Sunday, 25 August 2013

AirAsia lagi

Bila dah pernah naik flight tu, hari-hari nak naik. Poyo sangat kan...

Bukan poyo la. Sebab pertamanya, sebab dah tak takot. Before ni takot time take off tu. Tengok dari luar memang la takot. Bila dah terpaksa jugak naik flight disebabkan urusan kerja haritu, maka dengan itu aku isytiharkan aku dah berani naik flight. he he he poyo .

Asal ada tiket murah je, aku mula la nak beli. Tapi tengok jugak atas urusan apa. Takkan saja-saja nak beli khenn. Tu dah melampau sangat !

Masa pi urusan kerja dulu, aku  naik MAS. Free kot guna waran kerajaan. Untung kan. He he. Baru dapat sekali dah poyo. Orang lain tiap-tipa bulan fly, tak heran pon khen. Ye laa saya kerja gred bawahan. Mana nak fly-fly sangat. Puit

Ok back to the topic. Air Asia. Ni kali kedua aku naik penerbangan murah ni. First masa dari kampung nak ke KL bulan lepas. Kali ni dari KL nak balik kampung. Yang kali kedua ni ada la suka dukanya. Yang sukanya bila tambang murah. Nak tau berapa?  RM29 saja yer. Murah tak ??? Gila tak murah khen. Murah la dari bas. Kalau bas RM50, perjalanan 6 7 jam. Naik flight just 1 jam camtu je. Save masa lagi. So pick up yang paling menguntungkan la kan. 

Tapi yang dukanya bila flight delayed. Owhhhh stress. Cuba bayangkan aku keluar rumah pukul 5.30pagi, flight pukul 7 pagi. Tapi pukul 9 baru dapat take off. 2 jam beb aku tido dalam flight yang tak begerak tu. Tido pon tak tido sangat la. Dah seat tegak gitu. Terkehel tengkok ku. Aishh ! 

Alasan sebab kesesakan trafic kat LCCT. Hohh jangan taktau. Kalau kat jalan jammed, kat LCCT pon jammed jugak. Time nak take off tu, aku tengok berderet-deret 6 7 biji flight tengah queue nak take off. MAS, AirAsia, lagi apa tah. Gilaaaaaaa betoi. Cantik pulak tengok hikhik.

Dalam flight aku pon hanyut ke mana tah. Tengok-tengok dah nampak laut. Dah cakap nak landing pon. Tapi time tu tak best. Sakit kot telinga. Tekanan macam dah nak pecah telinga. Jenih jugak telan air liur, tapi tak okay jugak. Dok tekan-tekan la telinga. Tapi tak okay. Sampai dah landing baru back to normal. Takot jugak la time tu. Takot pecah hu hu. Yang sebelum ni okay je tak la sampai terasa sangat sakit. Entah !

Apa-apa pon dah selamat tiba ke destinasi yang dituju. Terima kasih AirAsia kerana tambang murah tu. Peace................(^^.)v

Adiosa ~



:::: Minggu depan terbang lagi ::::

No comments:

Post a Comment

Jangan Malu, Jangan Segan untuk komen (^^,)