Monday, 1 September 2014

Heel Shield ::: Masalah Kasut Longgar Selesai !

Sebelum ni tak pernah pulak terfikir nak beli benda alah ni. Dah hampir setahun kot aku tak pakai kasut ni, gara-gara longgar. Dah la beli mahal, campur pos lagi rm3 jadi rm100 la.

Tup tup pakai sekali dah rasa tak selesa sebab longgar. Thats why lerrrr aku tak suka beli kasut secara online. Memang takkan menepati specs kaki punya la hu hu. Tapi beli jugak, sebab cantik. -_-"

Dan tetiba aku di bagitau pasal group Preloved kat fb. Apa lagi, semua kasut yang aku tak pakai tu aku nak let go la. Nasib lagi orang yang nak beli tu kata size tu besar. Nasib kauuuuu !

Lepas tu dapat info pasal Heel Shield Scholl ni. Katanya boleh bagi ketat kasut. Hati mula berbunga kembali la. He heee

Terus ke Watsons, cari Heel Shield ni. Harga ?? Informer tu cakap RM12 jek. Pi kat Watson tengok harga RM15.10, tu pun selepas diskaun 15% kot. Harga asal RM17+. Huihhhh mahai nyaaaa. Tapi beli jugak.



Balik buka, terus tampal kat kasut. Ada sepasang tau. Camni.





Then try !



Hak hak dah ketat kasut kuuu. Dah boleh pakai tanpa control dah. Siokkkk tau !

Kalau rasa longgar lagi, boleh tepek satu lagi atas tu.

Masalah selesai !


2 comments:

Jangan Malu, Jangan Segan untuk komen (^^,)