Monday, 25 August 2014

Kenduri ProDiet 8kg

Payday payday !!

Yeahhh hari yang ditunggu-tunggu sudah tiba. Hari kebesaran penjawat awam. Iaitu hari gaji ha ha ha. Lama benau nak menunggu. Biasa la kan, bulan raya, habis cepat la gaji. Tu pun dapat jugak bertahan sampai hujung bulan tanpa mengorek sesen pun simpanan. Yeahhh berjaya berjimat !

Disebabkan makanan kucing aku pun dah kehabisan, *memang aku bajet cukup-cukup hari gaji pun he he, berjaya lagi!, so memang kena keluar membeli la.

Google punya google cari makanan murah, tak jumpa pulak. So, mencuba nasib je la di Aeon Big Alamanda. Kot ada promosi dapat murah la. Harga yang selalu aku usha, RM70 gitu kalau 7kg/8kg apa-apa jenama.

Cepat-cepat gerak ke Alamanda. Tutup  nanti tak makan kucing aku hu hu. Perghhhh ramai giler manusia di Aeon Big. Sampai troli pun habis. Itu biasa. Hari gaji katakannnnn ;)

Tengok kat bahagian pets, ada lagi promo makanan kucing ProDiet. Tengok yang paling besarrrrrr sekali. Takda harga la pulak. Jenuh la aku usung pi scan harga kat price scanner. Tet tet.....RM58.60. Perghhhh murah murah. Sebab aku bajet range harga tu je. Kalau RM70 tu memang aku tak beli la.

Masa tu, Smartheart 7kg RM59.90, ProDiet 8kg RM58.60, Whiskas RM72 kot. Yang mana paling berbaloi. Opkos la ProDiet kann. Murah dan lebih 1kg dari Smartheart. Terus pi cari bakul nak tarik pi bayar. Berat woihhh.

Ambil pulak Smartheart 500gm tu untuk anak bulus manja aku. Tapi untuk kitten habis pulak. Terpaksa ambil yang adult.

Sebenarnya, yang ProDiet besarrrr tu untuk kenduri kucing-kucing jalanan yang aku jumpa. Nampak tak pilih bulu kat situ. Ha ha ha haa nampak macam anak bulus sendiri dapat yang disisihkan kan.

Padahal anak bulus aku tu, makanan siang dia je kibbles tu. Makanan masa bekerja. Time aku ada, memang dia makan ayam rebus, ikan rebus. Pehhhh demand weh. Kalau tak,bingit telinga ku ini. Adoiiiyai.

Kerana sayang, aku turutkan jua. Tapi yang best, bagi ayam rebus bulu dia bersinar-sinar. Cantik weh. Dah tu badan bulat. Geram dehh nak tampar-tampar peha. He heee

Dan ProDiet besar tu aku berharap la dapat tahan 10 tahun. Rasanya boleh tak ??? Kompem la takkkkkk. Kucing jalanan berapa banyak yang aku bagi makan. Jumpa bagi, jumpa bagi. Kalau 10 kali aku lalu, 10 kali la aku bagi. Sebab tu cepat habis makanan kucing 1.5kg yang selalu aku beli tu. Sebulan 2 kali aku beli. Means 3kg untuk sebulan. Hu hu hu

Bila dicongak, kalau yang selalu aku beli 1.5kg tu, sebulan 2 kali beli :

1.5kg x 2 = 3kg
Sepeket 1.5kg = RM15.90

Maka, 2 paket x RM15.90 = RM31.80/ sebulan


Aku beli 8kg = RM58.60

Means, 1kg = RM7.32
Kalau peket 1.5kg = RM10.99/peket



Nampak tak beza, kalau beli banyak terus dengan beli pek kecik 1.5kg tu ?
Beza sepeket hampir RM3 jugak. Beli pek 8kg tu boleh dapat 5 pek 1.5kg tu. Cer darab bahagi. Korang akan jimat hampir RM26.

See......

Kita sebagai pengguna haruslah bijak mencari harga yang rendah. Tapi kalau dah terdesak, terpaksa jugak la beli yang mahal pun, ye dak ?? Nak tunggu promosi, berpuasa la kucing-kucing tu. He he hee



Ni Prodiet. 


Ni Smartheart untuk Pussie kat rumah tu. Kitten dah habis, terpaksa ambil Adult.
Perbezaan antara Smartheart Adult dan Kitten. Gedabak punya besarrrrr. Sekali  makan, kenyang seminggu ha ha
Lepas ni makan Prodiet jugak la Pussie. Malas nak beli macam-macam jenama he he




Budak penyibokkkk !! (^^,)


Tuesday, 19 August 2014

Dukacita Result Exam SPA

First day exam tu punya la kontroversi bagai. Semua tak boleh jawab. Macam-macam komen kat facebook SPA kritik kutuk bagai.

Aku ??? Pun tak boleh jawab la. Langsung !! Tak boleh buka apa-apa. Nak log in ID pun tak boleh. Takpe just buat aduan.

Dan dapat peluang kedua menjawab exam. So ?! Siap sedia awal-awal nih nak log in. Pukul 9 tepat, boleh log in, tapi tertera perkataan 'Peperiksaan Belum Dimulakan'. Okei fineeeee. Kot jam dorang lambat. 10 minit kemudian, cuba lagi. Harammm tak boleh masuk terus. Skrin putih je terpapar.

Aku pun dah fed up ! Tutup je la. Malas nak amik port. Then dapat call dari someone yang cakap dah boleh buat. Okei ! Buka tengok. Dah Seksyen B pun time tu. Kalau jawabpun kompem failed jugak sebab Seksyen A tak jawab.

Tapi ! Disebabkan aku suka buat matematik, so aku jawab je la. Seronok lama tak buat kira-kira. Dah habis tu, jawab pulak Seksyen C, psikologi. Lagi cepat. 10 minit je aku jawab 200 soalan. Elehhhh pasal diri kita. Mesti la kita tau.

So, harini keluar resultnya. Cepat !! Sebab buat online kan. Nak tengok tak ??!!


Taraaaa.......


Anda GAGAL !!


Kihkihkih. Dah hagak hokayyy !!

K.Bai ~


Wednesday, 13 August 2014

Setahun Sudah Berlalu

Yuppppppppp

Tetiba terasa sekejap je masa berlalu. Biasa la kan. Kalau dah berlalu memang rasa sekejap. Cuba dok tunggu masa tu, kompem la berjanggut terasa lama kebenornye.

Dannn nasib jugak la aku teringat tarikh ni.  Sebab kawan aku yang awal nikah dari kitorang dah post gambar kawin dia. Mula-mula aku ingat dia baru dapat gambar tu dari photographer dia. Baru laahh sangat kan. Dah setahun pun.

Lama-lama baru perasan rupanya anniversary dia. Dannn disebabkan itu jugak aku teringatkan anniversary aku. He heee

Dannnnn *dan lagi... anniversary ni tak sambut apa pun. Mampuih weh nak sambut semua. Kalau kaya takpe gak. Ingatan sudah mencukupi.

Tu je la nak cerita. Tiada kata-kata jiwang nak ku ungkapkan. Aku bukan jiwang woihhh !


Sekian....





:::: Happy First Anniversary to me ::::


Tuesday, 12 August 2014

Hidup, Aku dan Kucing

Mungkin dalam hidup ni aku ditakdirkan untuk berkawan dengan kucing kot. Yelaa, tak payah aku tegur pun, dah sibuk mai dok meow  meow kat kaki.

Dengan orang agak susah pulak aku nak berkawan. Orang kata dalam mulut ada emas. Payah nak senyum ha ha ha. 

Malas aku nak senyum dengan orang. Yang okei tu, okei la senyum kembali. Yang berlagak tu, muka masam macam mintak pelempang je. Puiiihh

Macam aku jugak, muka memang masam, tapi kalau orang senyum, aku senyum je. Takda nya nak buat muka mintak pelempang tu. Huh !!

Pasal Kucing !

Ada orang tanya,  macam mana aku suka kucing ? Dah sejak azali suka. Sebab ? Mak abah pun suka kucing. Cuma tua-tua ni dorang tak la seeeesuka macam aku. Dah penat agaknya. he he

Aku ?? Setakat ni memang fanatik lagi la. Memang la aku tengok kucing, semua aku tegur. Tapi kucing yang dah memang tengok, elok, bersih ada tuan, aku tak bagi la makan. Kalau jenis yang dok meowww meow mintak makanan, kurus tu, memang la aku bagi makan.

Yang bawak balik ? Sebab kucing tu terlalu kecik. Dah bagi makan, tapi tak reti makan, nak tak nak TERPAKSA bawa pulang ke rumah. Kesian wehh. Cuba bayangkan kalau diri sendiri di tempat kucing tu. Lapar, mintak makanan tapi orang tak bagi makan.

Ramai yang dok buat zalim kat binatang ni, sebenarnya tak pernah terfikir andai diri sendiri dok kat tempat orang/binatang yang dia siksa tu. Aku harap satu hari, dorang akan rasa sakitnya penyeksaan tu. Biar padan muka !!

Terus terang aku cakap, aku lebih kesiankan binatang dari manusia. Sebab ?? Aku tau ramai orang akan bela manusia ni. Takda makan, bagi makan. Takda duit, bagi duit. Walaupun menipu pun, tetap orang kesian, bagi jugak. Contoh pengemis jalanan tu, tak payah kerja pun dapat makan free. See ............

Tapi kalau binatang, mintak makan ada ke orang nak bagi ?? Dok buat muka kesian bawah meja, orang buat donno je. Dah tak bagi sudah la, siap sepak teranjang binatang tu, apa hal ?!! Kalau binatang tu boleh sepak balik, padan muka !!

Back to the story la...

Hidup aku dan kucing. Sebelum ni aku memang cakap takmau bela dah kucing. Sebab dah jadi jangkitan kuman la, gatal-gatal kulit la. Tapiiiiiiiiiiiiiiii, bila dah terjumpa, takkan nak tinggal gitu je. Bawak la balik jugak. Sebelum raya jumpa sekor, lepas balik raya pun jumpa sekor. Ingatkan balik raya nak tinggal je kat kampung, tapi sayang la pulak. Dengan perangai dia yang baik je dok dalam kereta. So, bawa ke sini semula he he.

Lepas tu jumpa pulak anak kucing. Tapi kecik sangat. Memang kena bagi susu botol je sepanjang masa. Dah tu mengiow tak benti. Cari ibu la tu. Aku memang tak boleh la nak bagi komitmen. Nak kena bagi susu sentiasa. Nanti bunyi kuat, jiran marah pulak.

So, aku cari adopter baru, yang ada ibu masih menyusu. 2 3 hari takda apa-apa perubahan. Masuk hari keempat, terkejut omak kau, penuh whatsapp dan mesej aku tanya pasal anak kucing tu. Huuuu rupanya ramai lagi pecinta kucing yerrr. Terima kasih jasa baik kalian. Tapi aku bagi kat yang first person yang call minta. 

Alhamdulillah, berharap kitten tu dapat kehidupan yang baru bersama keluarga angkat baru.

Dan, hari ni tetiba ada pulak anak kucing sedang-sedang besar dok depan rumah aku. Elok je balik kerja, tengok dia tunggu depan pintu. Nak mintak makanan la tu. Macam tau-tau je rumah tu ada sedia makanan kucing.

Hehe aku dan kucing memang takkan terpisah.
Biasala ibu kucing.
(lagi baik dari ibu ayam hahaha)




Ku bahagia..........:)))

Dia Dah Kurus :'(

Sedih....

Insan yang ku sayang dah kurus. Takmau makan. Jenuh jugak la hari - hari fikir apa yang dia nak. 

Aduiii laaaa. Ikan rebus, wetfood, kibbles semua dah bagi. Makan sikit tapi kena suap. Hmmmm.  

Harini dah takmau makan. Tukar menu pulak. Bagi ayam rebus pulak. Nasib makan jugak. Phewwww.



Maybe dia rindu baby kitten tu kot. 

:"(