Wednesday, 29 October 2014

Shopping di Ikea

Disebabkan terdapat hari bonus, iaitu hari cuti di hari bekerja **banyaknya hari aku, haruslah kita menggunakan dengan sebaik-baiknya. Bukan senang nak dapat cuti free hoihhh.

Nasib dan baik, en.somi pun cutiiiii. So, moh ler kita jenjalan sepuasnya. Syiokk jalan time weekday dan time orang bekerja ni. Sebab ?? Op kos sebab tak jammed dan parking tak full ! Ngehhhh


Hajat di hati nak ke Ikea. Sebab time weekend memangggggggg aku serik nak pi dah. Gila parking penuhhhhh !!! Tak sanggup menambah dosa memaki hamun dalam kereta hu hu hu hu.

Siap gerak keluar dah nak sampai jalan naik Equine tu, tetiba aku teringat, adakah aku lupa tutup suis iron ???? Hahh !! Tanya en.somi, of kos dia jawab dah tutup. Taktau la betui ka, atau sebab malas nak patah balik. Huiiiiiii

Sanggup lagi aku patah balik, daripada kehilangan sebuah tempat tinggal. Gila kauu !!
Terus patah balik, naik rumah tengok dah tutup pun. Takpe la. At least boleh berjalan dengan hati yang tenang. Ceh ~


Ok, bergerak semula. Dah sampai kat depan IOI Mall tu, tetiba aku teringat KL Festival City. Tak penah sampai lagi kat situ. Disebabkan kat situ ada Kaison, kalot la aku nak pi terjah. Pusing pulak ke Setapak nun.

Actually. tak menarik pun mall ni. Takda daya tarikan pun kat aku laa. Masuk Kaison, memang gilaaaa. Kalau banyak duit, memang habes dah aku shopping. Just ambil mood untuk projek terbaru aku. he heeeee


Dah habis pusing satu mall, en.somi ajak ke Ikea pulak. Jommmm sajaaaaa. Bukan aku yang drive ponnnn.


Syiokkk jeee masuk Ikea. Jalan depan The Curve tu pun takda kenderaan. GILA ! Macam pelik pulak ha ha. Parking lagiiiiii la banyakkkkk kosong. Sampai tamak nak pilih kat situ, kat sini.

Moh kita jenjalan cuci mata kat sini.



Gilaaaaa tengok bahagian lighting ni. Uihhhh..menggugat iman.



Taktau nak beli apa pun sebenarnya. Tapi biasalah, kalau dah masuk kompem akan beli sesuatu punya. 
Tengok hasil rembatan,

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v



Kuing kuing kuing. Abes jugak la rm50. hukhukk







Ni frame yang depan belakang. Dah lama teringin nak beli. Tengok ramai yang buat photobooth majlis kawin guna prop nih.



Ni tempat letak plastik. Hewwwww. Tak payah letak dalam laci dah.


Yang lain-lain nak letak mana ??? 
Tunggu hasil sepenuhnya nanti yerrrr !!
Heeee :)



Friday, 17 October 2014

Penapis Air Coway Murah

Selama ni tak pernah terlintas di fikiran pun nak beli penapis air Coway ni. Sebab ??? Op kos la sebab harga dia. Gilaaaaaa. Tak mampu Ai. 

Sanggup aku pakai penapis air yang kat paip sinki tu je. Tu pun beli sebab air kotor teruk hari tu. Tak sanggup nak menambah hutang komitmen tiap-tiap bulan. Tambah pulak aku rasa elektrik mesti banyak  naik. Yelaa ada air panas terus situ. Memang tidakkkkkk la jawapannya.


TAPI,

Secara tetiba, dapat harga runtuhhhhhh !! Very the impossible la nak dapat harga RM1000 untuk penapis air Coway.

En.Somi la pulun nak beli. Nak beli, beli je laaa. Bukan guna duit aku ponngg ! Ha ha ha


DAN,

Taraaaaa... Siap di bawa pulang ke rumah.


Tunggu orang datang pasang. Kos pasang RM100 sahaja. 
Kiranya penapis air tu RM900 je laa.

Taraaaa...Siap ON ! Dah nyala !




SEBENARNYA,

Ni penapis air second hand. Opis En.Somi let go sebab dah habis sewa beli. So, benda baru lagi. Tak  baik membazir kannnnn. 


Masa awal-awal aku takot jugak la bil letrik tinggi. SO, dah warning En.Somi, kalau bil tinggi, kita let go semula. Ni dah dapat bil. Kita tengok perbezaan selepas sebulan guna penapis air Coway ni.




Tengok perbezaan sebelum dan selepas guna Coway. Beza around 7 8 ringgit jugak lah. Ni baru 17 hari guna. Sebab aku start guna 26 Sept. Bil letrik setakat 13 Okt. Uishhhhh banyak jugakkkk.

Tengok la bil aku tiap-tiap bulan sebelum ni. RM25, RM26 je. Owhh bulan September aku tak boleh compare sebab family datang. So agak tinggi jugak lah. RM29. 

Tak boleh compare jugak. Kena tunggu bil bulan depan pulak la camni. Hmmmmmmm 
(-,-")


UPDATE


Bil elektrik bulan Nov RM36.19 dan Disember RM35.53.


Kesimpulannya, water filter ni menambahkan dalam hampir 50kwh, kira-kira dalam RM10 laa.

Sekian laporan harini. 


Thursday, 9 October 2014

Waiting............




Klik gambar untuk gambaran lebih jelas.


Yuhuuuuu tak sabau nyeeee.
Mudah kannn nak tengok sampai kat mana dah barang kita. 



Semak status penghantaran dengan Track and Trace PosLaju. (Klik sini)
Wahhh macam iklan hee hee hee.


Cuba Try Test NourAin

Wehuuuuuu...

Barang yang ditunggu-tunggu sudah tiba dengan selamat. Thank you PosLaju. Memanggg lajuuuuu. Sehari je dah sampai. 





Dan thank you jugak untuk penjual yang berurusniaga dengan cepat dan pantas. Aku suka jenis online seller camni. Sekali whatsapp, terus di-reply-nya. Takda la pending ke.... Aku faham la seller ni pun ada life jugak nak uruskan. Tapi, sebagai pembeli, mesti la nak seller yang cepat dan pantas replynye. Kami bayar kan !
Bukan apa, takut jenis yang lambat reply tu, bila dapat payment buat lambat nak pos pulak. That's why lerrrrr.

Dan, online seller yang aku beli ni, memang tiptop la feedback-nya. Tanya sepatah, dia jawab 10 patah. Ok la kannn. Nak tarik customer. I likeee !! Dan after payment pun, 30minit camtu terus bagi tracking number. Perghhh mantopp. Macamni boleh la aku repeat order lagi. Dah percaya !

Tips nak percaya lagi kat online seller ni, kena baca komen-komen kat produk yang dia jual. Nampak macam normal, ok la tu. Kalau takda komen,  like je banyak, tak boleh percaya jugak. Followers ni kadang semua orang post, semua nak like. Entah apa-apa jeeek. =P

Panjang benor mukadimahnya. heheee. Cerita pasal Nourain tak start lagi pun.

Ok lah ok lah. Ceritanya aku baru je nak cuba try test Nourain ni. Nampak testimoni macam best jugak la. Tapi semua produk testimoni best-best. Kalau tak best tak laku la. 

Tapi sebab utama aku pilih produk ni, sebab......... tak payah pakai banyak-banyak krim. Tak remeh.  Siang 1, malam 1, time mandi 1. Kan senanggggg. Aku bukannya rajin benor nak pakai banyak-banyak serum la, toner la bagai. Penyakit malas ni memang payahhhh. 

Sebab tu aku pilih yang 3 in 1 je. Produk Nourain ni ada je 5 in 1, yang ada serum, toner bagai tu. Nak tak nak je laa. Aku just nak basic je, ok la pilih 3 in 1 ni. Ada sabun, krim siang a.k.a uv protection dan krim malam. Complete ! untuk aku la hee hee hee.

Dan takda pantang larangnya. Boleh je pakai bedak ke apa keeeee. Cuma kena pakai sabun je dulu untuk 3 4 hari pertama. Ok lettueww.

Tak sabornyeee nak balik pakai sabun Nourain ni. 

Setelah bertahun-tahun aku jadi pengguna setia skincare Tia Amelia, tapi harini aku berpaling arah. Ha ha haaa saja nak try benda lain pulak. Hidup mesti ada kemajuan kannn. Hakhak