Thursday, 26 February 2015

Agoda Tipu ke ??

Actually dah lama aku perati web agoda ni. Sebab dok survey hotel-hotel masa nak melancong. Memang tak relevan sangat la harga kat agoda. Sebab apa??

Orang jenis survey ni, opkos la akan survey banyak website kan. Dan website pertama yang aku buka, mestilah website hotel tu sendiri. Then baru aku compare dengan website yang menawarkan bilik-bilik murah kononnya tu, eg booking.com, asiaroom, dan agoda tu. 

Yang banyak aku tengok agoda la, sebab aku subscribe email dia. So hampir setiap hari ada promosi masuk email.

Dan dari pemerhatian aku la, sebenarnya harga promosi tu sama je dengan harga sebenar bilik tu. Dia letak harga tinggi, pastu promosi dapat harga rendah. Orang pun tengok "wowwwww murahnya".

Biasala marketing strategy. Aku paham. Macam la dekat hypermarket tu pun. Letak harga tinggi, lepastu potong letak harga rendah. Nak bagi orang nampak banyak kurang. Padehalllll.....................

So, di mana-mana pun sama je kiranya. Tapi harini paling nampak ketara sangat la. Tune Hotel sampai RM500 untuk satu malam double bed. WTHeeeek. Macam tak percaya je kan. Tune Hotel tu dah dikenali sebagai hotel bajet, sangat impossible harga lagi tinggi dari hotel 4 star.

Meh kita tengok yerrr. 


Website Agoda











Website Tune Hotel




Nampak tak perbezaan ?? 


As usual la kan, tune hotel kena add on segala mak nenek kalau menginap selesa. Tambah aircond + toiletries + wifi.

Tengok description kat agoda:

Descriptions:
This room includes 24 hours air-conditioning, TV, WiFi and rental of 2 towels with free amenities kit.

So, kat website tune pun kita add on je la segala mak nenek air cond, wifi, towel, toiletries semua tu. Baru tambah RM36 je. So total semua bilik + add on + tax = RM121 jer. Seeee !!!!

Yang agoda RM100.28 tu pun belum include tax rasanya. Jadi ??!!! Sama je la harga kat mana-mana pun. 
Ikut kira betul la agoda tulis harga tu kan. Tapi yang aku kata penipu tu sebab, kenapa mesti letak harga RM500 tu ?? Nak menarik minat orang ??!! Sangat annoying okeh !!
Kalau letak harga betul-betul RM100.28 tu pun orang akan book jugak sebab dah murah. Blerrghhhh !

Monday, 23 February 2015

Kedai Ikan Hiasan di Putrajaya

Hola !

Harini nak berkongsi info pasal kedai ikan hiasan aka kedai akuarium di Putrajaya ni. Mesti ramai jugak orang bela ikan kan kat rumah. Tapi taktau kat mana kedai ikan yang terdekat dengan rumah kan ??

Like me ! Yang aku tau dulu kat Bangi je. Tu pun meng-google la merata, tanya kawan yang dok bela ikan kat mana. So, first place yang aku beli ikan hiasan ni kat belakang Warta Bangi. Ada 2 kedai kat situ. Tapi aku tak perasan yang depan lagi situ. On the way balik baru tau.

So, after a few days, ikan-ikan yang dibeli pun semua dah arwah. Entah apa tak kena.

Dan tetiba dapat info dari kawan, ada kedai ikan atas Pasar Presint 8. Hahh ?? Tak pernah nampak pun. Meh kita p tengok. 

Ohoiiii betul la ada kedai ikan. Tu pun lepas pusing seround bahagian atas pasar tu. Ada kedai jahit, kedai gunting rambut rasanya. Banyak jugak yer kedai atas tu. Yang aku tau kedai runcit dengan kedai kunci tu je.

Ahaaa kedai ikan tu dekat sebelah sebelah kedai kunci tu. Sebelah kedai kunci tu kedai hardware. Then sebelah kedai hardware tu baru la kedai ikan. Dah tau kat situ, memang dok p terjah situ je la. Seminggu sekali p beli tambah ikan. 

HA info lagi. Kedai ikan kat pasar ni tutup pukul 7.30 malam tau. Nak beli, p la awal-awal yorr.


Lately ni takda pulak ikan mati. Sebab ?? Kitorang letakkan garam marine dalam air akuarium. Orang kedai tu la cakap. Letakkan 2 sudu garam untuk akurium 2 kaki. Sebab ikan guppy kena air masin-masin sikit. Oooooooooo.

Penat la dok buang ikan-ikan mati. Tiap hari ada je ikan mati. Rupanya perlukan air masin. Cehhhh


Suatu hari tu, p la ke kedai ikan nak beli guppy. Tapi non hado. Orang kedai cakap belum sampai. Then ada sorang brother ni bagitau, kat Presint 5 kat Pusat Maritim ada kedai ikan. Banyak guppy kat situ.

Whattt ?? Kenapa tak pernah tau ponnn. So, semalam p la terjah nak beli guppy. Brother tu cakap kat Basement1. Masuk la ke B1 tu. Tak nampak pun. Tanya security kat situ dia cakap naik tangga kat pintu kaca tu. OK !

Bila naik je, alaaaaaaaa kedai tutup pulak. Biasala hari Ahad kan. Besar jugak kedai banyak akuarium. Tapi nampak ala bersepah sikit. Dalam hati tertanya, laku ke kedai ni orang taktau. Maybe orang tau, aku je yang taktau hahahahaaa.

So, pasni try cari ikan kat sini la pulak. Waktu operasi tak diketahui lagi. Nanti kita try riki riki. 

Tu saja info kita. 



Tuesday, 17 February 2015

Cinta Ibadah

Dah addicted dengan cerita ni. Padahal sebelum ni tak pernah aku follow pun. Sebab apa ?? Sebab aku tak minat hero Fatah Amin tu. Tak feeling la berlakon. 

Aku start tengok pun sebab dah tau hero akan bertukar. So, mula tengok sebelum watak Fatah dimatikan. Tu pun jenuh la aku control badan aku supaya dok tegak. Motif ?? Sebab aku tengok Fatah tu melengkung je badan. Stresss wehhh. Badan aku yang rasa lenguh. Hu hu hu. Dia ada rupa, tapi kurengg bakat lakonan.

Bila munculnya hero baru, a.k.a Hisyam Hamid memang terus tak berganjak la aku tengok. Baru la besttttt. Lakonan mantap, rupa ada. Tu baru ciri-ciri hero pilihan aku he he hee. 

Siap record untuk cerita tu sebab aku balik lewat. Malas la nak rushing balik. Apa guna ada bayar recoder astro kalau tak guna. Ye dak ???

Cerita not bad la. Nasib aku tengok dah hampir separuh episod dah. Kalau layan dari awal, mampoihhh nak tunggu hari-hari tengok. Tapi tak la macam sinetron tu. Masalah sama tak habis-habis. Cerita ni okei jugak sebab ada konflik, dua tiga minggu lepastu dah settled. Mai pulak konflik baru. Takpe laa. Janji bukan dari first episod konflik yang sama je.

Mula-mula aku yang terjebak, lepas tu en.somi ikut terjebak jugak. ha ha ha haa kan dah kata cerita ni best.
Kira sehari aku tengok 2 kali la ulangan cerita ni. Aku balik keja aku replay. Lepastu dia balik keja, dia replay pulak. Aku tengok lagi. Ha ha takmau tunggu dia balik. Lambat sejam. Baik aku tengok dulu.

Harini dah episod 117 kot. Kalau ikutkan lagi 13 episod la dah nak habis. Tapi aku baca kat Aisyah Ilias tu dia cakap tak tentu pulak. Ikut kepuasan penonton. Mungkin sampai ke 200 episod. Gila kauuuuuu.

Memang laa penonton tengok sebab nak tau ending. Habis takkan nak tunggu cerita takda ending pulak. Sampai bila-bila tak habis camtu. Dah tu aku dengar Fatah masuk semula. Maybe bertukar muka watak lama semula kot. 

Yang tuuuuu memang aku tak setuju. Sorry la encik penerbit. Kalau dia masuk, memang aku takkan follow dah la cerita tu. Tak minat. Bukan kerana rupa, tapi kerana bakat. 

Jujurnya, pelakon sekarang dah terbaik. Thumb up !!!