Monday, 17 June 2013

Salinan IC hilang di Maybank !!!

Di saat aku besemangat waja nak buat loan asb, tetiba banyak pulak masalah yang timbul. Masalah yang bukan dari pihak aku, tetapi dari pihak bank!

Kau boleh tak bila customer nak tukar amaun loan, tapi kau tak tukar. Punya la aku secepat mungkin ke bank tukar amaun sebab aku taknak menyusahkan orang bank buat agreement dua tiga kali. Tapi.............bila hari untuk sign agreement aku tengok amaun tetap sama. What the hell..!!!!

At that time baru kalot nak buatkan semula. Dah tu suruh aku sign dulu nanti dia akan kepilkan terus je dengan yang baru. Aku macam ragu-ragu jugak la nak sign. Disebabkan aku rasa bank ni nama besar, iaitu Maybank jadi aku tak rasa dorang berani nak tipu. Lagipun aku ada saksi time tu.

Aku bagi salinan ic, salinan slip gaji. Then dia cakap nanti offer letter akan pos. Hingga laa sebulan lebih aku tak dapat apa-apa surat, aku terus ke Maybank. You know what he say???

Tak boleh nak proceed loan aku sebab salinan ic dan slip gaji takda! Aku rasa macam nak maki ja time tu ! Mana kau letak !!!!! Senang senang kau nak hilangkan salinan ic aku. Salinan ic wehhhhh ! Macam-macam orang boleh buat jahat kalau nak. Dah tu dengan sign aku pun hilang. Damn it!

Tak tenang hati aku sekarang. Takot one day tetiba diisytihar muflis sebab berhutang. Takpun ada orang buat loan kat ah long guna id aku. Memang mati katak la aku nanti. Padahal aku taktau apa-apa pun.

Aku dah bagitau officer bank tu. Dia cakap takda apa-apa kot. Kalau jadi apa-apa kau siap la korang !!!!

Kalau aku tau kesudahan camni memang aku takkan buat kat Maybank tu. Bank nama besar, tapi services out ! Nak aku reveal cawangan mana ? Supaya orang lain lebih berhati-hati, so aku terpaksa nasihat korang kalau berurusan dengan Maybank Putrajaya sila berwaspada. Sama jugak la dengan bank lain pun. Hati-hati selalu.



:::: Terkilan ! Semoga semuanya selamat ::::

Saturday, 1 June 2013

Kawin Belom Lagi, Tiket Honeymoon Dah Siap Booked

Ha ha ha ha ha giler tak giler tajuk tu. Tapi seriously gilerrrrrr la. Maunya idak. 2 bulan lagi nak kawin, tiket dah siap beli. Bukan tiket je, hotel pun dah siap booking. Ha ha ha

Ye laa. Bagi yang tau, of cos la kena beli awal kan. Tambah pulak Air Asia tengah buat promo. Murah la daripada biasa. Haruslah planning awal-awal kalau nak jimat. Kalau orang yang banyak duit tu, toksah cakap la kan. Esok nak pi, arini booking pun no hal.

Alkisahnya mula-mula just meng-google mana tempat yang best untuk honeymoon nanti. First place, Bali. Then bila blogwalking bagai, ramai cakap susah cari makanan halal. So, aku pangkah awal-awal. Takkan la nak makan megi je kan. 

Pilihan kedua, Sabah. Search la hotel-hotel yang cantik menarik dan yang paling penting depan pantai. Tapiiiii ya ampunnnn mahal bonar semuanya. Tu taraf 6 star dah tu. Ok hold dulu.

Tetiba Mr. D suggest Krabi. Hahh ! Aku dah la tak suka oversea ni. Almaklum la penakut. He He. Apalagi aku pun mula la meng-google bagai. Ohhhh ramai Malaysian yang pi sana. Overall ok la. Makanan halal pun banyak. Dan bahasa boleh jugak cakap Melayu. Ada jugak yang faham la. Kalau tak, terpaksa la speaking omputih. Tunggang tebalik pun lantak la. Janji aku paham, kau paham. Ok khennnn he he.

Dah search tempat, makanan semua, second step tengok la tiket flight. Tarikh tu, tarikh ni. Last-last dapat la jugak tiket promo. Murah. RM49 saje pegi sahaja. Nak dok 3D2N. So tiket balik dapat la RM60. Weekday kan harusla murah. Kalau time weekend jangan harap la. Nampak murahkan. Tapi tapi tapi.... Mr.D nak balik tengah hari pulak. Yo la flight RM60 tu 7.00am kot. Kena bangun awal la nak bertolak balik. Uhhh tak best. So, tengok la tiket tengah hari. Owwwwwwh RM175 seorang. Gilaaa mahalll. Kalau 2 orang dah RM448 pi balik. Tu tak termasuk tax bagai lagi. Hotel pulak dah dekat RM500 jugak la. Hmmm hold dulu la.

Aku pun try la search AirAsiaGo. Hooohhh flight + hotel RM701 sajeeee ikut tarikh yang kitorang nak tu. Hotel pulak memang hotel yang aku suka tu la. He he he apalagi terus grab la. Dah sampai kat payment dah, tetiba aku rasa aku salah type nama Mr.D. Halamakkkkkk... Aku pun terus close payment tu, memang xbayar lagipun, then aku tertekan back. Terus naik 'Payment Pending'. Damn !!!!! Bila aku check balik, konon-kononnya dorang tengah proses payment tu. Kena tunggu 2 jam pulak. Ohmaiiiii... After 2 jam tu, aku buka email, then tulis 'Booking Cancelled'. Ok !

Bila aku nak buat semula, dah abis seat dah untuk flight balik jam tu. Damn sekali lagi ! Gerammmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm !!!!! Tinggal flight balik pukul 7:00am jugak. Kalau nak flight tengah hari kena tambah RM112 sorang. Kalau 2 dah banyak mana pulak tu.

Lepas discuss discuss discuss, kitorang terpaksa jugak memilih untuk ambil flight dan hotel asing-asing. Nak buat cemana kan. Salah sendiri. Flight beli kat Air Asia, hotel book kat AirAsiaGo. Hohhh rugi RM300+. Puiii beza memang berbeza. Daripada RM701, last-last kena bayar RM1017. ha ha ha ha amik kau. 

Takpe la. Aku anggap ini pengalaman dan pengajaran bagi aku. First time hoi book tiket online ni. Mana ku tauuuuuuuu.

Sori ya Mr.D. Kalau tak boleh kita shopping kan duit lebih RM300 tu. He he he he jangan marah arrrrr !


:::: Lambat lagi hoiiii ;) ::::