Selama ni tak pernah terlintas di fikiran pun nak beli penapis air Coway ni. Sebab ??? Op kos la sebab harga dia. Gilaaaaaa. Tak mampu Ai.
Sanggup aku pakai penapis air yang kat paip sinki tu je. Tu pun beli sebab air kotor teruk hari tu. Tak sanggup nak menambah hutang komitmen tiap-tiap bulan. Tambah pulak aku rasa elektrik mesti banyak naik. Yelaa ada air panas terus situ. Memang tidakkkkkk la jawapannya.
TAPI,
Secara tetiba, dapat harga runtuhhhhhh !! Very the impossible la nak dapat harga RM1000 untuk penapis air Coway.
En.Somi la pulun nak beli. Nak beli, beli je laaa. Bukan guna duit aku ponngg ! Ha ha ha
DAN,
Taraaaaa... Siap di bawa pulang ke rumah.
Tunggu orang datang pasang. Kos pasang RM100 sahaja.
Kiranya penapis air tu RM900 je laa.
Taraaaa...Siap ON ! Dah nyala !
SEBENARNYA,
Ni penapis air second hand. Opis En.Somi let go sebab dah habis sewa beli. So, benda baru lagi. Tak baik membazir kannnnn.
Masa awal-awal aku takot jugak la bil letrik tinggi. SO, dah warning En.Somi, kalau bil tinggi, kita let go semula. Ni dah dapat bil. Kita tengok perbezaan selepas sebulan guna penapis air Coway ni.
Tengok perbezaan sebelum dan selepas guna Coway. Beza around 7 8 ringgit jugak lah. Ni baru 17 hari guna. Sebab aku start guna 26 Sept. Bil letrik setakat 13 Okt. Uishhhhh banyak jugakkkk.
Tengok la bil aku tiap-tiap bulan sebelum ni. RM25, RM26 je. Owhh bulan September aku tak boleh compare sebab family datang. So agak tinggi jugak lah. RM29.
Tak boleh compare jugak. Kena tunggu bil bulan depan pulak la camni. Hmmmmmmm
(-,-")
UPDATE
Bil elektrik bulan Nov RM36.19 dan Disember RM35.53.
Kesimpulannya, water filter ni menambahkan dalam hampir 50kwh, kira-kira dalam RM10 laa.
Sekian laporan harini.
Bil elektrik bulan Nov RM36.19 dan Disember RM35.53.
Kesimpulannya, water filter ni menambahkan dalam hampir 50kwh, kira-kira dalam RM10 laa.
Sekian laporan harini.
No comments:
Post a Comment
Jangan Malu, Jangan Segan untuk komen (^^,)