Tuesday, 12 August 2014

Hidup, Aku dan Kucing

Mungkin dalam hidup ni aku ditakdirkan untuk berkawan dengan kucing kot. Yelaa, tak payah aku tegur pun, dah sibuk mai dok meow  meow kat kaki.

Dengan orang agak susah pulak aku nak berkawan. Orang kata dalam mulut ada emas. Payah nak senyum ha ha ha. 

Malas aku nak senyum dengan orang. Yang okei tu, okei la senyum kembali. Yang berlagak tu, muka masam macam mintak pelempang je. Puiiihh

Macam aku jugak, muka memang masam, tapi kalau orang senyum, aku senyum je. Takda nya nak buat muka mintak pelempang tu. Huh !!

Pasal Kucing !

Ada orang tanya,  macam mana aku suka kucing ? Dah sejak azali suka. Sebab ? Mak abah pun suka kucing. Cuma tua-tua ni dorang tak la seeeesuka macam aku. Dah penat agaknya. he he

Aku ?? Setakat ni memang fanatik lagi la. Memang la aku tengok kucing, semua aku tegur. Tapi kucing yang dah memang tengok, elok, bersih ada tuan, aku tak bagi la makan. Kalau jenis yang dok meowww meow mintak makanan, kurus tu, memang la aku bagi makan.

Yang bawak balik ? Sebab kucing tu terlalu kecik. Dah bagi makan, tapi tak reti makan, nak tak nak TERPAKSA bawa pulang ke rumah. Kesian wehh. Cuba bayangkan kalau diri sendiri di tempat kucing tu. Lapar, mintak makanan tapi orang tak bagi makan.

Ramai yang dok buat zalim kat binatang ni, sebenarnya tak pernah terfikir andai diri sendiri dok kat tempat orang/binatang yang dia siksa tu. Aku harap satu hari, dorang akan rasa sakitnya penyeksaan tu. Biar padan muka !!

Terus terang aku cakap, aku lebih kesiankan binatang dari manusia. Sebab ?? Aku tau ramai orang akan bela manusia ni. Takda makan, bagi makan. Takda duit, bagi duit. Walaupun menipu pun, tetap orang kesian, bagi jugak. Contoh pengemis jalanan tu, tak payah kerja pun dapat makan free. See ............

Tapi kalau binatang, mintak makan ada ke orang nak bagi ?? Dok buat muka kesian bawah meja, orang buat donno je. Dah tak bagi sudah la, siap sepak teranjang binatang tu, apa hal ?!! Kalau binatang tu boleh sepak balik, padan muka !!

Back to the story la...

Hidup aku dan kucing. Sebelum ni aku memang cakap takmau bela dah kucing. Sebab dah jadi jangkitan kuman la, gatal-gatal kulit la. Tapiiiiiiiiiiiiiiii, bila dah terjumpa, takkan nak tinggal gitu je. Bawak la balik jugak. Sebelum raya jumpa sekor, lepas balik raya pun jumpa sekor. Ingatkan balik raya nak tinggal je kat kampung, tapi sayang la pulak. Dengan perangai dia yang baik je dok dalam kereta. So, bawa ke sini semula he he.

Lepas tu jumpa pulak anak kucing. Tapi kecik sangat. Memang kena bagi susu botol je sepanjang masa. Dah tu mengiow tak benti. Cari ibu la tu. Aku memang tak boleh la nak bagi komitmen. Nak kena bagi susu sentiasa. Nanti bunyi kuat, jiran marah pulak.

So, aku cari adopter baru, yang ada ibu masih menyusu. 2 3 hari takda apa-apa perubahan. Masuk hari keempat, terkejut omak kau, penuh whatsapp dan mesej aku tanya pasal anak kucing tu. Huuuu rupanya ramai lagi pecinta kucing yerrr. Terima kasih jasa baik kalian. Tapi aku bagi kat yang first person yang call minta. 

Alhamdulillah, berharap kitten tu dapat kehidupan yang baru bersama keluarga angkat baru.

Dan, hari ni tetiba ada pulak anak kucing sedang-sedang besar dok depan rumah aku. Elok je balik kerja, tengok dia tunggu depan pintu. Nak mintak makanan la tu. Macam tau-tau je rumah tu ada sedia makanan kucing.

Hehe aku dan kucing memang takkan terpisah.
Biasala ibu kucing.
(lagi baik dari ibu ayam hahaha)




Ku bahagia..........:)))

No comments:

Post a Comment

Jangan Malu, Jangan Segan untuk komen (^^,)