Friday, 29 March 2013

Wedding Preparation:..Siap Order Scallop Sticker

Setelah beberapa lama aku survey scallop sticker ni, akhirnya harini aku bertemu dengan orang yang serius untuk berbisnes ni.

Nasib la aku start survey awal-awal. Rupa-rupanya memang orang-orang bisnes online ni memang suka reply lambat kot. Tapi kalau lambat 6 - 7 jam boleh tahan lagi, ini sampai dah 5 6 hari baru nak reply. Sampai aku dah lupa, aku penah tanya dia ke. ha ha. Bukannya satu dua online shop buat camni, tapi kebanyakannya semua sama la. 9/10 semua perangai macam tu.
Tu baru nak tanya... Kalau dah siap buat payment, then terus tak reply camna???! Huhh benci aku online shop camni. Nak bisnes buat la cara nak bisnes.

Nasib la aku rajin blogwalking. Hinggalah aku ketemu satu blogshop ni. Owner dia penah masuk Wanita Hari Ini youuu. Memang dah ada nama dan terkenal la. So aku pon try la emel tanya tengok camne. Emel send 8.30am. and she replied 8.33am. Perghhhh pantas. Macamni la aku suka ! Disebabkan pantas dan efficient she replied, so aku pon confident la untuk buat payment.
And.....after payment dia terus buat design and emel to me. Wahhhhhh giler kentang laju. Akuuuu sukaaaaaaa !! Memang puas ati la keja akak ni. Cakap jer nak macam mana, and dia akan buat. Pastu nak ubah font ke apa ke, just bagitau. Semuanya by emel. Tak sampai 2 - 3 jam pun dah settled semua.

Now aku tunggu siap printing jer. Sebab baca T&C nye, memang take time 2 - 3 minggu. Sebab tu kena order awal-awal. Ohhh nak tengok-tengor or order, just KLIK SINI

He he tak sabar nak dapat scallop sticker aku. Tak sabar nak lekat kat goodie bag. Best-best. Aku suka aktiviti camni ni. Selalu dok buat kat kenduri orang jer. Untuk kenduri aku pon, aku nak buat sendiri jugak. Tu  yang prepare awal-awal tu. Tak bagi orang buat. Kalau last-last minute memang terpaksa mintak orang buat la. Nanti tak lawa, mau muka tak puas hati nanti. Baik buat sendiri kannnnn.....


:::: Waiting ::::

No comments:

Post a Comment

Jangan Malu, Jangan Segan untuk komen (^^,)