Friday, 21 March 2014

Kau Sah Jadi Milikku

Alhamdulillah~

Akhirnyaaaaaa impianku termakbul a.k.a terlaksana. Haaaaa serius suka hati sangat sangat.
Dah lama kot pendam perasaan, akhirnya terluah sudah. ha ha

Iphone 5s Gold akhirnya kau jadi milikku. Walaupun terpaksa membazir, tapi aku akur. Simpan duit banyak-banyak pun buat apa. Kita taktau mati bila. Dah mati orang lain yang joli katak duit kau. Ye dakkk?? #bagi yang takda anak lagi macam aku ni la

Tapi harus la ada simpanan jugak. Buatnya panjang umur, tak ke meraban nak cari duit pulak. Kan kan kann ?? Hu hu

Dah dekat 2 minggu jugak la aku dok searching benda alah ni. Nak tengok ok ke tak penggunaan nye. So, the decision was taken. Beli je laaaaa. Dah nak sangat kan. Sangat mati mengidam susah pulak hik hik.

Aku pulak jenis tak reti bersabar. Kalau dah kata nak beli, haritu jugak la aku nak pi beli. Rupanya Alamanda takde yer kedai Apple. Yang ada tu kedai Apple yang tak jual iphone. Namanya iStudy. So dia just jual ipad dan ipod je kalau tak silap.

Ke outlet Celcom pun Iphone 5S dah takde stok. So nak tak nak, aku pun terus la ke kedai kat SS15 tu. Dengan harapan dapat la murah. Rupanya........

Tidakkkkkkkk. Harga lagi mahal dari outlet Apple. Maybe just certain jenama je kot dapat murah. Macam Samsung, memang kedai ni murah. Lenovo pun kot. Sebab ramai orang beli Lenovo time aku pi tu.

Kalau ku tahu, baik aku beli kat Machine kat Midvalley tu. Dapat gak beg Apple. Hu hu
Tapi  nak tak nak beli la jugak. Malas aku nak tunggu esok. #nampak tak, takda kesabaran aku di situ hak hak.
Sebab kedai ni tutup lewat. Pukul 11.30 malam baru tutup. Kalau nak ke kedai lain, harus la dah tutup. Aku sampai pun dah pukul 10.30 malam.

So harga ditawarkan Malaysia Set Rm2449. Mahai wooooo. Singapore Set Rm2299. Beza hampir Rm200 kot. Aku tanya la beza dua-dua tu. Dia cakap beza warranty je. Malaysia kena hantar Malaysia. Singapore hantar ke Singapore.

Daripada senang dulu susah kemudian, lebih baik aku susah dulu senang kemudian. Amek je la Malaysia Set. Tambah screen proctector Rm15 jadi la Rm2464. Yang lain aku takmau beli. Nak beli tempat lain. Dapat free gift car charger kecik tu, card reader #buat apa bukan iphone ada memorycard pun dan 2 lagi.

Ok ! Siap untuk meng-explore. Yeahhhhh.










**Baru topup Rm10 tengok dah hilang. Cina tu tak tutup data plan akuuuuu !!! Jenuh kalot godek cari. Iphone bukan packet data yer, dia guna cellular data. Cing !


2 comments:

  1. Salam. Boleh share ok tak wak gne iphone malaysia set?? Confuse lgi tntang ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat setahun lbih guna ni ok je. Sama je dgn set import. Yg saya tau beza warranty tu je la.

      Delete

Jangan Malu, Jangan Segan untuk komen (^^,)