Thursday, 24 July 2014

Raya raya !!

Alhamdulillah diberi kesempatan merasai Ramadan hingga ke hari ni, 26 Ramadan. 

Lagi 3 hari, insya Allah kita akan sambut hari mulia, iaitu hari raya aidilfitri. 

Dikesempatan ini, aku ingin ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua dan hati-hati perjalanan pulang ke kampung nanti. 

Tak payah nak laju-laju sangat. Tak lari pun kampung korang tu. Nak sampai ke kampung ke, atau nak sampai ke kubur ??  He he he

Bak kata pepatah, " Pandu Laju, Maut Menanti "

Dan aku balik kampung esok. Yehaaaaa. Sukaaaaa. Tak payah penat masak juadah berbuka lagi. Makan masakan mak lahh yang pergghhhh, hingga menjilat jari. 


Selamat Hari Raya Aidilfitri

Dan

Maaf Zahir dan Batin


Kosong kosong ekkk  (^_^)v

Friday, 18 July 2014

MH17

Pagi tadi buka data plan, terkejut dapat whatsapp tentang insiden MH17.

Nak comfirmkan, buka pulak facebook. Tengok fb berita di Malaysia banyak dah post pasal insiden tu. Innalillah.

Yang ni memang dah nampak crashed. Memang dah terang tak payah suluh. Tapi MH370..............??

Dengar cerita ramai student nak balik beraya dalam MH17 ni ?

Alfatihah untuk mangsa yang beragama Islam. 


"KepadaNya kita datang, dan kepadaNya kita kembali." 







Sedih =''(

Thursday, 17 July 2014

Coming Soon ~ Fareeda at Alamanda

Yeahhhh Fareeda coming soon at Alamanda !

Semalam tengah beratur nak bayar kat Aeon Big area atas tu, tetiba ternampak muka Mawar ni. Uikksss nak buka outlet baru di Alamanda ke ?? 

Tempatnya di Watsons kecil kat atas tu. Depan outlet Maxis. Watson kan dah buka outlet baru. Besarrrrrr bak hang ! Silau bijik mata masuk. Siap ada tempat duduk untuk make up lagi ha ha.

Back to the story.........

Aku memang bukan penggemar tudung Fareeda ni. Sebab ?? Muka tak sesuai dan tak mampu dik nonnnn. Harga tudung tu boleh aku buat makan 2 minggu. Hu hu

Tapiiiiiii, aku bukan pembenci Fareeda. Segala komen negative orang cakap, padahal pada firasat aku, orang jeles je lebih. Dah tak mampu nak condemn macam-macam. Orang tak paksa pun ko beli, tak paksa pun suruh beratur tido depan kedai tu. Overrr je yang komen macam-macam tu. 


Aku suka tengok muka si Mawar ni. Manisssss je.


Monday, 14 July 2014

Edisi D.I.Y ~ Casing Iphone Blink Blink !

Assalamualaikum w.b.t

dan 

Salam Ramadhan 1435H

ecewahhhh.


Sekian lama tak buat DIY ni. Bukannya takda bahan, tapi takda masa. Bukannya takda masa sangat, malas je lebih. he he he macam-macam alasan kannn.

Disebabkan semalam hari berehat di rumah, sebabnya Sabtu tu dah keluar seharian shopping raya, so daripada bosan tak buat apa, moh ler kite ber-DIY sikit.

Actually terbangun awal. Pukul 8.30 pagi dah bangun. Mau tak rasa lama. Selalunya pukul 12 tengah hari baru nak celik. Ni gara-gara kucing kat bawah la tu bunyi. Aku memang pantang sikit bunyi kucing. Terus terlompat bangun. Sanggup turun bagi makan pagi-pagi tuuuu. Kerana kucing !

Ok laa. Mukadimah punya la panjang. Back to the topic.


Bahan yang perlu ada :

Gunting
Sticker Berlian
Casing Transparent
Tambahan : Manik / Aksesori lain


Cara-cara :

Ambil casing phone transparent tu.



Then,
Gunting sticker berlian tu mengikut casing phone.
Pastu lekat-lekat je la ikut border casing tu.
Adjust sikit-sikit untuk bahagian corner tu.


Taraaaaaaaa,



Siappppppppp !!!


Amacam cantik tak ??? Silau mata uolsss. Guna barang-barang recycle je pun. Casing tu orang bagi. Berlian tu pun orang bagi lebihan buat kat kereta dia. See..... Nak beli ni mau RM30 ke atas jugak ni. Nampak tak penjimatan kat situ ?

# tak guna pun butang-butang tu. taktau nak letak mana dah



Heeee sukeeee =))))

Wednesday, 2 July 2014

Kucing di Opis

Aku terjebak lagiiiiiiiiii.......

Tak suka this feeling. Kesian, fikir apa la yang dia makan. Hmmmmm.

Selalunya ada nampak jugak bekas makanan kat situ. Tapi semenjak bulan puasa ni dah takda makanan orang bagi. Yelaaa nama pun bulan puasa. Siapa nak makannye. 

Habis tu kucing tu nak makan apa???? Kalau hari kerja, aku boleh la turun pagi dan petang bagi dia makan. Kesian je tengok dia tadi. Murung je. Lapar la tu. 

Sekarang ni aku pulak murung memikirkan apa yang dia nak makan bila time cuti nanti. Sabtu Ahad dan nak raya nanti. Aduiiiii laaaaa. Stress betul. Tak suka tauuuuu !!

Dulu ada 2 ekor, now tinggal sekor je. Lagi kesian takda kawan. Ke mana la hilang adik dia tu??

Nak dibawa balik, bukannya aku boleh bela pun. Setakat bagi makan kat bawah tu boleh la. Tu pun kalau mak ateh tak halau. Dia tu bukan boleh harap. Nak conquer kawasan dia jeee. Huh !!


So, solutionnya......... Hari sebelum cuti tu, aku isi la banyak-banyak kibbles tu tinggal kat dia. Takpe laa berkorban sikit kena beli paket baru pun. Sedekah di bulan Ramadan kan. Nak cuti raya pun aku buat gitu je laa. 3 hari jugak la sebelum raya. Dah start raya, aku tak risau dah. Ada je guard bagi dia makan. 

Hopefully ada la orang bagi dia makan jugak. Sedih :"(