Mesin Jahit Pulakkk


Hmmmmmmmmmmmmmmmmmm

Susahnya hidup bila nafsu merajai hati. Hu hu hu hu

Tahun lepas pengeluaran besar beli handphone, beli basikal. LAST katanya.
Tahun ni konon dah takda benda nak beli. Dah ada semua dah. KONON LAAAAA.


Dari awal tahun dah ber monolog dalam hati, "nak simpan duit, nak simpan duit". Sampai laaaaaaa dah setengah tahun ni, sekupang pun tak simpan.
Impian tinggal impian. 

Ada je benda nak beli tiap bulan. Tapi tu ok laa, tak keluarkan duit yang dalam buku lagi. Cuma dalam buku tu tak bertambah laa.


KINI,
Hati ini dah terpaut pulak laa pada sesuatu benda. Yang harga ribu jugak laa.
Hmmmmmmmmmmmm.


Hari-hari laa dok meng-google benda ni. Kalau orang lain beli satu, aku nak beli dua. Hebat sangat nafsu ni. Macam tuan hang ni kayaaaaa !


Apakah benda itu ??? 


Aku sebenarnya nak beli mesin jahit. Nak mesin jahit lurus dan mesin jahit tepi. Jahit tepi pulak bukan yang biasa tu. Nak yang boleh jaihit tepi halus tudung sekali. Hahhh !! Angan-angan tinggi.


SO, 
Setiap hari la aku mengkaji mesin jahit  mana ok, mana yang tak o k.
My mom as otai tailor, suggest beli mesin jahit singer kepala hitam tu jee. Walaupun hudoh, klasik tapi tahan lasak. Boleh jahit tebal sekalipun. Yakni langsir yang tebal sikit tu la. Jeans tak pasti pulak.


Kalau yang portable tu, design mesin memanggggg cantik. Warna putih pulak tu, memang warna faveret aku. 
Tapiiiiiiiiiiii, mak daku kata, tak boleh jahit tebal-tebal sangat. Lagipun function terlalu banyak, bukan nak guna pun. Dan takut cepat rosak je kalau selalu main tukar-tukar jahitan tu.

My mom cakap nak bagi mesin industri dia je nanti. Jahit terus dan jahit tepi. Nanti tu bilaaaaa ??? 10 tahun lagi la kot aku nak balik dok kampung tu. Buat masa ni nak dok bandar dulu. he he heheee 
Abeh tu takkan nak angkut mesin besar-besar tu datang sini. Kos transport pun sama je aku beli baru.


Hmmmmmmmmm lagi.

Mesin jahit tepi pulak, setelah dikaji yang boleh jahit tepi halus tudung tu namanya mesin overlock 2 jarum 4 benang. Mesin ni boleh jahit tepi lekat terus, tanpa jahit lurus sekali lagi. Contoh, macam baju tshirt yang selalu kita pakai tu. Tengok kat tangan. Kan jahit tepi bawah, atas jahitan lurus double kan. Tu la namanya jahit lekat.

Dan, aku pun nak buat shawl sendiri jugak. Tu yang nak beli yang jahit tepi halus tudung sekali. Cita-cita setinggi gunung. Tapi duit je yang tak tinggi-tinggi. Haa haha ahahaaa.


SO,
Setakat ni, mesin yang jadi pilihan aku, antara Brother 3034D atau Singer 14N655. Kalau boleh nak Brother sebab ada blogger cakap jahitan cantik. Tapi harga mesin overlock ni RM1299 +. Nak beli cash, sayang pulak nak keluar duit. Kalau keluar, kompem tak masuk dah nanti. Kompem punya laaa !

Kalau ansuran, yang aku pernah dengar kat Singer je laa.

JADI
Solution-nya, aku mungkin akan beli cash mesin jahit biasa tu dan beli ansuran mesin jahit tepi tu. OK TAK ??? **macam ada orang jawab (--)"


Pernah lalu kat area Kajang tu. Kedai apek jual basikal ada banyakkkk jual mesin jahit jenis portable ni. Murah pun murah. Biasa laa kedai pun biasa biasa jee. Kalau kedai yang cantik, ada ekon bagai tu, up la sikit harga dia. 


Hmmmmmmmmmm **kali ke berapa entah

Suruh pak hincik beli pun, dia takmau. "Dia kata nak buat apa entah. Hangat-hangat taik ayam."

HUHH meluatttttt. Tak support bini langsung !
 Takpe takpe kita beli sendiri jeeeee. Nanti nak suruh alter baju ke, seluar ke, sorryyyyyy .
Ha hah ahahaaa



Semoga impianku jadi kenyataan.
(--,)v


Wednesday, 27 May 2015

Hati-hati Pengguna Mudah.my


As-salam.

Aku bukan lah pengguna tegar  mudah.my. Tapi kalau nak beli sesuatu, harus lah aku survey harga dulu kat mudah.my ni. Boleh lah bajet duit siap-siap.

Pernah jugak iklankan handphone nak jual. Yesss berjaya ! Tu pun COD terus.


Dan ini kali ke-2 aku iklankan di mudah.my. 
Nak jual preloved handbag yang dah tak minat nak pakai. Dari terkopek-kopek kulit, lebih baik kita let go dulu. Beli pun mahaiiiiiiiii weh. Tak sampai ribu laa. Tapi ni la handbag TERmahal yang pernah aku beli. Jatuh cinta pandang pertama katakan.





Tapi biasala aku, cepat nau jemu. Dah jemu, tak pakai, simpan je dalam beg dia. Lama-lama kompem rosak. Dah berapa banyak dah beg dok gantung belakang pintu tu. Nak bagi oorang, konon sayang, lepasni nak pakai. Padahal kalau dah beli beg baru, beg lama tak pandang dah laaaaaa.


So, post la dalam group preloved dalam fb tu. Segala jenis medium la aku guna. Termasuk lah mudah.my ni. Berharap ada la orang beli. Boleh aku grab handbag lain he he he.


Dah seminggu post. Then aku dapat mesej dari someone. Ni orang first.



Teruslah aku reply kat email. Tapi aku dah rasa "something fishy" dah.
 First, nama email. memang macam luar negara. Style tulis nama dan no kat belakang.
Second, dah kau dah mesej, buat apa suruh reply kat email pulak.

Ok tak pe. Just reply email je pun. 



Then, aku dapat email dari someone lagi. Tanya pasal beg jugak. Ni orang kedua.


Bila dia start cerita pasal kerja dia, nak bagi hadiah kat cousin, KOMPEM aku tak percaya!
Sory memang aku tak reply dah.



Terima pulak email dari orang first tadi. Tengok.


Nak bagi hadiah kat cousin jugak. Kerja pun hebat jugak.

Pffftttttttt.

Kesiannya sangattttttt. Kerja hebat, tapi nak bagi hadiah, barang second hand jer. Uhuk uhuk uhukkk. Sadis !



Jangan ingat aku mudah diperdaya. Tau la nama mudah.my pun.
Tapi ni bukan salah mudah.my. Dorang bukan secure site pun. Dorang just medium pengiklanan.


Kalau dulu yang ramai kena tipu, golongan pembeli. Bayar duit, then barang tak sampai. 
Tapi sekarang ni, penjual pulak jadi target. Bahayaaaaa woooooo. Bagi no. account segala, pastu dimanipulasi.
Walaupun takda duit berjuta, tapi kes nayaaaaaa jugak lah. Nak makan apo kalau kena sedut semua duit ????!!


Aku dapat agak golongan mana yang pakar bab-bab mengayat ni. Kalau salah mintak maap. Tapi memang ramai dari golongan kulit hitam ni la. Tengok nama emailpun dah boleh agak.



Mesej ni pulak aku dapat 2 kali. 
Sorry laaa aku nak balas. Puihhhhhh !!





Ciri-ciri nama email dari luar.
 Nama di depan diikuti angka di belakang. Contoh: oweds10@gmail.com


Nama email orang malaysia pun banyak jugak macamni. Tapi kita boleh baca la nama tu. 
Guna nama orang ke, binatang ke. Macam aku ni kelipkelip87. Boleh paham kan. Ni nama omputih dan nama arab-arab. Tak payah la berangan orang luar nak beli sangat handbag kau tuuhhhh !




Entry ini ditulis agar semua pengguna berhati-hati selalu. Tak kira lah guna medium pengiklanan mana pun. 
Jangan mudah percaya dan terpedaya.



p/s : Kena blurkan no. telefon dan email. Buatnya pitnah, kena saman pulak nanti. Tak mampu mak nakkk. Hahahahahaa



Tuesday, 26 May 2015

Hanger Tudung

Assalamualaikum.

Dah lama tak update blog. Busy kah ? Takkkkk. Malas sebenarnya hu hu.


Tapi !

Hari ni nak update cerita pasal hanger tudung. 

Setelah bertukar-tukar hanger, beli sana, beli sinun, akhirnyaaaaaaa dah berjumpa hanger tudung yang bestttttt. Senang nak gantung tudung yang berlambak-lambak tu. 

Especially untuk pencinta tudung awning. Memang recommended sangat sangat pakai hanger ni. Senang uolsss. Awning tak rosak, tudung pun tak rosak. Fair and square gittuewww.


Oleh kerana itu, nak jugak la berkongsi ke-best-an hanger ni bersama-sama kalian semuaaa.


Meh tengok macam mana rupa dia.


Taraaaaaa. 

Ni namanya hanger 17 clips.

Saya jual RM25 sahaja.

(tidak termasuk postage)





Dan, ada lagi.

Kalau nak hanger jenis kepit sehelai-helai pun adaaaa. Yang mencari hanger untuk berniaga tudung tu, recommended hanger ni.



Hanger pink ni RM15 satu set. Ada 10 pieces dalam 1 set hanger tu.
(tidak termasuk postage)


Jadi....... kalau dah berkenan, boleh la emailkan ke kelipkelip87@gmail.com 


atau 


 0174891397 
(call tak akan dilayan)



Terima kasih.