Wednesday, 28 August 2013

Oh noooooo !

Alamak !

Tetiba tengok dah terpelohong berlubang dah. Uwaaaaaaaa sebijik batu berlian kat cincin dah hilang. Cincin nikah pulak tu. Hukhuk sedih.

Nak pi bubuh kat kedai entah berapa puluh la pulak. Tapi hudoh sangat la nampak lubang. Walaupon kecik, orang lain tak nampak, tapi aku tetap nampak. Tak cun hokayyyy !

See ,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,

uhukuhukuhuk



:::: Cacat sudah ::::


Sunday, 25 August 2013

AirAsia lagi

Bila dah pernah naik flight tu, hari-hari nak naik. Poyo sangat kan...

Bukan poyo la. Sebab pertamanya, sebab dah tak takot. Before ni takot time take off tu. Tengok dari luar memang la takot. Bila dah terpaksa jugak naik flight disebabkan urusan kerja haritu, maka dengan itu aku isytiharkan aku dah berani naik flight. he he he poyo .

Asal ada tiket murah je, aku mula la nak beli. Tapi tengok jugak atas urusan apa. Takkan saja-saja nak beli khenn. Tu dah melampau sangat !

Masa pi urusan kerja dulu, aku  naik MAS. Free kot guna waran kerajaan. Untung kan. He he. Baru dapat sekali dah poyo. Orang lain tiap-tipa bulan fly, tak heran pon khen. Ye laa saya kerja gred bawahan. Mana nak fly-fly sangat. Puit

Ok back to the topic. Air Asia. Ni kali kedua aku naik penerbangan murah ni. First masa dari kampung nak ke KL bulan lepas. Kali ni dari KL nak balik kampung. Yang kali kedua ni ada la suka dukanya. Yang sukanya bila tambang murah. Nak tau berapa?  RM29 saja yer. Murah tak ??? Gila tak murah khen. Murah la dari bas. Kalau bas RM50, perjalanan 6 7 jam. Naik flight just 1 jam camtu je. Save masa lagi. So pick up yang paling menguntungkan la kan. 

Tapi yang dukanya bila flight delayed. Owhhhh stress. Cuba bayangkan aku keluar rumah pukul 5.30pagi, flight pukul 7 pagi. Tapi pukul 9 baru dapat take off. 2 jam beb aku tido dalam flight yang tak begerak tu. Tido pon tak tido sangat la. Dah seat tegak gitu. Terkehel tengkok ku. Aishh ! 

Alasan sebab kesesakan trafic kat LCCT. Hohh jangan taktau. Kalau kat jalan jammed, kat LCCT pon jammed jugak. Time nak take off tu, aku tengok berderet-deret 6 7 biji flight tengah queue nak take off. MAS, AirAsia, lagi apa tah. Gilaaaaaaa betoi. Cantik pulak tengok hikhik.

Dalam flight aku pon hanyut ke mana tah. Tengok-tengok dah nampak laut. Dah cakap nak landing pon. Tapi time tu tak best. Sakit kot telinga. Tekanan macam dah nak pecah telinga. Jenih jugak telan air liur, tapi tak okay jugak. Dok tekan-tekan la telinga. Tapi tak okay. Sampai dah landing baru back to normal. Takot jugak la time tu. Takot pecah hu hu. Yang sebelum ni okay je tak la sampai terasa sangat sakit. Entah !

Apa-apa pon dah selamat tiba ke destinasi yang dituju. Terima kasih AirAsia kerana tambang murah tu. Peace................(^^.)v

Adiosa ~



:::: Minggu depan terbang lagi ::::

Monday, 19 August 2013

Selesai..................

Alhamdulillah.....

Selesai segalanya. Selesai raya, selesai akad nikah dan selesai majlis kahwin. Selesai jugak segala kepenatan dan pembaziran duit setakat ini hu hu.

Semuanya berjalan dengan baik. Walaupun disaat malam berinai, atok ku pergi meninggalkan kitorang semua. Tak sakit teruk pon. Sakit tua gitu je. Innalillah.....

Tapi nikah tetap diteruskan jugak keesokan tu. Nasib la memang aku nikah lepas Zohor. Kebumikan jenazah pulak pagi. Agak kepenatan jugak la orang nak uruskan. Dan masa akad nikah pon, takda sedara mara pon yang datang. Ada sepupu 2 3 orang gitu je. Tapi aku suka la jugak, sebab aku tak la malu sangat kihkihkih.

Sekali lafaz je aku dah bergelar isteri orang. Ahaks ! Tapi feeling tu tetap tak ado. Cemano?! Siap dok gelak-gelak lagi kat belakang tu. Aku tengok orang lain siap post berdebar-debar bagai la. Aku??? Maintain je.... Sebabnya, bukan aku yang nak kena lafaz akad pon ha ha ha !

Malam lepas majlis tu baca yassin kesyukuran disekalikan dengan tahlil. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang beriman. Amin

Selang sehari, majlis kahwin a.k.a kenduri pulak. Haaaaaa ni satu kes. Tetiba malam tu aku tak boleh tido. Sebelum tu dah buat hantaran sampai pukul 12 lebih. Elok masuk tido, tak boleh tido pulak. Grrrrrr !! Padahal hari tu aku bangun awal kot. Pi pasar borong segala. Camna la pulak boleh tak ngantok nih! Siap main game nak bagi ngantok. Tak jugak mau pejamnya. Last pukul 3, aku buat jugak la pejam mata. Dah kawan-kawan cakap nanti esok mata sembap tak elok. Tak berseri.

Esoknya bangun awal pulak. Siap-siap nak pi pejabat agama. Nak buat kad nikah kekdahnya. Konon boleh dapat cepat. Sampai sana ko tau dorang cakap bila siap? "5 6 bulan baru siap, adik". Ha ha ha haa 'cepat' sangat ! Ok abaikan.

Siap terus pi makeup. Hohhh aku lambat ke? Dah 2 orang pengantin menunggu nak makeup. Meaning that aku orang ketiga. Sampai dalam pukul 10.30, start makeup pukul 12. Lambat, memang lambat. Makeup pon dah makan masa sejam. Pastu tunggu makeup pengapit lagi. Ingat sampai rumah pukul 1 camtu. Tapi terpaksa la berarak pukul 1.30 camtu. Dah la rombongan pengantin laki dah sampai. Stresssss !

Kalot-kalot balik, lari naik rumah tukar kasut. Dah la nak hujan. Semua macam kalot gitu. Aku jalan dah tak tengok orang dah. Belasah je lari naik kot orang ramai tu. Punya la takot hujan. Tapiiiiiiii.................... elok aku turun nak sambut pengantin laki je, tetiba hujan terus mencurah ke bumi dengan lebatnya. Takda rintik-rintik dah. Pengantin dengan pengapit terus lari naik atas. Sekali dengan rombongan bawak hantaran tu lari. okay..Lawak ha haa ha.. Walaupun aku rasa macam spoiled sikit, tapi tak apa la. Dah tersurat begitu kan. Redho je la.

Lari masuk dalam rumah dulu. Ambil gambar banyak-banyak, pastu baru pi makan. Elok pon hujan dah berenti. Sat saja hujan. Memang tak bagi aku berarak kot. Hanya Allah tahu apa yang terbaik.

Makan pon belakon ja lebih. Haram tak kenyang sikit pon. Nak jaga lipstick kekdahnya. Hu hu. Takat nak ambil gambar je semua tu. Belakon ! ha ha

Potong kek bagai, masuk rumah ambil gambar lagi, masuk bilik ambil gambar lagi. Keluar outdoor ambil gambar lagi. Hah penat !! Penat posing je lebih. Seriously aku tak sempat nak hye hye bye bye dengan kawan-kawan yang datang. Tambah pulak yang datang time aku mula-mula sampai tu. Sempat lambai ja la. Goodie bag yang aku buat special punya tu pon, tak sempat gi ambil bagi. Hmmmm....

Yang datang petang-petang sikit tu, aku sempat la jumpa dan pelok cium. Walaupon dalam kekalutan nak pi outdoor pulak. Hohhh camni rasanya jadi pengantin. Baju aku toksah cakap la. Dah pakai yang meleret panjang. Abeh hitam leret jalan, hujan kannnn...

Pastu shoot outdoor pulak masuk ke sawah padi. Haruslah lagi hitam. Ahaaa... Outdoor kat sawah padi depan rumah je. Malas aku nak pi jauh-jauh. Dah la badan dah penat terliuk lentok nak posing. Dengan baju panas lagi. Huuuuuuu....

Elok pukul 4.30 petang siap shoot segala. Balik......... Salin baju, buang bulu mata.. Selesai majlis. Alhamdullilah.



:::: 13-8-13 ::::

Saturday, 3 August 2013

5 Hari lagi

Ramadhan kian sampai ke penghujungnya. Syawal bakal menjelma. Lagi 5 hari lagi beb. Lagi 5 hari lagi nak balik kampunggggg. Ohoiiii seronok lagi. Walaupun penat balik 4 hari yang lepas pon masih lagi terasa. Hohh need to rest this weekend.

Tak penah seumur hidup aku balik malam raya. Macam seronok kot balik malam raya. Baru feeling lebih tambah pulak sambil dengar lagu raya. Ha ha. Tapi yang tak seronoknya kalau jammed. Ohhh hopefully no t! Kan dah ramai orang start balik minggu ni. Budak sekolah pon dah start cuti. So kebarangkalian jammed tu tak sangat kot. Eheee berangan.

Tapi yang penting berharap semoga semuanya selamat. Selamat sampai ke destinasi yang dituju. Selamat beraya bersama orang yang tersayang.  

Dannnnnnn aku pon makin menghampiri ke status Puan. Tapi aku tak rasa apa-apa pon sebab tak penah nak ambik port pasal kawin ni. Janji semua dah settled. So aku buat tak tau ja. Ha ha. Feeling nothing. Pelik kan. Tapi taktau la bila esok tu nak akad nikah, baru malam tu tak boleh lena kot. Selalunya aku macam tu la. Hoiiiii macam tak sanggup nak meninggalkan zaman bujang. Rasa pelik ha ha ha ha.

K la. Adiosa dan Selamat Hari Raya~