Selesai segalanya. Selesai raya, selesai akad nikah dan selesai majlis kahwin. Selesai jugak segala kepenatan dan pembaziran duit setakat ini hu hu.
Semuanya berjalan dengan baik. Walaupun disaat malam berinai, atok ku pergi meninggalkan kitorang semua. Tak sakit teruk pon. Sakit tua gitu je. Innalillah.....
Tapi nikah tetap diteruskan jugak keesokan tu. Nasib la memang aku nikah lepas Zohor. Kebumikan jenazah pulak pagi. Agak kepenatan jugak la orang nak uruskan. Dan masa akad nikah pon, takda sedara mara pon yang datang. Ada sepupu 2 3 orang gitu je. Tapi aku suka la jugak, sebab aku tak la malu sangat kihkihkih.
Sekali lafaz je aku dah bergelar isteri orang. Ahaks ! Tapi feeling tu tetap tak ado. Cemano?! Siap dok gelak-gelak lagi kat belakang tu. Aku tengok orang lain siap post berdebar-debar bagai la. Aku??? Maintain je.... Sebabnya, bukan aku yang nak kena lafaz akad pon ha ha ha !
Malam lepas majlis tu baca yassin kesyukuran disekalikan dengan tahlil. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang beriman. Amin
Selang sehari, majlis kahwin a.k.a kenduri pulak. Haaaaaa ni satu kes. Tetiba malam tu aku tak boleh tido. Sebelum tu dah buat hantaran sampai pukul 12 lebih. Elok masuk tido, tak boleh tido pulak. Grrrrrr !! Padahal hari tu aku bangun awal kot. Pi pasar borong segala. Camna la pulak boleh tak ngantok nih! Siap main game nak bagi ngantok. Tak jugak mau pejamnya. Last pukul 3, aku buat jugak la pejam mata. Dah kawan-kawan cakap nanti esok mata sembap tak elok. Tak berseri.
Esoknya bangun awal pulak. Siap-siap nak pi pejabat agama. Nak buat kad nikah kekdahnya. Konon boleh dapat cepat. Sampai sana ko tau dorang cakap bila siap? "5 6 bulan baru siap, adik". Ha ha ha haa 'cepat' sangat ! Ok abaikan.
Siap terus pi makeup. Hohhh aku lambat ke? Dah 2 orang pengantin menunggu nak makeup. Meaning that aku orang ketiga. Sampai dalam pukul 10.30, start makeup pukul 12. Lambat, memang lambat. Makeup pon dah makan masa sejam. Pastu tunggu makeup pengapit lagi. Ingat sampai rumah pukul 1 camtu. Tapi terpaksa la berarak pukul 1.30 camtu. Dah la rombongan pengantin laki dah sampai. Stresssss !
Kalot-kalot balik, lari naik rumah tukar kasut. Dah la nak hujan. Semua macam kalot gitu. Aku jalan dah tak tengok orang dah. Belasah je lari naik kot orang ramai tu. Punya la takot hujan. Tapiiiiiiii.................... elok aku turun nak sambut pengantin laki je, tetiba hujan terus mencurah ke bumi dengan lebatnya. Takda rintik-rintik dah. Pengantin dengan pengapit terus lari naik atas. Sekali dengan rombongan bawak hantaran tu lari. okay..Lawak ha haa ha.. Walaupun aku rasa macam spoiled sikit, tapi tak apa la. Dah tersurat begitu kan. Redho je la.
Lari masuk dalam rumah dulu. Ambil gambar banyak-banyak, pastu baru pi makan. Elok pon hujan dah berenti. Sat saja hujan. Memang tak bagi aku berarak kot. Hanya Allah tahu apa yang terbaik.
Makan pon belakon ja lebih. Haram tak kenyang sikit pon. Nak jaga lipstick kekdahnya. Hu hu. Takat nak ambil gambar je semua tu. Belakon ! ha ha
Potong kek bagai, masuk rumah ambil gambar lagi, masuk bilik ambil gambar lagi. Keluar outdoor ambil gambar lagi. Hah penat !! Penat posing je lebih. Seriously aku tak sempat nak hye hye bye bye dengan kawan-kawan yang datang. Tambah pulak yang datang time aku mula-mula sampai tu. Sempat lambai ja la. Goodie bag yang aku buat special punya tu pon, tak sempat gi ambil bagi. Hmmmm....
Yang datang petang-petang sikit tu, aku sempat la jumpa dan pelok cium. Walaupon dalam kekalutan nak pi outdoor pulak. Hohhh camni rasanya jadi pengantin. Baju aku toksah cakap la. Dah pakai yang meleret panjang. Abeh hitam leret jalan, hujan kannnn...
Pastu shoot outdoor pulak masuk ke sawah padi. Haruslah lagi hitam. Ahaaa... Outdoor kat sawah padi depan rumah je. Malas aku nak pi jauh-jauh. Dah la badan dah penat terliuk lentok nak posing. Dengan baju panas lagi. Huuuuuuu....
Elok pukul 4.30 petang siap shoot segala. Balik......... Salin baju, buang bulu mata.. Selesai majlis. Alhamdullilah.
:::: 13-8-13 ::::
No comments:
Post a Comment
Jangan Malu, Jangan Segan untuk komen (^^,)