Tuesday, 12 July 2016

Mee Bandung Mamak

Camni rupanya mee bandom mamak. 

Order mee bandung, dok sebut bamdom bandom. Whatever lah!  


Friday, 1 July 2016

KATE Mousse BB

Reward untuk diri sendiri !!!



Pusing pusing kat Watsons, ternampak tester BB cream ni. Terus la try kat tangan. Lembutttttttttt. 

Cari kat mana yang stok baru nya. Takda pulak. Pi tempat lain dulu. Pastu cari lagi Bb cream ni. Takda jugak. 5 kali jugak la aku pusing situ. Sampai guard pun dok tengok. Ingat aku nak mencuri keee???!!

Test lagi. Harga pun takda. Last last jumpa jugak. Tersembunyi sikit yang stok baru. Tapi harga takda jugak. Nak pi scan, scanner rosak pulak. 

Bajet mesti RM70+. Sebab powderless yang aku beli haritu pun RM70+. Tapi time beli ada sales tinggal RM50+ je. 

So, pusing kat Maybelline buat backup incase mahal la harga. Pi kat kaunter suruh staff dorang scan, dia cakap RM35.10 je. 

Apa lagiii...terus beratur bayar la. 

Serius best !!!

Tuesday, 21 June 2016

Rambut Luruhhhh !!!

Akibat terjebak dengan iklan.

Aku ni memang hobi tukar jenis-jenis jenama apa-apa pun. Pencuci muka la, syampoo la.. Kosmetik laa... Tengok macam best, beli.

Tapi !!! Mimpi buruk ku bermula bila aku tukar syampoo. Sadisssss baq hangggg !!

Sebelum bersalin memang rambut banyak jugak gugur. Tapi takla seteruk ni. 
Selepas bersalin, dalam pantang memang tak guna shampoo. Disebabkan rambut aku kering, just lumur minyak almond yang beli kat Mydin jer. Elok! Tak luruh pun rambut. Lepas pantang still kat kampung, aku guna shampoo Safi. Pun tak nampak sangat la gugurnya.

Bila balik rumah sendiri, terpemgaruh la dek iklan syampoo Dove. Terus la beli yang botol besar. Syampoo dan conditioner.
Sekali pakaiiiiiiiii.... Amek hang !!



Sekali aku sikat rambut, luruh banyak ni. 
Kalau pegang sesaja hujung rambut pun, luruh banyak ni jugak.



Tengok pulak time aku tidor. Penuh atas katil.
Stressssssss !!!

Kalau rambut lepas, tak ikat, memang penuh la lantai rumah. Jenuh lahai sapu. Luruh tanpa dipaksa pun. Nyampahhh !!! 
Dah la ada budak kecik tu. Kalau nak letak atas katil, kena kumpul-kumpulkan rambut dulu, buang. Kalau bagi dia golek atas karpet, memang kena sapu dulu la takut dia cengkam rambut, pastu tangan masuk mulut. Dah la vaccum pulak rosakkkk ! Sakit hati berganda !


Mungkin rambut aku tak sesuai dengan Dove. Ada orang ok jer. Macam kosmetik muka jugak la. Ada orang tak sesuai yang tu, ada orang ok je. Ada yang sesuai yang ni, tak sesuai yang tu.


Now, dalam fasa pemulihan.
Pakai minyak almond jer dulu.
Tapi nyampah la tengok rambut berminyak.

Maybe kena pakai pantene hair fall control kot. Dulu aku pakai ok je. Tapi gatal kepala la pulak kelemumur. Adoi laaaaa. Takda ke syampoo yang 5in1 terus. Untuk semua masalah.
Hu hu hu hu

Monday, 20 June 2016

Bulu Mata

Nasibla bulu mata si kenit ni panjang.
Takla macam mama dia. 1 cm jer. Huhuhuhu

Farm Fresh Susu Coklat

First time tau kewujudan Farm Fresh ni.
Kolotnyaaaa. Dok celah gua mana tah haha.

Selalunya faveret aku kalau susu coklat ni, mesti DutchLady je. Jenama lain Goodday ke, Marigold ke (ade ke??), memang aku tak penah try.

Ni sebab ada kawan jual. Gigih la beli.
Sekali minum, gilaaaaaaaaa sedapnyaaaaaaaa !!!

Cream susu tu buih-buih lembut je. 
Ni susu segar. Memang kena masuk peti terus walaupun belum buka pun.

OK pasni boleh la beli kat Tesco. Hero pun ada tau. Aku jer yang tak pernah pedulikk hehehee.

Dia ada banyak jenis flavor. Caffe Latte, Chocolate, Susu Kurma yang latest dan lain-lain lagi.
Cuba la try.



Layan segelassssss !



Monday, 30 May 2016

DAMN Scammer Apple !!!!!!!!

First time, aku hampir terkena dengan scammer.
Syukur Allah masih lindungi aku.

AL kisahnya,

Bila aku dapat emel daripada iCloud stated that aku beli tambahan storage. 



Yuppp.. memang storage aku hampir penuh. Then aku dah delete dah apa yang tak perlu. So, bila dapat emel tu, aku cuak terus laa. Bila masa aku tekan untuk beli tambahan storage ??? Takkan automatik kena beli kot kalau storage penuh ??

Tengok la harga $24.99 untuk 1TB kot. Monthly. Tu USD. Kalau duit Malaysia, mau dekat 100 jugak. Gilaaaaa!!!!

Dan disebabkan aku cuak, sebabnya aku dah register credit card dalam iphone tu. Means kalau tertekan ke, memang potong duit la dalam akaun.

Terus la aku check balance account. Still sama.
Terus kalot-kalot transfer ke bank lain.
Takot wehhhhh. Buatnya abes duit dia tolak naya,
Dah la baru dapat gaji.


Baca baca baca.......
Then dia suruh tekan cancel, kalau nak cancel belian. Nanti Apple refund semula.



Apa lagiiiii. Terus la aku tekan cancel, then kena masuk details diri.
Masuk ID iphone, masuk password, nama, alamat, birthdate. Then validate. OK!
Then page seterusnya keluar camni:


Suruh masuk details credit card. Bukan setakat no kad, siap no. CV belakang tu lagi nak. Kalau isi ni, memang boleh tolak duit senang-senang la. Dah tu aku dah register dalam iphone, buatpa nak lagi details credit card tu???!!

Terus aku was-was. Terus aku closed page.
Baca semula emel tu.
Damn!!!!!!!!!!
Scammer!!

Emel tu emel yahoo. Padahal registered emel untuk iphone guna gmail.
AllahuAkbar.....
Nasib baik laa aku tak isi details tu.
Allah lindungi dan selamatkan aku.


Terus aku tukar password untuk iCloud iPhone. Tukar password bank credit card tu. Walaupun tak sempat. Langkah berjaga-jaga, baik aku tukar je.
Dan bila aku tengok balik, kat details takada pun credit card no. Maybe aku dah delete dulu.
Masa first register memang wajib isi, kalau tidak, tak boleh create ID iphone. Lepas tu boleh delete kot. Then aku delete. Sebab bahaya kot kalau anak buah aku main hp. Buatnya tertekan beli game ke apa, nayaaaa!!
Tapi aku pun dah lupa aku dah delete. Tu gabra gila bila dapat emel camtu.



BABI punya SCAMMER ICLOUD APPLE !!!!!
Anda hampir berjaya. Tapi tetap TIDAK BERJAYA!!
Nice try !!!


Thursday, 5 May 2016

Ke Pengasuh Akhirnya

Akhirnya..............

Aku engkar dengan prinsip hidupku.


Antara taska dan pengasuh ??

Time pregnant hati kuat pilih taska.
Bila lepas beranak hati berbelah bagi antara taska dan pengasuh.
Tapi sebab tak kenal mana-mana pengasuh, takda recomendation dari sape-sape, aku pun teruskan je la dengan taska.


Sehari je budak ketot ke taska. Tu pun separuh hari je. Pukul 2 aku dah ambil balik.


Kenapa ???!! 

Entah. Aku tak sedap hati nak hantar taska tu. First impression time hantar pagi tu, masuk bilik tengok cukup-cukup 3 babycot je letak dalam taska tu. Dah la gelap. Pastu dorang tutup pintu pulak. Maybe tak bagi bising.

Dan yang jaga pun budak muda. Tu tak kisah lah. Tengok area bawah dia sorang je yang jaga. Baby 3orang, budak-budak 3 4 tahun ada dalam 5 orang kat ruang tamu. Rasa macam stress je jaga budak. Bila stress tau la mesti layan pun nak tak nak je.

Aku terus rasa tak selesa.
First impression aku selalunya betul. So tengah hari aku decide nak ambil balik. 

Masa aku ambil balik, si budak ketot senyap tak berbunyi apa-apa. Tengok muka aku macam tengok alien. Setengah jam jugak macamtu. Pelik aku. Selalunya ada la jugak bunyi ek uk ke, senyum, tak pun teriak. Ni langsung takda.


Dan...
sebab aku ambil balik jugak sebab tetiba aku dapat pengasuh ex-opismate. Dia bepindah ke tempat lain. Dan tetiba aku terfikir, pengasuh anaknya mesti kosong. Dan dekat pula dengan rumah. Jalan kaki sajeee.

Lepas dah sembang-sembang dan akak pengasuh tu pun cakap ambil baby, terus laa aku buat keputusan nak hantar ke pengasuh. Tapi bila tanya mak aku, dia cakap hantar taska la senang. Macam alasan aku pilih taska jugak la. Pengasuh ramai. Kalau sorang ke toilet, sorang boleh jaga. Takda cuti kecuali cuti weekend dan cuti umum. Kalau sakit, cuti bersalin pun, ada orang ganti.

Aku pun berbelah bagi la. Dari pukul 2 sampaaaaaiiii laaa pukul 5 aku dok pening nak buat keputusan. Tapi hati kuat kata nak hantar ke pengasuh jugak.

Call lagi mak aku. Aku memang anak mak. Mesti dapat keputusan mak.
And lastly, mak aku cakap 'ikutlah'.
Terus bagitau pengasuh aku nak hantar esok. Siap terus ke rumah pengasuh tu nak tengok rumah.

Rumahnya kira ok la. Standart la rumah. Tapi tengok tak padat sangat la. Bersih pun biasa-biasa. Rumah aku pun kadang tak bersih jugak. Dan dia jaga budak 4 tahun dan 2 tahun. ok la besar sikit senang nak handle dah.

Dan sebab utama aku yakin hantar pengasuh kali ni, sebab dah kawan biasa hantar. Dia cakap so far ok. Kira ok la tu. Nak cari perfect memang tak la kan. Kita mak-mak ni pun jaga anak tak perfect mana pun.


Harini hari ke-2 hantar ke rumah pengasuh. Pengasuh pun siap mintak stokin lagi. Dia cakap takut masuk angin. Padahal aku kat rumah pun tak bagai pakai dah start 2 bulan setengah haritu. 


Alhamdullilah hati dah ok.


Orang cakap hati kental je boleh hantar anak ke taska.
Aku pun hati kental jugak la dulu. Tak kisah pun duduk je la taska tu. 

Sekali aku tengok taska camtu, terus tak kental dah. Kalau aku pun tak suka, meaning that anak aku pun tak suka la. 
Instinct aku selalunya kuat.
Dulu masuk matrik, aku keluar sebab first day aku dah rasa tak best. Tunggu jugak seminggu, last keluar jugak.
Then, pindah tempat kerja. First day aku rasa tak best, seminggu terus aku mintak pindah jugak.


Lantak la orang nak cakap apa pun. Diri sendiri yang rasa. Diri sendiri yang nak lalui. Hidup cuma sekali, so, biarlah kita nikmati dengan hati yang senang. Kaannnnn


Dan, mungkin jugak rezeki budak ketot.
Bayaran untuk taska hampir 1k jugak la aku tak bayar lagi. Patutnya dah bayar hari pertama. Tapi owner tak datang. 
Bila bertukar ke pengasuh, dia cakap no deposit. Bayar pun hujung bulan nanti.
Alhamdullilah. 
Allah permudahkan segalanya.
Jimat duit tu. Boleh simpan semula untuk sakit demam.




Tapi dalam hati terfikir jugak, nanti kalau suami akak tu naik pangkat, kena pindah ke, nak hantar mana pulak???
Harap-harap time tu budakAloha dah besar sikit la. Dah boleh hantar taska. Kalau setahun lebih pun dah kuat hati nak hantar taska. Tapi kena tengok jugak la taska tu dulu.
Haritu time pregnant aku tengok taska lain. Tetiba lepas beranak, taska tu berpindah ke tempat lain.
Thats why aku tak tengok tempat tu dulu. Thats why aku tak bekenan tetiba.

Hmmmmmm


Tuesday, 3 May 2016

First Day ke Taska

Selamat Pagi !

Harini first day budak ketot kena hantar ke taska.
6 pagi dah bangun woo minum susu pastu tak tidor dah sampai la 8.30 pagi hantar taska.
Dah minum kali kedua dah sebelum sampai taska.

Feeling mama ~~~~~~~ ???

Risau la jugak.
Tapi doa yang baik-baik je laa. Semoga semua dipermudahkan. Semoga budak ketot pandai bawak diri. Jangan buat perangai nak tidor. Balik umah buat perangai takpe ya.

Sian dia.
3 bulan dah kena pi sekolah.


Budak ketot dok sebilik dengan 2 baby lain. Tengok sorang tu tidor meniarap.
Risau jugak budak ketot dorang letak camtu. Dah pesan kat penjaga dia bagi tidor terlentang. Dia tak pandai sangat angkat kepala lagi. Tu pun dah mula belajar meniarap. Pastu hidung tersembam.
Tapi dengar-dengar kebanyakan pengasuh memang bagi baby tidor camtu sebab taknak bagi tersedak susu dan taknak bagi terjaga selalu.

Hmmmmmm...apa-apa pun semoga baik-baik  je la.
Risau :'(



Tuesday, 8 March 2016

Bekal Malam2

~~ Selamat malam ~~

Ini adalah bekalan harian anakku malam-malam. 
Terus masuk dalam kelambu. 
Tak payah keluar masuk dah.


Monday, 1 February 2016

Pengalaman Bersalin (Part II)




Betul la orangkata. Lepas keluar anak je, terus hilang rasa sakit.
Betullll...memang betul !!

Kena tolak masuk wad, then kena bangun dari katil sorong, ke katil wad. Baby nurse ambil untuk letak dalam baby cot. 
Tak ingat macam mana boleh terbuka bedung tu, tengok-tengok, pampers tak pakai, seluar tak pakai.
Aku pun suruh la encik husband pakaikan. Dia cakap tak reti.
Nurse tu cakap "tak reti kena belajar la". Elok pulak encik husband pakai. Betol ja. Nurse cakap "tu boleh ja".
Hahahahahaa kalau suruh aku pun aku tak reti.

Lepas nurse blah, encik husband suruh ambil gambar dengan baby. Aku pun bersila la nak ambil gambar.
Tetiba..... Alorhhh terlupa! Baru lepas jahit. Terus takut terkoyak. Adududu.

Then aku pun ditinggalkan berdua dengan baby. Dah tengah malam kan, mana boleh ada orang jaga. Hmmmmmm.


Malam tu memang tak boleh lena sangat pun. Nurse suruh tido. Nak tido macam mana, si kecik sat sat bunyi. Sat sat bunyi. Kak sebelah katil yang datang tolong tengokkan. Dia tak beranak lagi. Masuk wad untuk pantau apa tah. Baru 8 bulan. Tapi agak mengganggu la kan.

Nurse relax je buat tak dengar. Padahal dekat je dengan kaunter dorang. Geram pulak haku. Dah terkial-kial nak angkat kepala katil bagi tegak. Senang nak urus budak tu.
Last-last kak tu panggil nurse. Baru la nak datang. Tunjuk cara tegakkan kepala katil, cara bagi susu. Nurse cakap, kalau baby nangis tanda nak susu, atau kena salin pampers.

Memang banyakkkkkkkk kali sangat tukar pampers malam tu. Bagi susu la. Dah la tak reti. Kak tu pulak bangun ajar. Adoiiiiiii. Dari pukul 12 nak tunggu ke pagi tu, siksa.

Dah tido, tetiba nurse tanya dah tukar pad ke. Memang tak la aku nak masuk toilet malam-malam. Tapi nurse suruh tukar jugak. Takut jangkitan. Dan kena kencing. Seram-seram pun p la jugak. Time kencing tu, hadoiiiiiiii pedih pedih. Dah la lambat nak salin semua. Dengan baju leweh leweh lagi. Nak basuh pad lagi. Patutnya tak payah basuh la kan. Darurat. Tapi takot la, basuh la jugak walupun tak bersih. Janji dah kena air mengalir.


Eh terlupa. Tetiba aku pun dah terer buang berak dan tukar pampers baby. Magic !!



30 JAN

Encik husband datang pagi-pagi. Sebab hari Sabtu, boleh masuk awal dan lama. Mak haku tak datanggggggg. Stresss wehh. Susah nak urus. Si kecik pulak sat-sat nangis. Bagi susu, tak reti hisap. Tak masuk mulut. Aku yang tak ret kepit. Huhuhu

Nak tunggu surat discaj tu, haiiiii lama betui. Sampai katil-katil kosong dah terisi la. Family orang tu pulak yang tolong bagitau cara menyusu. Adoiiiii
.
Dah dekat pukul 11, last-last bangun p tanya kat kaunter. Rupanya dah siap pun.
Grrrrrrrrrr kalau tak tanya tu, sampai ke malam la. Dah la sakit branula kat tangan tu. Tak sukaaaaa betoi ! Cepat-cepat aku suruh doktor pelatih tu buang branula tu lepas dah tau surat discaj dah siap.

Tapi sakitnya seminggu dua tak hilang lagi wooooo.


TAMMAT



Pengalaman Bersalin (Part I)

Kronologi....


27 JAN 2016

Tak rasa apa-apa lagi. Tapi keluar coklat-coklat ala-ala last baru nak period. 
Abaikan.



28 JAN 2016

Siang.
Ada lagi coklat. Sakit perut sikit-sikit. Dok ulang ke toilet. Aku kan selalu sakit perut membuang ni. So tak syak apa-apa.
Bagitau mak. Tapi aku cakap alaa relax la dulu.

Malam
Sakit perut rasa makin kerap. Tapi tak la kerap sangat. 20minit sekali something like that la.
Bagitau mak. Mak p bagitau mak sedara. Pastu dia kecoh suruh ke hospital konon dah ada tanda.
Alaaaaaa malas la haiiiii. Esok laa. Dah around pukul 9 lebih gitu.

Mak aku terlebih takut. Suruh siap ke hospital dah.
Hmmmmmmm (--')

On the way tu dah sakit perut kerap. Nak sampai Alor Star tu dalam 30minit jugak la. Tu pun masuk highway sekerat. Jalan biasa slow sikit la ikut kereta depan. Sakit perut makin kerap jugak. Tapi gigih nak drive jugak. Poyo!!


Sampai Hospital Alor Star a.k.a Sultanah Bahiyah, terus pi ke PAC kat area Kecemasan. PAC ni untuk kes mengandung dan beranak yer. Kat tingkat 1. Naik lif jer kat kecemasan tu. Register bagi buku merah dan IC, pastu terus masuk menunggu kat dalam. Time ni dah 10.30 malam. Mak tunggu kat bilik menunggu tepi tu. IC nanti nurse bagi kat mak atau sesiapa yang hantar tadi.

10.30 malam
Tunggu, tunggu dan tunggu......
Lama jugak laa.. Muka sat ok, sat kelat. Dah sakit perut makin kerap. Nak pi berak, toilet dalam PAC tu tak dibenarkan kunci. Takut jadi apa-apa kot. Aku baru dok cuci toilet, dah ada orang buka pintu.Terus batal niat la.

Lama jugak la menunggu ni. Sejam lebih kot. Dari aku sorang, dah jadi 5 6 orang dah.
Pukul 11 lebih baru sampai turn aku kena check. Takut jugak, first time nak kena 'seluk'.
Nasib dapat doctor perempuan. Chinese. Maybe doctor pelatih. Muda dari aku lagi. Siap tengok ID Card haha. 

Sekali kena seluk, upppppsss, tak rasa sakit sangat pun. Biasa-biasa ja. And waktu tu baru 1cm.
Tunggu buat CTG pulak. Lama hoiiii. Sejam jugak rasanya. Boleh terlena dulu. Tapi cerah, payah nak lena. Kesian kat mak tunggu lama.

Dah settle check, doktor tanya berat baby berapa last scan. Aku pun taktau sebab tak pernah bertanya. Doktor-doktor kat KKIA, kalau orang tak tanya dorang senyapppppp je time scan tu. 

Then doktor suruh naik katil scan dulu. Ok! 2.7kg katanya. Elehh kecik ja la. Tak la susah nak keluar ni. Kata dalam hati la. 
Then doktor tanya nak balik atau stay hospital. Nak bagi masuk wad. Tapi pukul 8 esok pagi lena datang pulak check lagi. 
Aku pun decide balik la. Kalau aku masuk wad, mak nak tidor mana. 
That time dah pukul 1 pagi. So, bila keluar jumpa mak, mak kata tak payah balik la. Nanti pagi nak datang pulak. Hmmmm. Padahal mak takut kalau sakit nak beranak tengah jalan huhuhu. 

So, turun ke kereta la nak tidor. Walaupun parking depan-depan kecemasan tu, nyamok Ya Allah..... Penuh masuk kereta bila buka tingkap. Nak tidor camna. Last-last semua keluar konon nak tidor kat kerusi-kerusi depan kecemasan. Cerah laaaa pulak. Orang lalu lalang. Last-last naik atas kat PAC tu tidor kat bilik menunggu huhuhu. 

Aku ???
Tak boleh tidor pun. Nak baring camna perut dok sakit. Sat sat ulang pi buang. Sampai kosong dah la perot aku. 



29 JAN 2016

Pukul 3 pagi siap beli tiket flight kat encik husband nak balik esok ni. Tak esok la. Dah masuk 29 Jan pun kan. Tiket pukul 7.30 pagi. Dah pulak 2 3 4 5 kali aku buat sebab takda payment via Internet Banking. Kalau M2U caj proses RM4+ rasanya. Credit card RM8+. Mahaiiii. 
Nak taknak, terpaksa la jugak dah takda. 
Tiket  RM150. Ok la jugak. Kalau RM200 memamg aku suruh dia naik bas je. Tapi sampai petang la kalau naik pagi. 
Rupanya baru aku tau, kalau beli dah dekat tarikh memang takda Internet Banking. Patutlah!


Pukul 7 mak jaga nak pi beli sarapan. Aku memang dah tak lalu apa dah. Mak kata kalau tak makan satgi masuk check dah masuk wad, nak makan apa. Ok la ok laaa. Telan la jugak kuih. 

Tak sampai pukul 8 pagi aku dah masuk check. Sebab dah makin kerap dah sakit contraction tu. Selang 5 minit sekali. Dah check, baru 3cm rupanya. Time aku masuk PAC tengok ramai nurse2 muda berkumpul. Dalam hati mampus la akuu. Mesti ramai tengok. Budak practikal kot. Tapi, nasib aku tak jadi bahan eksperimen. Aku malu sebab kaki banyak parut ja hehehe. Antara ramai-ramai nurse yang check sampai hari bersalin, sorang je mulut puaka cakap pasal kaki aku. Hmmmpphhh!!

Ok sambung. Lepas check jalan, buat CTG, then aku kena tolak masuk wad. Oh lupa. Kena seluk 3cm tu tak sakit la sangat. Tunggu bila yang rasa saaaakiittttt gila tu.


Masuk wad pukul 8+ laa. Pukul 9+ encik husband dah sampai. Yela naik flight sejam je pun. Mak aku pun balik la tidur rumah.
Aku yang tak tidur semalam seronok la dapat tilam. Dengan harapan boleh lelap mata sat. Dok sembang dengan encik husband, sejam je la aku lena pun. Elok pulak aku masuk wad hari Jumaat. Kalau weekend, masa melawat panjang. Pagi sampai ke petang.

Bila dah sakit makin kerap, aku jumpa la doktor kat depan tu bagitau. Dia cakap tunggu sakit kekerapan seminit sekali. Something like that la aku pun tak ingat. Bila dah hampir pukul 6, nak tamat waktu melawat, aku pun kalot la panggil doktor suruh check. Dan memang dah kerap sakit dah. Tambah pulak kalau encik husband keluar, nanti sape nak angkut beg-beg aku ke Labor Room. Sebab once u keluar, memang masuk lepas tu takkan dapat dah katil yang sama. Mesti ada orang lain masuk duduk dah.

SO, lepas check elok-elok jalan dah 5cm. Doktor pun masuk jarum untuk drip tu nak ke LR. Merecik abeh ke lantai darah aku. Grrrrr nasib tak sakit. Tapi lepas masuk jarum sakit laa huhuuuuu.
Terus nurse suruh buang bra dan spender semua. Aku cakap darah dok keluar la lepas kena seluk tadi. Takpe dia cakap. Terus naik wheelchair tolak ke Labor Room.

Beg-beg aku encik husband nak angkut la semua. Nurse cakap tinggal kat bilik belakang tu je. Sebab ada 2 wad, jadi taktau nanti masuk wad mana. Jenuh nak angkut katanya. OK la. Tinggal la.



LABOR ROOM

On the way ke LR, nurse tanya encik husband nak masuk tak nanti. Encik husband cakap tak kot. Nurse tu cakap masuk la bila lagi nak masuk tengok.

Masuk LR 6.30 petang, mula-mula doktor pompuan, tetiba masuk doktor laki pulak. Adeshhh !! Muka buat takda perasaan je la. Padahal malu weh maluuuu.

Doktor pompuan check jalan, pastu doktor laki pulak. 5 - 6 cm . Pecahkan air ketuban.

Pastu start la sakiitttttt. Habis zikir semua dah aku baca. Makin sakit aku menagis je la. Aku memang jenis sakit kepala sangat-sangat pun aku menagis dari dulu lagi. macam boleh redakan sakit jugak la dengan menagis tu.
Then, nurse masuk tanya, menagis sakit ke, sebab sedih?? Adoilaaaaa soalan. Nak sedih mende pulak time-time camni. Mesti la sakit!


Dia pun drip ubat tahan sakit. OK la pastu. Sakit contraction biasa-biasa je la. Terlena la aku. Dengan perut kosong tak makan pun petang tadi. Tak lalu dah.

Pukul 9 camtuy dorang masuk check jalan still sama. Then nurse masukkan ubat bagi sakit. Sebab katanya kalau tak sakit macammana nak beranak. Means kalau jalan tak buka habis la tu kot.
Aku rasa tu yang nama induce kot. Tapi nurse tak sebut induce pun.

Start masuk ubat tu, Ya Allah punyaaaaaaa laaaa sakiiiiiiitttttttttt!! Rasa pinggang nak patah semua ada. Serius paling sakit ever!! Doctor chinese lelaki masuk check jalan pukul 9.30 malam tu, jalan dah fully buka 10cm. Tapiiiiii.. ni paling azab aku rasa time check jalan. Gila punya kasarrrr doktor tu. Aku rasa kalau aku tak sakit perut pinggang ni, memang aku tendang je muka doktor tu. Sampaikan nurse sebelah tu pun cakap, jangan kasr sangat. Sakit sampai terangkat-angkat punggong aku tahan sakit tu. Macam dia pusing kukur buah kelapa kat mesin tu aku bayangkan. Babi sangat!

Time ni takda doktor dah. Nurse dua orang je tinggal. Dok suruh push, cakap jangan menagis. Kalau menagis macammana nak keluar anak. Dah try tapi susah gila kot!
Dia suruh dok mengiring pulak. Nak gerak tu pun azab. Owh ya. Time sakit lepas masuk ubat tu, dorang panggil encik husband. Tanya aku nak panggil husband masuk, aku kata ya je la. Kalau tak masuk pun takpe. Bukan boleh hilang rasa sakit pun kalau dia ada.

Dah mengiring, aku rasa nak keluar macam mana. Nurse-nurse pun tinggal aku. Satgi aku beranak sapa  nak sambut.

Lepas nurse masuk, aku pun try push. Dan aku teringat, kawan cakap bila sakit contraction tu baru push. Kalau tak sakit, sia-sia je. Buang tenaga je. Betul!
Sebab aku taktau dah bila dia sakit. Semuanya sakit. Push je la. Try tarik nafas panjang-panjang, then push. Encik husband la cerita, first push nampak rambut je. Besar duit 50sen nurse cakap. Pastu nurse tekan-tekan nak bagi lubang besar.

Then aku push. Keluar kepala. Tapi nurse tak berani tarik, sebab apa tah dah lupa. so dia suruh push lagi. Kali ketiga, glupppp keluar panas ja. 10:54pm.
Berakhirnya penderitaan haha.

Then nurse tunjuk baby dan tanya "baby girl ke boy". Aku jawab "GIRL".
Nak cakap pun dah rasa tak bermaya sebab ubat pelali tu. Yang tanya tu tak dengar, dia suruh repeat. Nurse sorang lagi cakap, "dia cakap girl".
Haiyoooo.

Then dia cucuk ubat kat bontot. Katanya nak keluar uri.
Kemudiannnnnnnnn....

Masa untuk menjahit. Katanya "kita tak bagi bius sebab lagi sakit".
Aku pun "hmmmmm" je laa. Dah keja dorang, bukan keja aku.

Patutnya tak kena jahit, tapi last push tu aku terangkat bontot sikit. Ada la terkoyak sikit.
Dengar nurse tu cakap kita jahit la, nanti tak lawa.
Ayoyoiiiii bukan nampak punnnn.


Aku pun cepat-cepat la sambar gas pelali takut sakit.
Boleh pulak la dorang nak start jahit pi bagitau. Kalau buat taktau pun, aku taktau dah jahit ke belum. Ini lagi menambah cuak la.
"OK kita start jahit ni"
Zuuuuuuuppp aku sedut gas. Pedih kena cucuk yang pertama. Yang kedua ketiga aku dah tak berapa rasa sangat.
Dorang jahit kulit dalam je. Kulit luar tak. Encik husband la cakap. Aku time tu dah lali, tak sedar apa dah.


Lepas tu terlena. Terjaga bila dorang bagi baby. Encik husband angkat letak atas dada. Dia dok sibuk nak buka baju. Konon nak bagi menyusu la kot. Entah dia baca mana-mana la kot. Sebab aku pun baca kena bagi susu first hour baby keluar tu, akan rangsang pengeluaran susu.

Lepas dorang ambil baby semula, aku pun terlena lagi.
Sampai laaa nurse kejut nak bagi minum milo. Hisap dengan straw tau.
Tetiba aku rasa nak termuntah sebab pening. Tengok jam pun dah memusing-memusing jam tu. Terus bagitau nurse. Nasib sempat nurse bagi plastik. Terus muntah habis.

Dorang letak baby celah ketiak, nak tolak masuk wad.
Sebelah lagi nurse letak plastik, takut muntah atas anak pulak nurse cakap huhu.
Nasib baik tak muntah dah lepastu.

Sorong masuk wad, dapat pulak katil yang sama.
Nasib baik lah.



Bersambung lah....
Panjang sangat dah ni.









Sunday, 31 January 2016

Checklist barang bawak ke hospital

IBU

1) Toiletries - WAJIB ada

2) Tuala - WAJIB ada

3) Pakaian untuk hari discharge - Baju takperlu bawa banyak pun sebab dalam wad disediakan baju pink. Setiap pagi dan petang nurse akan bagi. Tapi besar gedabak la baju pink tu. Sekali nak bangun,  ikat kain. Sekali nak bangun,  ikat kain huhuhu.

4) Kain Batik - Kalau jenis yang pakai la. Aku tak pakai pun. Just prepare bawa je la.

5) Stokin - WAJIB ada. Selepas bersalin kena terus pakai.

6 ) Pad - WAJIB ada. Bawa 1 pek yang 10 keping tu pun ok. Lepas bersalin dorang pakaikan yang ada tali tu. lepas masuk wad, nurse suruh bangun kencing dan tukar pad. Takut jangkitan kuman kalau biar lama-lama.

7) Nursing bra - Untuk senang menyusu. Tapi aku lepas bersalin, tak pakai bra pun. Nak balik je pakai. Nasib jenis kecik tak nampak hehehehee

8) Disposal Panties - RECOMMENDED. Memang senang la disposal ni. Lepas pakai cuci-cuci sikit terus buang. Nak cuci lama-lama lepas bersalin tak boleh main air pulak. Kalau panties biasa, nak kena simpan dalam plastik pulak bawa balik. Remeh sikit la.


BABY

1) Baju 2 pasang - Selepas bersalin pakai sepasang, esok pagi nurse bagi mandi pakai lagi sepasang. Sebab aku bersalin malam. 2 pasang je la pakai.

2) Pampers 10 keping - Bawak yang 1 pek pampers Newborn tu pun ok. Sebab baby berak banyakkkkkk sangat. Aku bersalin malam pun, tengahari esok dah discharge, hampir 6 kali jugak kot tukar pampers.

3) Mitten booties - 2 pasang pun ok.

4) Barut - 2 helai

5) Lampin - 2 atau 3 helai

6) Bedung - 2 helai . Lepas lahir, dah dibedung guna bedung hospital dah.

7) Wet tissue - 1 pek


Untuk bawa ke Labor Room, asingkan letak 1 beg kecik. 

1) Baju sepasang - Tapi seingat aku seluar nurse tak pakaikan pun.

2) Pampers sekeping - Anak aku nurse tak pakaikan pun lepas lahir. Masuk wad baru pakai sendiri.

3) Barut - Pun nurse tak pakaikan. Pakai sendiri je nanti.

4) Mitten dan booties - Tak perasan. Nurse pakaikan kot.

Bedung guna bedung hospital. Jadi tak perlu kot. Aku tak letak pun.



RAGA/ BAKUL

1) Termos air panas
2) Roti
3) Milo 3 in 1 - Cepat dan mudah.
4) Gelas 
5) Pinggan
6) Sudu
7) Kurma


P/S : Post ini semua adalah back dated. Aku post tarikh hari kejadian supaya senang untuk rujukan akan datang. Kalau ada yang termiss tu sebab terlupa la tu. Kalau teringat, nanti aku update.

Terima kasih kerana membaca.




Wednesday, 20 January 2016

Balik Kampung 37weeks


Balik kampung awal. Kononnya takut ter-beranak awal.

Now dah 5hari di kampung. 37w 5d. Tiada tanda-tanda lagi.

Makan tido makan tido je la keja aku kat kampung. Basuh baju, sidai baju. 

Kalau kat sana, merata jalan ke sana ke mari huhu. 

Harini ke klinik, ambil mc. Rugi la cuti rehat 5 hari aku ambil ni. Dapat la mc 2 hari. Ok laa. Cuti tahunan kira tinggal 17 hari la. Ok la. Untuk masa kecemasan ada baby nanti. Hmmmm. 

Doa-doakan cepat beranak. Tapi sebenarnya takut nak beranak. Adudududuuiii


Thursday, 14 January 2016

Last Check In

~ 37 weeks ~




Last check in di KK P9.
Hoyeahhhhhh.

Lepas ni check in untuk check up kat Klinik Desa pulak.
Huwaaaaaa.
Mesti tak best.
Huk huk huk.

Boleh la rasa pengalaman.
Never mind.
Pengalaman mengajar erti hidup.
Heh.




Monday, 11 January 2016

Take 5 at Uniten

Seriously sedap baq hanggggg !!

5 thumb up aku bagi.

Kawww se-kaww kawww-nya.


Lokasi : Tempat jual makanan dekat Uniten.
Harga : RM5+

Sekali cuba, pasti nak lagi.




>> Bukan iklan berbayar yawww <<


Saturday, 9 January 2016

Dobi Toto dan Comferter di Aqua Nano P15


First time ever.

Guna dobi layan diri ni.
Teruja.
Hahahaa poyo jer.


Selalunya aku hantar dobi toto ni kat dobi Presint 17.
Ambil, terus boleh guna dah. Harga RM10-RM11 camtu la. Tak ingat dah setahun tak hantar huhu.

Tapi disebabkan kat Putrajaya ni dobi layan diri dah banyak, macam cendawan tumbuh, so decide nak try la dobi sendiri pulak. Ingatkan dulu dobi ni setakat sampai spin jer. Rupanya sampai kering.
Tu yang teruja nak try tu. Heh.

Lagi pulak, aku nak bawak segala mak nenek comforter yang baru aku beli tu. Selalunya comferter aku basuh sendiri jer. Tapi dah nak kering cepat, malas nak guna ruang penyidai banyak-banyak, so kita angkut la sekali.


Ni yang aku angkut haritu. Sekali set comferter baby. Tapi, tak snap pulak gambar. 
Comferter, bantal dan bolster je pun. Tak tebal.



OK

First of all, kita tukar dulu duit syiling. 
Ni RM10. Ingatkan token. Rupanya syiling 50sen baru. OK la. Boleh gunakan lepas ni. Kalau token, membazir la kalau lebih. 
Ada orang masukkan baju dulu, baru tukar coin. Takut mesin kena rembat kot. He he
Mesin kat sini ada 4 je untuk basuh, dan 4 dryer untuk kering tu.
Weekend ramai la orang bawak baju-baju harian.


Mesin basuh ni 14kg sahaja.
Masuk comferter besar dengan comferter baby pun dah full. 
Takkan nak bagi padat lagi. Nanti tak cuci pulak.
So, comferter patchwork single tu, kiv dulu.
Hu hu.

Mesin dryer.
Meja tempat lipat baju lepas kering.

Harga berbeza mengikut temperature air.
Air biasa ; RM6.50/ cucian
Air suam : RM7.50/ cucian
Air panas : RM8.50/cucian

Coin changer.


Kat mana dobi ni ?

Walaupun banyakkkkk dobi kat Putrajaya ni, tapi first trial ni aku try Dobi AquaNano di Presint 15 dulu.
Sebab ???

Free detergen dan free softener.

Malas aku nak angkut sabun sendiri.

Lagi pulak, waaaaaanggiiiiiiii gila sabun/ softener dia.
Tetiba rasa nak tukar sabun kat rumah tu. Bila basuh dah tak bau apa dah.
Nampak tak, nampak tak ?
Terhasut.
Ha ha.


Oh yeaaa.
Aku guna 2 mesin la untuk basuh comferter dan toto tu. Dah mesin sebelah dah free, tunggu hapa lagi. Satu cucian 26mins gitu.

Lepas habis cucian comferter dan toto tu, weols pun masukkan ke dryer.
Dryer ni 16kg ye. Boleh masuk comferter, comferter baby dan toto sekaligus.
Set temperature ke High terus. Bagi cepat kering.
Harga RM4.50. Kalau tak kering sebelum habis tu, kena tambah duit untuk teruskan lagi. 5mins = RM0.50 rasanya.

Kalau nak tengok dah kering atau belum, just buka je mesin tu. Nanti dryer tu automatik berhenti.
Check la dah kering ke belum.
Sebab aku masuk 3 sekaligus, hampeh la nak kering.
Yang kering pun just sarung bantal je. Cadar pun tak kering sebab terbelit sekali toto kot.
So, tambah la duit lagi RM1.00 untuk 10mins.

Tunggu tunggu tunggu, dah siap pusing, masuk bakul angkut bawak balik terus.
Terpaksa la sidai semula kat rumah pulak.
Sebab aku was-was rasa macam tak kering je lagi. Benda tebal kan.
Kalau baju tu, ok la. Lagi pulak toto dengan comferter nak simpan balik.
Kena tak kering, bekulat je dalam tu. Naya oii nayaaaa.

Tapi bukannya lembap macam lepas spin tu. Setakat sikit sikut je. Sehari jemur dah ok. Letak tepi tingkap yang masuk cahaya matahari. Siap jemur, boleh simpan.

Yang set comferter single tu, aku mesin kat rumah je. Muat la sebab nipis ala patchwork tu.

SO,
Total mendobi ;

Washer : Rm6.50 x 2 = RM13
Dryer : RM4.50 + Rm1.00 = RM5.50

Total = RM18.50


OK la. Berbaloi.

Tapi kalau untuk baju biasa tu, aku rasa rugi la.
Sebab aku pakai banyak kot. Tiap 2 hari sekali mesti basuh.
Bankrup mak nak kalau dok menabung di dobi je.

Hu hu hu hu


Saturday, 2 January 2016

Nasik Lan Medan Jitra

Dulu masa sekolah menengah, mak selalu beli bawak balik Nasik Lan ni.
Sedapppp baq hanggg !!!

Tapi dulu harga Rm3.50 gitu jerr. Well dah berapa tahun kan. Now, harga RM5.00.
It's okay ! Harga tak penting, yang penting kualiti dan kesedapan.
Cehh gituuuu.

Alkisahnya,
Dan berkali-kali anak perantau ni balik lampung, dan dah berkali-kali pi jenguk Medan Jitra Lama tu dengan harapan dapat la makan nasik dia.
Tapi, hampehhhhh. Tak pernah buka !

Mak aku cakap buka dalam pukul 4 petang. Kalau pi pukul 6 pun kadang dah habis nasik tu.
Ok ! 
Hari pertama - pukul 4 petang. NOne !
Hari kedua - pukul 5 petang. Non hado !
Hari ketiga - pukul 6.00 petang. NON HADO jugakkkkk !!!

Habis tu hang bukak kedai pukul berapa hoiiii ???!!!!



Dan alkisah balik kampung ketika pregnant.
Harapan nak makan nasik lan la jugak. Sampai medan selera pukul 4.30. Tak buka !!

Dah lapar dah. Makan je la mee goreng + ais kacang. Dalam hati dah memyumpah-nyumpah rugi ja mai tak dapat makan.
Tanya orang meniaga kat situ pun cakap, tak tentu masa dia buka. Hmmmmm.

Elok habis makan, nak bayar dan balik, tetiba nampak 4wd bawak termos-termos behenti di situ. Pak hincik pun cakap, haa dah sampai. 
Malas aku nak pecaya. Hancur harapan ja.

Dannnnn sesungguhnya betul laa yang pak hincik cakap. Pukul 5 baru nak buka. Nak setting goreng ayam bagai. Terpaksa la menunggu 30minit lebih.
Dari first customer, time menunggu tu dah sampai 10 orang customer dah. Sorang beli berbungkus-bungkus.

Takpe la. Janji dapat makan jugak. Hu hu.
Tapau je la bawak balik makan malam pulak.
Nyum nyummmmm. 



Sedapppp wooooo. 

Kenyang hoiiii. 


Pesanan dan harapan :
Tolong la improve masa meniaga anda. Tulis la kat board tu, waktu operasi. Tak la orang tertunggu-tunggu. 

Sekian terima kasih.