Apa lagi, aku dan encik D pon meng-google la klinik area Selangor ni. Bukan senang nak dapat keluar time-time macam ni. Tempat yang dituju, Klinik Kesihatan Seri Kembangan. Alhamdullilah, nasib la ada test kat sini. Klinik ni buat 3 kali seminggu. Hari Isnin, Rabu dan Jumaat. Kitorang pilih Jumaat la sebab senang esoknya cuti.
Dannnn hari ni, aku ke sana. Agak lambat jugak la sebab ramai orang. Dah tu kitorang masuk ambil borang lambat. Ingatkan klinik tak buka lagi. Tulis rehat sampai 2.45petang. Rupanya dah ramai pasangan yang ambil dah. hmmmm.
Ambil borang, then staff situ bagi nombor giliran siap-siap. Isi laju-laju, dan hantar semula kat dia. Ingatkan sapa hantar dulu dia panggil, rupanya ikut nombor jugak. Hmmm bosan! Sejam jugak la menunggu nak bayar pendaftaran RM1 tu. Dah siap bayar, terus ke kaunter untuk check tekanan darah, tinggi dan berat tu. Lepas tu baru siap sedia menunggu di bilik 6 untuk ambil darah. Errrrkkk tatotnyaaaaaaa.
Ada pulak si pompuan tu cerita nak menakotkan aku. Katanya nanti masuk pilih yang si A tu, sebab si B tu kasar sikit. Sakit nanti dia godek-godek cari urat. Nurse kat situ yang bagitau. Katanya laaa... Aku dah sedia takot ni, lagi takot la dengar cerita dia. Ish ! Tengok budak-budak lain relax ja lepas ambil darah.
Ting ! Nombor giliran aku naik. Terus la masuk bilik. Halamakkk borang ku kat tangan si B. Maknanya aku kena kat si kasar ni la. Ohmaiiii.... Relax relax chill. Dia ikat tangan aku, and cucuk. Churpp ! Elehhhh tak sakit pon. Tipu ajee la pompuan tu. Ha ha ha.
Lepas ambil darah, dia titiskan kat HIV test kit tu, yang banyak tu dia masuk dalam tiub untuk hantar makmal. Before tu kena jawab survey pasal stress pulak. Dah siap, hantar lab tunggu keputusan. Lepas tu tunggu gilaran untuk masuk semula jumpa tukang cucuk tadi.
Dia terangkan keputusan ujian darah tu. Hmmm aku punya hemoglobin tu agak rendah. Normal 12.0 - 16.0. Tapi aku punya 11.3liter. Sikit aje kurang. Tapi dia suggest untuk aku buat HB Analysis selepas kahwin dan sebelum mengandung. Takut-takut aku pembawa Talasemia. Kalau dua-dua pembawa, kalau dapat anak, anak tu akan jadi pengidap Talasemia. Kesian nanti kena tukar-tukar darah selalu.
Tapiiiiiiii....yang aku tak puas hati, kenapa lelaki tak check pon darah. Lelaki just kena ambil darah kat jari je. Huh ! Tapi nanti nak buat HB Analysis tu, aku nak ajak encik D aku pon buat sekali. Baru la tau kan. Kalau dia negetive, tak la risau sangat.
Haaa untuk info kengkawan semua, yang kita buat sekali HIV test tu bukannya ujian Talasemia yer. Yang tu hanya nak check darah. Kalau tak ok, baru doktor akan suggest untuk buat screen test Talasemia. Sebab kebanyakan blog aku baca, dorang cakap buat HIV test dan talasemia, then dapat keputusan on that day. No no no... Keputusan HIV test je dapat pada masa tu jugak. Tapi, keputusan ujian Talasemia agak lama. Kalau kat klinik kerajaan, maybe akan ambil masa dalam 3 bulan. Kalau kat swasta, maybe dalam sebulan macam tu je.** doktor tu yang cakap.. So jangan silap yer kengkawan.
So, disebabkan lagi 3 bulan lagi nak akad nikah, aku decide nak pi check kat Klinik kerajaan je la. Sebab lambat lagi kan. Tapi aku akan tanya dulu la kat klinik swasta berapa kosnya. Kalau murah, aku proceed kat swasta je la. Lagi cepat dapat result, lagi cepat aku boleh aku ambil tindakan seterusnya kannnnn.
Alhamdullilah..Settled untuk dua orang. |
Yang digaris tu yang pasal hemoglobin |
:::: Hopefully okei okei aje ::::
No comments:
Post a Comment
Jangan Malu, Jangan Segan untuk komen (^^,)