Wahhhhhh dah lama benar tak update blog ni. Tak busy pon, tapi entah mengapa tiada mood untuk berblogging ni. Ni pon nasib la ada broadband pinjam. Kalau tak, harammmm...hehehe
Back to the topic. Hari Mengundi Se-Malaysia a.k.a Pilihanraya Umum ke 13 Malaysia. Tahun ni terlebih excited sebab first time nak mengundi. Syiokkk syiokk. PRU-12 dulu tak boleh mengundi sebab tak cukup umor lagi. Rugi ! Tak cukup 3bulan je pon. Tapi at that time, aku tengah praktikal kat Pejabat Daerah. and tempat tu jadi Pusat Perjumlahan Rasmi Undi. So memang happening giler la. Siap balik pukul 1 2 pagi lagi untuk buat persiapan. Oohhhh kenangan. Rinduuu.....
Aku mengundi kat kampung. So yang lagi seronoknya sebab nak balik kampung tu. Hewhewhew.. Jumaat malam pukul 12 aku bertolak balik. Ingatkan dah lepas fasa jammed. Rupanyaaaa jammed jugak. Kat setiap RnR mesti jammed. Huh ! Tapi aku relax je la sebab ada driver. Ha ha ha. Pukul 7 pagi baru sampai kampung. Ohhh.. Tapi meriah giler la perang bendera. Seronokkk tengok. Siap bergantungan atas-atas jalan dah macam dalam taman. Taktau la pasni sapa yang nak buang.
Setibanya hari ahad tak boleh blah ayat, konon-kononnya nak pi awal la. 7.30 pagi konon nak siap sedia. Aleh-aleh pukul 8 baru terjaga tidor. Cesss ! Pukul 9 jugak la baru gerak. haha macam jauh sangat. 3minit dah sampai. Dua khemah jugak la nak kena check nama. Satu khemah parti pilihan. Satu khemah SPR. Khemah parti tu dia nak check pengundi dah keluar mengundi ke belom. Kalau belom nanti sampai rumah dia cari. Rugi undi katakan. He he he
Lepas khemah SPR tu, terus je la masuk bilik mengundi ikut saluran yang dah tulis. Wahhh takda orang pun. Masuk je terus bagi IC potong nama, calit dakwat kat jari then dia bagi kertas undi. 2 3 minit jugak la aku dok kat kotak tanda undi tu. Takot silap tanda. Tengok punya tengok. Takoooottttt rugiiiiii....... Pastu masuk kotak undi ikut Parlimen dan DUN, then chalowww. Sat sajork.
Bila tengok orang post fb berderet-deret berator, macam terkejut la jugak. Nasib tempat aku tak ramai. Rasanya ramai jugak, cuma time aku pi tu jer takda orang. Alhamdulillah la kan. Pukul 11 camtu dah mula ramai. Oooww orang bangun lewat rupanya. He he
Siap settled tugas aku sebagai rakyat Malaysia.
Dan......................................
Keputusannya membuatkan aku tersenyum. Alhamdulillah tak sia-sia aku balik jauh-jauh. Tahniah diucapkan kepada yang berjaya !
:::: Setia ku memilihmu ::::
No comments:
Post a Comment
Jangan Malu, Jangan Segan untuk komen (^^,)