Tuesday, 17 February 2015

Cinta Ibadah

Dah addicted dengan cerita ni. Padahal sebelum ni tak pernah aku follow pun. Sebab apa ?? Sebab aku tak minat hero Fatah Amin tu. Tak feeling la berlakon. 

Aku start tengok pun sebab dah tau hero akan bertukar. So, mula tengok sebelum watak Fatah dimatikan. Tu pun jenuh la aku control badan aku supaya dok tegak. Motif ?? Sebab aku tengok Fatah tu melengkung je badan. Stresss wehhh. Badan aku yang rasa lenguh. Hu hu hu. Dia ada rupa, tapi kurengg bakat lakonan.

Bila munculnya hero baru, a.k.a Hisyam Hamid memang terus tak berganjak la aku tengok. Baru la besttttt. Lakonan mantap, rupa ada. Tu baru ciri-ciri hero pilihan aku he he hee. 

Siap record untuk cerita tu sebab aku balik lewat. Malas la nak rushing balik. Apa guna ada bayar recoder astro kalau tak guna. Ye dak ???

Cerita not bad la. Nasib aku tengok dah hampir separuh episod dah. Kalau layan dari awal, mampoihhh nak tunggu hari-hari tengok. Tapi tak la macam sinetron tu. Masalah sama tak habis-habis. Cerita ni okei jugak sebab ada konflik, dua tiga minggu lepastu dah settled. Mai pulak konflik baru. Takpe laa. Janji bukan dari first episod konflik yang sama je.

Mula-mula aku yang terjebak, lepas tu en.somi ikut terjebak jugak. ha ha ha haa kan dah kata cerita ni best.
Kira sehari aku tengok 2 kali la ulangan cerita ni. Aku balik keja aku replay. Lepastu dia balik keja, dia replay pulak. Aku tengok lagi. Ha ha takmau tunggu dia balik. Lambat sejam. Baik aku tengok dulu.

Harini dah episod 117 kot. Kalau ikutkan lagi 13 episod la dah nak habis. Tapi aku baca kat Aisyah Ilias tu dia cakap tak tentu pulak. Ikut kepuasan penonton. Mungkin sampai ke 200 episod. Gila kauuuuuu.

Memang laa penonton tengok sebab nak tau ending. Habis takkan nak tunggu cerita takda ending pulak. Sampai bila-bila tak habis camtu. Dah tu aku dengar Fatah masuk semula. Maybe bertukar muka watak lama semula kot. 

Yang tuuuuu memang aku tak setuju. Sorry la encik penerbit. Kalau dia masuk, memang aku takkan follow dah la cerita tu. Tak minat. Bukan kerana rupa, tapi kerana bakat. 

Jujurnya, pelakon sekarang dah terbaik. Thumb up !!!




No comments:

Post a Comment

Jangan Malu, Jangan Segan untuk komen (^^,)