Payday payday !!
Yeahhh hari yang ditunggu-tunggu sudah tiba. Hari kebesaran penjawat awam. Iaitu hari gaji ha ha ha. Lama benau nak menunggu. Biasa la kan, bulan raya, habis cepat la gaji. Tu pun dapat jugak bertahan sampai hujung bulan tanpa mengorek sesen pun simpanan. Yeahhh berjaya berjimat !
Disebabkan makanan kucing aku pun dah kehabisan, *memang aku bajet cukup-cukup hari gaji pun he he, berjaya lagi!, so memang kena keluar membeli la.
Google punya google cari makanan murah, tak jumpa pulak. So, mencuba nasib je la di Aeon Big Alamanda. Kot ada promosi dapat murah la. Harga yang selalu aku usha, RM70 gitu kalau 7kg/8kg apa-apa jenama.
Cepat-cepat gerak ke Alamanda. Tutup nanti tak makan kucing aku hu hu. Perghhhh ramai giler manusia di Aeon Big. Sampai troli pun habis. Itu biasa. Hari gaji katakannnnn ;)
Tengok kat bahagian pets, ada lagi promo makanan kucing ProDiet. Tengok yang paling besarrrrrr sekali. Takda harga la pulak. Jenuh la aku usung pi scan harga kat price scanner. Tet tet.....RM58.60. Perghhhh murah murah. Sebab aku bajet range harga tu je. Kalau RM70 tu memang aku tak beli la.
Masa tu, Smartheart 7kg RM59.90, ProDiet 8kg RM58.60, Whiskas RM72 kot. Yang mana paling berbaloi. Opkos la ProDiet kann. Murah dan lebih 1kg dari Smartheart. Terus pi cari bakul nak tarik pi bayar. Berat woihhh.
Ambil pulak Smartheart 500gm tu untuk anak bulus manja aku. Tapi untuk kitten habis pulak. Terpaksa ambil yang adult.
Sebenarnya, yang ProDiet besarrrr tu untuk kenduri kucing-kucing jalanan yang aku jumpa. Nampak tak pilih bulu kat situ. Ha ha ha haa nampak macam anak bulus sendiri dapat yang disisihkan kan.
Padahal anak bulus aku tu, makanan siang dia je kibbles tu. Makanan masa bekerja. Time aku ada, memang dia makan ayam rebus, ikan rebus. Pehhhh demand weh. Kalau tak,bingit telinga ku ini. Adoiiiyai.
Kerana sayang, aku turutkan jua. Tapi yang best, bagi ayam rebus bulu dia bersinar-sinar. Cantik weh. Dah tu badan bulat. Geram dehh nak tampar-tampar peha. He heee
Dan ProDiet besar tu aku berharap la dapat tahan 10 tahun. Rasanya boleh tak ??? Kompem la takkkkkk. Kucing jalanan berapa banyak yang aku bagi makan. Jumpa bagi, jumpa bagi. Kalau 10 kali aku lalu, 10 kali la aku bagi. Sebab tu cepat habis makanan kucing 1.5kg yang selalu aku beli tu. Sebulan 2 kali aku beli. Means 3kg untuk sebulan. Hu hu hu
Bila dicongak, kalau yang selalu aku beli 1.5kg tu, sebulan 2 kali beli :
1.5kg x 2 = 3kg
Sepeket 1.5kg = RM15.90
Maka, 2 paket x RM15.90 = RM31.80/ sebulan
Aku beli 8kg = RM58.60
Means, 1kg = RM7.32
Kalau peket 1.5kg = RM10.99/peket
Nampak tak beza, kalau beli banyak terus dengan beli pek kecik 1.5kg tu ?
Beza sepeket hampir RM3 jugak. Beli pek 8kg tu boleh dapat 5 pek 1.5kg tu. Cer darab bahagi. Korang akan jimat hampir RM26.
See......
Kita sebagai pengguna haruslah bijak mencari harga yang rendah. Tapi kalau dah terdesak, terpaksa jugak la beli yang mahal pun, ye dak ?? Nak tunggu promosi, berpuasa la kucing-kucing tu. He he hee
Ni Prodiet.
Ni Smartheart untuk Pussie kat rumah tu. Kitten dah habis, terpaksa ambil Adult.
Perbezaan antara Smartheart Adult dan Kitten. Gedabak punya besarrrrr. Sekali makan, kenyang seminggu ha ha
Lepas ni makan Prodiet jugak la Pussie. Malas nak beli macam-macam jenama he he
Budak penyibokkkk !! (^^,)
No comments:
Post a Comment
Jangan Malu, Jangan Segan untuk komen (^^,)