Wednesday, 2 July 2014

Kucing di Opis

Aku terjebak lagiiiiiiiiii.......

Tak suka this feeling. Kesian, fikir apa la yang dia makan. Hmmmmm.

Selalunya ada nampak jugak bekas makanan kat situ. Tapi semenjak bulan puasa ni dah takda makanan orang bagi. Yelaaa nama pun bulan puasa. Siapa nak makannye. 

Habis tu kucing tu nak makan apa???? Kalau hari kerja, aku boleh la turun pagi dan petang bagi dia makan. Kesian je tengok dia tadi. Murung je. Lapar la tu. 

Sekarang ni aku pulak murung memikirkan apa yang dia nak makan bila time cuti nanti. Sabtu Ahad dan nak raya nanti. Aduiiiii laaaaa. Stress betul. Tak suka tauuuuu !!

Dulu ada 2 ekor, now tinggal sekor je. Lagi kesian takda kawan. Ke mana la hilang adik dia tu??

Nak dibawa balik, bukannya aku boleh bela pun. Setakat bagi makan kat bawah tu boleh la. Tu pun kalau mak ateh tak halau. Dia tu bukan boleh harap. Nak conquer kawasan dia jeee. Huh !!


So, solutionnya......... Hari sebelum cuti tu, aku isi la banyak-banyak kibbles tu tinggal kat dia. Takpe laa berkorban sikit kena beli paket baru pun. Sedekah di bulan Ramadan kan. Nak cuti raya pun aku buat gitu je laa. 3 hari jugak la sebelum raya. Dah start raya, aku tak risau dah. Ada je guard bagi dia makan. 

Hopefully ada la orang bagi dia makan jugak. Sedih :"(


No comments:

Post a Comment

Jangan Malu, Jangan Segan untuk komen (^^,)