Monday, 17 June 2013

Salinan IC hilang di Maybank !!!

Di saat aku besemangat waja nak buat loan asb, tetiba banyak pulak masalah yang timbul. Masalah yang bukan dari pihak aku, tetapi dari pihak bank!

Kau boleh tak bila customer nak tukar amaun loan, tapi kau tak tukar. Punya la aku secepat mungkin ke bank tukar amaun sebab aku taknak menyusahkan orang bank buat agreement dua tiga kali. Tapi.............bila hari untuk sign agreement aku tengok amaun tetap sama. What the hell..!!!!

At that time baru kalot nak buatkan semula. Dah tu suruh aku sign dulu nanti dia akan kepilkan terus je dengan yang baru. Aku macam ragu-ragu jugak la nak sign. Disebabkan aku rasa bank ni nama besar, iaitu Maybank jadi aku tak rasa dorang berani nak tipu. Lagipun aku ada saksi time tu.

Aku bagi salinan ic, salinan slip gaji. Then dia cakap nanti offer letter akan pos. Hingga laa sebulan lebih aku tak dapat apa-apa surat, aku terus ke Maybank. You know what he say???

Tak boleh nak proceed loan aku sebab salinan ic dan slip gaji takda! Aku rasa macam nak maki ja time tu ! Mana kau letak !!!!! Senang senang kau nak hilangkan salinan ic aku. Salinan ic wehhhhh ! Macam-macam orang boleh buat jahat kalau nak. Dah tu dengan sign aku pun hilang. Damn it!

Tak tenang hati aku sekarang. Takot one day tetiba diisytihar muflis sebab berhutang. Takpun ada orang buat loan kat ah long guna id aku. Memang mati katak la aku nanti. Padahal aku taktau apa-apa pun.

Aku dah bagitau officer bank tu. Dia cakap takda apa-apa kot. Kalau jadi apa-apa kau siap la korang !!!!

Kalau aku tau kesudahan camni memang aku takkan buat kat Maybank tu. Bank nama besar, tapi services out ! Nak aku reveal cawangan mana ? Supaya orang lain lebih berhati-hati, so aku terpaksa nasihat korang kalau berurusan dengan Maybank Putrajaya sila berwaspada. Sama jugak la dengan bank lain pun. Hati-hati selalu.



:::: Terkilan ! Semoga semuanya selamat ::::

No comments:

Post a Comment

Jangan Malu, Jangan Segan untuk komen (^^,)