Wednesday, 23 December 2015

Suppliment Mengandung Sehingga 34weeks

Aku checkup KKIA. 

Buat buku merah masa 11weeks. Meaning that 1st trimester la kann. 

Ok ! Untuk 1st trimester ni nurse bagi aku acid folic. Asid folic memang elok untuk perkembangan bayi. Untuk melindungj bayi dari kecacatan sistem saraf. 

Asid folic ni kadang aku ter-skip jugak la. Tak ingat sokmo. Tapi boleh makan sebab kecik kenit je. 


Masuk 2nd trimester, nurse mula bagi obimin. 

Yang ni........... Memang aku tak boleh makan. Kalau makan je, lepas 2 3 jam mesti nak termuntah. Maybe sebab makan time perut kosong. Dah makan dengan jus pun, lepas 2 3 jam mesti nak termuntah. 
So, aku pun jarang jarangggggg makan. Dalam 3 botol, sebotol je baru habis. 2 botol lagi elok tanpa berusik. Huhu


Chekup ke-4, nurse tengok Hb aku menurun. Huk aloh ! Jadi nurse suruh makan iron pulak. Yang bulat kaler coklat tu. Yang ni pun adik beradik dengan obimin jugak. Tak tau la sebab iron atau obimin yang buat muntah tu.  Sebab kena makan dua-dua sekali, obimin dan iron. So, taktau puncanya. 


Checkup ke-6, 3rd trimester, 29weeks. 
Hb makin menurun. Dari last checkup 11.1 drop jadi 10.9. Dah lekat tanda pen merah. Huhuhuu. 
Terpaksalaa daku mengaku tak boleh makan ubat. Kali ni dapat nurse india. Concern lebih sikit la. Panjangggggg dia karang dalam buku pink aku. Penuh! 

Dan!!! Tetiba aku terpaksa minum air gula iaitu mgtt. Actually 3 kali aku check dengan nurse sebelum ni, dia cakap tak kena minum air gula kecuali berat banyak naik, keturunan ada kencing manis dan umur lebih 35tahun ke atas. 

Aku pun berjaga-jaga la bab berat. Hari-hari timbang woooo. Kalau nak p check up, sanggup tak makan. Takut berat naik hahaha. 


Tetiba bila kena minum, alohhhhhhh. Actually nurse india tu suggest minum. At least boleh tau kalau ada kencing manis awal-awal. Sebab sampai 29weeks berat aku dah naik 9.7kg. Ada lagi 10weeks. Jadi dia suggest buat la. 

Time tu jugak la tetiba aku mengaku aku tak suka minum air kosong hahaha! Favorite aku op kos air gas. Air kosong minum sebelum nak tido je. Harap-harap takda la kencing manis tu. Tatotnyeeeee. 


Oh sambung bab suppliment. Disebabkan hb rendah, dan tak boleh makan iron, nurse suruh refer doktor untuk tukar ubat. Dannn, dapat la pulak zincofer. Kapsul tak berbau. I is okay !

Dan yang best bila makan zincofer ni, tak perlu dah makan obimin. I loikeee !

Tapi, 1st day makan time perut kosong, then sejam lepas tu tengah breakfast, tetiba rasa nak muntah.  Terus stop makan nasik lemak. Mula dah rasa pening-pening lalat. Ohhhh tak boleh makan jugak ni. 

So, esok-esoknya aku makan lepas 2jam breakfast. Pharmacist cakap kalau terpaksa, makan je lepas makan. Tapi seeloknya time perot kosong. 
Aku ni kira kes terpaksa la kannnn. 
Ok makan lepas makan. Tapi ada la pening lalat sikit-sikit. As long bukan nak termuntah, i is okay jeeee.


Check up ke-8, 33weeks, Hb tak ambil. Pelik. Selalunya tiap kali tak pernah miss ambil Hb.
Tapi result yang checkup ke-7, 30weeks, baru dapat tengok. Sebab haritu lambat keluar.
Hb 11.2

Owhh yerrr. Result MGTT pun good.
No kencing manis. Cuma nurse pelik, sebelum minum 4.86mmol/L. Selepas 3.79 mmol/L.
Nurse cakap terbalik.
Ha ha haaa lantak ler. Janji normal.

Alhamdullilah.

Saturday, 19 December 2015

Si Merah Jantung Hati

Setelah bertungkus lumus urusan penjualan kereta lama, dan pembelian kereta baru,

Akhirnyaaaaaaaaa.....


Si merah dalam genggaman.


Alhamdullilah.

Rezeki anak kot, nak naik kereta baru, besar lagi tuuuu.
Puas la bergolek. 

Orang lain anak 2 3 baru tukar kereta besar. Ni baru nak masuk sorang. NAK MASUK tauu. Tak keluar lagi pun, makpak dah tukar kereta besar dah.

Hu Hu Hu
Hanya kerana mu.
Barang banyak kannn. Lepas ni bukan setakat stroller boleh sumbat, dengan almari-almari kita sumbat bawa balik kampung.
Ahaksss.



HARI KE-2



Buang dulu plastik sebelum gerak. Malu eh orang tengok huhu.



Pi kedai pasang tinted. 
Voucher RM300 katanya. Tapi cerah biasa. Pak hincik nak tinted hitam.
Kena la tambah duti RM200. 
Macam mana pun memang kena tambah la duti sendiri. Voucher tu cover pun 4 tingkap jer.
Cehhhh






Siappppp !!
 30minit gitu je.
Tenaga kerja ramai.
Cepat lah.


Jom pi shopping pulak.
(^.^)v

Wednesday, 16 December 2015

Jual Kereta Yang Belum Habis Loan Bank

Sepertimana yang diketahui, pak hincik dalam proses menjual kereta lama a.k.a myvi dia untuk bertukar kepada tettttttttttttt.

Setelah penat menelaah pakcik google, cara-cara jual ke used car atau trade in kereta, kebaikan dan keburukan-nya, so weols decide jual je la sendiri. Post je iklan kat mudah.my.

After 2 3 hari post iklan, ramai jugak la yang call pak hincik. Soalan pertama, "tak boleh kurang lagi ke ???"
Dan kebanyakan yang call ni, dari used car lah. Nak mintak kurang beribu-ribu lemon. Yelah, lepasni dia nak jual pulak. Haruslah dia nak untung beribu-ribu lemon jugak kannnnn.
Ada jugak individu berminat. Tapi mintak kurang. Memang big NO la. Dah mention dalam iklan kot NO NEGO. Takda paham kaaaa ???
Kalau nak nego pun, sikit-sikit la bro. Dah kurang, nak kurang lagi. Melampau !

Aku cakap kat pak hincik, kalau takda orang beli, pakai je laa sampai sudah. Bukan urgent pun nak jual.


Setelah hampir 3 minggu, ada la one guy ni call. Memang tak nego apa pun. Just cakap nak datang tengok kereta. OK lah !

Time tengok kereta pun, dia just tanya "tak boleh kurang dah ke?"
 Pak hincik cakap "tak".
Dia pun tak banyak songeh pun. Yelah. Kereta tiptop lagi kot. Baru 4 tahun pakai. Dengan sportrim bagai. Calar memang takda lah. Ada pun dah cat, tu pun sebab budak-budak nakal buat lukisan dengan batu. Bukannya weols eksiden langgar hape-hape.


OK deal. 
Dia suruh bagi fotokopi geran. Dia nak submit ke bank esoknya. Wohaaaa pantas betul.
Dia tanya nak bagi duit booking berapa. Weols pun mana la nak tau. RM100 kah? RM200 kah?
Aku suruh pak hincik cakap RM100 je. Tapi pak hincik cakap RM200. Sebab dah bagi fotokopi geran, dan weols reserved untuk dia, so kalau tak jadi beli, duit booking tu burn. Kalau jadi, nanti tolak duit settle nanti.

Katanya dia ingat nak bagi RM5000 dulu.
Uishhhh takut pulak bagi banyak-banyak, nanti dia mintak kereta dulu pulak. Taknak ambil risiko kay !

Terus dia bagi RM200 on that time jugak.

Tunggu je la loan dia approved camne.



Seminggu jugak nak tunggu keputusan loan dia approved atau tak. Weols jual RM36,800, tapi bank dia  approved RM31,800 sahaja. Memang dah agak pun. Jadi dia kena la topup cash RM5k lagi. Tapi weols tolak duit booking dia RM200 haritu. Jadi dia bayar cash RM4800 sahaja.


Then tunggu la seminggu lagi untuk sign agreement loan. Baru boleh ke puspakom check kereta.
Lepas ke puspakom, ke bank pulak sign agreement loan owner baru, dan owner baru bagi cash RM4,800. Pak hincik kena settle-kan kat bank balance lagi RM1,200 sebab full settlement RM33,000. Yang RM31,800 tu bank owner baru akan bayar ke bank lama loan kereta tu terus.

Penantian suatu penyiksaan jugak la. Dekat 2 minggu baru bank nak settled e-batal semua. Aku ni hari-hari bertanya, owner baru tu tak call ke tanya. Padahal bukan masalah aku dah pun. Owner baru yang patut tunggu-tunggu kereta dia dah bayar kan. Aku rimas je tengok kereta dok kat rumah lagi, padahal dah jadi milik orang. Tak suka tau pegang barang orang lama-lama.

Alhamdullilah harini dah boleh settled pindah milik kat JPJ. Horeayyyyy.


Untuk memudah-carakan penjualan kereta:
1. Intai market value kereta yang nak dijual tu dulu. Boleh survey kat mudah.my, carlist, auto trader. Tapi yang lebih baik, tengok market value kat insurans company.


2. Call bank tanya berapa balance loan kereta dan berapa if buat full settlement. 
Contoh:
Balance loan : RM37,000
Full settlement :  RM33,000
Market value : RM36,000


3. Then, decide la nak letak harga kereta berapa. 
Kalau nak untung sikit, markup la sikit. Tapi jangan banyak sangat dari harga pasaran, takut tak laku. Tapi kalau kereta mantop, orang beli jer.
Contoh:
Weols letak harga RM36,800. Sebab survey website jual kereta untuk tahun sekian sekian range harga macamtu jer.
Jadi dapat la untung RM3,800 sahaja. Boleh la buat downpayment kereta baru.


4. Tunggu loan bank owner baru approved. Baru boleh buat inspection di Puspakom. 
Untuk pindah milik biasa, just buat Pemeriksaan Tukar Milik B5 sahaja untuk urusan pindah milik JPJ. Tapi disebabkan owner baru guna loan bank, jadi kena tambahan Pemeriksaan Sewa Beli B7 untuk pihak bank. 
Untuk keterangan lanjut, google aje website PUSPAKOM
Link untuk Tukar Milik
Link untuk Sewa Beli

Prosedurnya tak pasti sebab runner owner baru yang uruskan semua. Siap dengan bayaran. Senang.

p/s : Sebelum ke puspakom, untuk kereta yang ada tinted tu, sila buang yerr. Nanti tak pasal-pasal kena pi 2 3 kali pulak.


5. Sign agreement tukar milik di bank.

6. Bayar baki selebihnya di bank lama. 
Contoh : 
Loan owner baru : RM31,800
Full settlement bank : RM33,000
Baki untuk bayar bank lama : RM1,200

Maka, pak hincik kena bayarlah RM1,200 tu kat bank-nye.


6. Tunggu bank baru settled bayaran kepada bank lama. Dan settle-kan urusan e-batal. 
(hampir 2 minggu jugak la)


7. Ke JPJ untuk urusan pindah milik. 
p/s: Owner baru kena beli insurans baru sebelum urusan pindah milik.


8. Settled !!


Goodbye Myvi (^^,)v



Saturday, 12 December 2015

Daun Semambu di Putrajaya


Pencarian daun semambu untuk anak kawan aku yang kena chicken pox. Bahasa kampungnya demam campak ler. 

Dengar orang cakap banyak pokok semambu ni di Putrajaya. 

Disebabkan somi dia outstation, so aku pun tolong tolonglah carikan. Tolong orang tak salah kannn. Kalau aku kat tempat dia pun jenuh jugak. Dengan anak kecik, nak datang kutip. Memang idok lerrr. 

Plus, harini hari aku tolong dia, mana tau esok lusa dia tolong aku pulak. Who knows ?

Ok back tu pencarian. 
Yang paling popular dengarnya di Taman Warisan. Kat parking depan tu je. Tapi agak tinggi, kena mintak tolong pak guard situ yang ambilkan. 

Try la bertanya kat page komuniti putrajaya. Ada cakap kat Fasa 7 Presint 9 depan bomba tu banyak pokok semambu. Keliling bangunan pokok nye.  

Ada cakap kat Klinik Kesihatan Presint 9. 

Kawan aku cakap dekat sekolah tepi petronas P9 tu pun ada. 

So, bermula lah pencarian. Tuju yang dekat dulu lah. 
Ke klinik kesihatan. Dua kali round, tak jumpa pun. Yang tepi tepi jalan tu pokok hampir sama, cuma takda tajam tajam je kat daunnya. Aku pun bukan kenal daun camna. Based on google image je. He he he he. 

Dah tak jumpa, moh kite begerak ke tepi petronas tu pulak.

Ok ! Jumpa ! Setelah ditilik dengan gambar kat google, comfirm !!
Tapiiiiii...........

Tinggi gilak weiiiiii pokok tu. Nak ambil macam mana. Kena guna galah baru dapat. 

Ok xpe, kita gerak ke depan lagi. 

Tetiba.......


Ada pokok di tepi penghadang jalan. Alhamdulillah. Dapat la panjat ambil. 


Nasib baik ada penghadang ni. Ni jalan depan SMK P9(2). 

Pokok banyak. Tapi yang dekat dan senang orang ambil tu kurus laa. Yang jauh jauh dari penghadang besi tu, lebat rimbun je daunnya. Tapi yang hujung sikit tu boleh jugak gapai dengan tangan je dari bawah. 


Taraaaaa. Dapat la seplastik besorrrr. Ambil banyak sikit kot tak cukup. Bukan senang nak ambil pulak ni. 


Inilah daun semambu / daun mambu yer kengkawan. 

Daun ni orang buat mandi untuk orang kena chicken pox aka campak. Ramas-ramas sekali air, then mandikan. Tak payah lap lepas tu, sarungkan baju terus je. 
Then option lain, tumbuk/blend halus, campur sekali bedak sejuk, lumur kat badan. 
Buat dua-dua lagi okay. 

Tu je lah story aku cari daun semambu. Yang pasti semua pokok ni tinggi-tinggi yer. 


Sunday, 6 December 2015

Get Ready !

Alhamdullilah....

Dah masuk 32weeks.


And

Barang-barang semua dah get ready dah. 
Beg baby, beg mommy nak ke hospital.
Beg dan barang-barang baby yang nak angkut balik kampung.






Siap sedia semua.
Lagi 47 hari sebelum kita angkut semua balik kampung. Takut tertinggal je. Dah la jauh 6 7 jam perjalanan. Bukan dekat oi nak balik ambil. 
Longgok setempat senang.

Sampai masa hangkut masuk kereta je.

Jangan terberanak awal udah. 
Kelam kabut nanti hoi. Even beg-beg dah siap semua pun huhuu.

Ohoiii lupa pulak bakul makanan nak ke hospital aku.
Kelaparan pulak nanti.


Tapikan,,,,

Barang je lah yang ready. Orang nya tak ready mental fizikal lagi ponnnn.
Nak taknak kena hadap jugak kan. 
So kita chillex chillex dulu.


Nikmati kehidupan yang ada ni dulu. Makan jalan jalan. 
Lepas ni taktau lagi camne kannnnnn. 


Semoga dipermudahkan segalanya. 
Amin



Tuesday, 1 December 2015

Minum Air Gula !!! MGTT

Sejujurnyaaaa, ku tak bisaaaaaa... (nyanyi dulu)

OMG..................

Punya la beriya-iya aku jaga berat aku supaya tak naik banyak. Tetiba kena jugak minum air gula. Huh !!

Ni kes bertukar nurse lah ni. Selalunya aku dapat nurse yang sama je dah 4 kali berturut-turut. Tetiba that day dapat nurse lain pulak. Then dia pun suggest minum air gula sebab berat aku naik 9.7kg untuk 28weeks. Sebab katanya ada lagi 10weeks to go. Takut naik banyak lagi.

So, nak kata apa lagi. Saya yang menurut perintah je la. Padahal patutnya tak perlu pun. Sebab kategori yang wajib kena MGTT ni (kat KKIA P9 je la kot, sebab kawan-kawan lain yang checkup kat KKIA lain, wajib kena minum katanya):

i. Berumur 35 tahun ke atas
ii. Keturunan
iii. Berat naik mendadak

Tapi takpe lah. At least boleh jugak rasa. Kalau orang tanya, boleh la jawab macam mana rasanya. Ceh cehh.


OK, back to the story.

Nak minum air gula kena pagi-pagi yer. 7.45 pagi dah harus ada kat klinik. Dan malam sebelumnya, pukul 10 malam dah start kena puasa. Tido awal la aku. Satgi takut lapar pulak. Ha ha.
Aku pun iyo iyo jer aku nak appoinment petang. Pastu nurse cakap, minum air gula pagi saje. Ehhhh malu ai. Ha haa. Kalau petang mampuih nak tahan tak makan. Tapi kalau bulan puasa relax je kan. Mind set. Mind set. Heh !


7.45 pagi

Tepat. Sampai kat klinik. Klinik biasa pun dah ramai menunggu. Gilaaaa ahhhh.
Ke KKIA. Tak ramai. Ada 2 3 orang daftar. Sunyi lagi dah kaunter klinik biasa tak buka lagi. Yang daftar ni pun semua mesti minum air gula tu. Tidak, takdenye nak datang awal-awal kannnn.

Prosedure macam biasa. Lepas daftar, pi test urine. Dan as usual, lepas test air kencing kena ambil HB. Tapi nurse dah cakap ambil HB kat makmal sekali minum air gula tu nanti.
Dah buang urine, menunggu laaaa nurse tu nak bagi buku semula. Lama la pulak. Selalunya, dia letak test drip tu, terus tulis result je.

Then aku tengok, ada sorang ni yang lewat dari aku, ambil buku terus ke makmal. Uihhhh ini tak boleh jadi. Aku pun bangun la tanya.
Nahaiiiii. Dok tersusun buku aku kat orang lain. Ada la 6 7 orang. Berjanggut tunggu. Nasib baik bangun cakap kena buat MGTT dan ambil HB kat makmal. Nurse pun baru nak baca kat buku. Hmmmmm. It's okay.


Menuju la ke makmal, scan nombor kad.
Tunggu.
Nama dipanggil, masuk ambil darah satu tiub, then minum air gula.

Air kaler purple youuuu. Aku tengok orang sebelum tu minum relax jah. Sedap la kot. Kena turn aku, OK la rasa. Macam minum air sirap yang manis sikit. Tapi masa nak last tu, nampak la kepekatan air gula tu. Terus tak lalu. Nasib dah nak habis pun. Hu hu


Lepas minum, kena teruskan puasa yer hadek-hadek. Moh kita pi check up biasa dulu. Tunggu tak la lama. Harini nurse suruh cucuk kancing gigi (ATT) untuk kali ke -2.
Dah siap checkup, turun ke bawah nak dengar ceramah penyusuan. Ceramah start 9.00 pagi. Aku turun 8.45 pagi takda orang pun. Bila tunggu lama-lama ni, mula la sakit perut la, pening laa.

Dengar la kita ceramah. So practise pegang baby pun terkulat-kulat. Mana reti woihhhh.
Tengok jam hampir pukul 10 pagi. Mula dah rasa nak muntah laa. Ni kes tak makan apa la ni.

Tahan. Tahan. 15 minit je lagi.
Sebab tadi ambil darah 8.15 pagi. So, 2 jam kemudian means 10.15 la kan. Nurse ni tak habis lagi berceramah. Then 10.05 habis. Semua keluar menuju ke makmal.
Tadi sebelum turun dengar ceramah, aku tengok makmal penuh orang. Nurse tadi cakap takpayah scan dah. Terfikir, macam mana nak masuk nanti. Jenuh tunggu laa.

Tapi bila naik pukul 10 tu, kosong ! Macam magic pulak.
Tunggu nama nurse panggil, then ambil darah lagiiiiii. Tukar tangan pulak.
Siap !!!

Tunggu keputusan esok. Nurse yang tadi checkup kata nak call bagitau.

Balik singgah foodcourt beli nasik siap-siap. Masuk opis.
Tadi time pening-pening dengar ceramah, dah rasa nak EL jer. Nasib lepas tu ok. Masuk je la opis. Buat rugi cuti buatpe.



( Dapat 3 cucuk harini. Kiri Kanan Atas. Perfectto ! (T.T) )



Sunday, 29 November 2015

Downgrade atau Upgrade ???

Holaa !!

Mood banyak hepi wooo sebab dapat kereta baru ha ha haa.

Boleh balik kampung angkut barang berpantang dengan kereta baru lah yerrr. Barang banyak lah. Nak naik cik putih viva aku, memang mampat belakang. Boleh willie nampak gayanya. Tu termasuk kucing lagi nak angkut balik sekali.


Apa kene mengena dengan tajuk ???


Ceritanya begini , 

Alkisah sebenarnya hasrat di hati nak jual myvi tu sebab nak kurangkan kos sara hidup. Yelah myvi tu bukan naik selalu pun. Dok lah bertapa kat parking tu. Seminggu sekali je la keluar sebab nak bagi begerak. Tu pun rugi jugak. Bulanan dah cecah RM600 lebih. Plus, minyak makan kuat pulak. Isi RM30, sat je habis. 1.5cc kannn.

Nak lawan cik putih aku 850cc tu je, memang idok lerrr. Isi RM50 boleh jalan sebulan. Untuk penggunaan hujung minggu jugak laa. Harian weols naik motor jer. Jimat minyak, jimat masa dan jimat tenaga nak menapak sebab parking jauh. Huh penat !


SO,

Alkisah lepas dapat pembeli untuk myvi, weols pun pergi la ke 2 3 4 buah showroom proton.
Cita-cita awal nak downgrade lah kan. Nak pakai kereta ada bonet, dan murah. Tambah pulak nak letak stroller baby nanti. So, kita perlukan bonet yang besaaarrrrrr.

Kereta apa yang bonet besar dan murah ?

Of coz la Saga kannnnnn.


Mula lah tiap weekend pi cari showroom Proton.
First showroom intai kat Kajang. Penerangan macam tak kemas. Bulanan RM400-RM500 jugak. Ikut downpayment dan interest bank.
Tapi, bila masuk tengok Iriz, berkenan lah pulak kat Iriz. Bulanan RM500+ je. Dah jimat RM100 dari Myvi. Bonet katanya besar sikit. Dalaman memang perghhh awesome ! Dibandingkan dengan Saga. Juah langit dengan bumi lah interior exterior nya. Hu Hu.
Terus lah pak hincik bagi ic semua untuk booking. Dokumen-dokumen lain je yang belum bagi. Balik dulu.

Dan bermulahlah aku meng-google cerita pasal Iriz. Banyak cerita yang tak best jee. Dan bila orang cakap, Iriz ni adik beradik macam Myvi jugak. Bonet sempit. Beza around 7 liter camtu je pun.

Hah ! Pulak ! Aku dah la nak isi stroller aku ni.


Weekend lagi, still survey lagi.
Putrajaya, Puchong, Seri Kembangan. Semua macam bagi keterangan bercanggah bab Saga. Ada cakap SV dah takda ganti Plus semua. Ada cakap ada lagi. Kat template tu still ada. Update la wehh kalau dah takda. Potong dengan pen pun boleh jee.

Dan, showroom terakhir tetiba Sales Advisor tu advise kalau nak bonet besar, ambil la Preve. Cerita pungpangpungpang. OK balik dulu!

Dalam kereta aku cakap kat pak hincik, dari ambil Preve, baik ambil mpv terus. Kalau tak letak barang, orang boleh naik ramai. 2in1 gitu. Harga pun sama je kot.

Terus nak cari showroom Perodua pulak.
Elok pulak haritu hari last Jom Heboh kat Bukit Jalil. Aku tengok tv, ada booth dorang bukak situ. Terus la suggest p Jom Heboh ja.

Sat hujan, sat benti. Jumpa booth Perodua, terus la masuk cakap nak tengok Alza.
Apa lagi. Terus Sales Advisor ambil pamplet dan suruh masuk dalam khemah khas nak terang semua. Kat luar tak dengar apa hoiiii. Dengan muzik kuat nak mampuss.

2 bijik khemah fulllll. Nasib dapat SA yang kalot-kalot. Dapat jugak tempat untuk bincang setelah 2 3 kali ulang alik. Then, hujan pun turun lebat selebat lebatnya kat luar. Nasib baik hoi dah dok dalam bilik khemah ni.


Setelah dikira-kira, bincang-bincang, pak hincik pun keluarkan RM100 untuk duit booking.
Wahhhhh. Terus hambik kauuu. Pencarian proton berminggu-minggu terhenti dengan hanya 15minit penerangan saja. Ha ha hahaa.

SA bagus ke, atau memang minat dengan Alza ??
Memang dah minat mpv. Tapi sebab bulanan tu yang hold dulu.

Tapiiiiiiii,
Dah alang-alang nak tukar kereta dah, baik ambil terus mpv jeee.
Bulanan ?? Up sikit la dari myvi ritu. Pejam mata je la bayar.
 Dengan tahun 2016 segala subsidi hapus, korang siap upgrade kereta kannn. Hahahahaa punggah.
Pasni kereta bertapa ja la jugak. Takda duit nak isi minyak. ha ha ha

Insya Allah moga dimurahkan rezeki nanti.




Niat nak kurangkan kos, dah jadi naikkan kos hidup pulak.
Hmmmmmmmm




Thursday, 5 November 2015

Taska

Pencarian taska SELESAI !!


Malas nak fikir dah. Semalam jumpa owner taska (owner lah kot), tengok-tengok taska then terus ambil borang. 
Harini terus pi bayar duit booking. RM150. Duit booking tu kiranya duit pendaftaran. Tapi untuk secure-kan diri, owner taska suruh booking dulu lah. Tahun depan bulan 5 nunn. Lambat lagi. Kot penuh nanti, naya jerrr.


Nasib baiklah jumpa Taska Sinaran ni. Dah habis modal dah nak mencari. Semua yang list down, samaada penuh atau tak ambil baby 3 bulan. Yang available pun, range RM500-RM600 per month.


Oh mak kauuu.

Tak mampu mak nakkk. Kalau mampu, dah tak fikir panjang dah. Terus hantar jer. hu hu


Taska Sinaran ni tengok kat resit ada 4 cawangan. Presint 9 dua tempat, Presint 17 dan Presint 11.
Harga mampu lah lagi. Memang bajet Rm400 ke bawah jer. 

Owner pun taknak bagitau dalam wassap. Dia suruh datang sembang-sembang dulu, baru dia bagitau. 

Hopefully baby ok lah nanti yer.
Amin.

Saturday, 31 October 2015

Breastpump di PumpOnTheGo

Pencarian berakhir di sini.

Malas nak mencari lebih-lebih. Rate harga pun tak beza banyak. Macam tu je semua online shop pun.

Nak beli online, kos postage lagi. Lagi pulak tak boleh suruh tunjuk ajar.
Face-to-face senang sikit. And if ada apa-apa kemusykilan ke, boleh terus datang kedai je.

Tambah lagi. Kedai dalam Putrajaya je punnnnn. Kat Ayer@8 tu.
Alahai dekat je.

Tapi first memusing jugak la cari. Ingat kot kat area yang banyak kedai ni. Rupanya dia yang depan lagi. Deret kedai baru 2 tingkat.
Atas kedai dobi yerrr.

SO,

Taraaaaaa

Moh naik tengok.















Set  Autumnz Bliss Single Electric  Breatspump.

Harga ??

Rm269 set combo.

Set combo ni include:
4 storage bottles
Icepack
Cooler Bag

( Icepack dan bag boleh pilih color apa yang kita nak. Nak pilih pink ala keperempuanan sangat. So, aku pilih la merah. Garang gittuuuu )
Kalau tak ambil combo set, harga RM219 something macamtu la kot.
Better ambil combo. Dah memang nanti nak beli jugak. Lain la kalau orang yang anak kedua ketiga tu, still ada yang lama. Just beli breastpump je la.


Macam mana tau kedai ni ??

Actually tiap kali buka naik kat wall fb. Sponsored advertising kan.
Tapi aku hairan jugak la. Semua sponsered iklan tu, memang kena-mengena dengan barang yang aku cari. Pasal pregnancy, pasal baby.
Padahal aku tak pernah like mana-mana page pasal-pasal tu pun. Takut rahsia bocor.

Rahsia la sangatttttttt. Saja tak umumkan pasal pregnancy kat fb. Nak suprise la konon. Tetiba je post picture anak. He he heeee.


Berbalik kepada breastpump, kenapa aku pilih Autumz Bliss ni ?
Banyak lagi kot jenama kat kedai tu. Ada Spectra, Malish, Eve Love, Lacte. Semua jenama ni ada 2 jenis tau. Single dan Double.

Beza antara-antara breastpump ni, RM10 Rm10 je. Mulanya nak ambil Lacte Single, tapi takda digital screen pulak. Eve love comel gituuu. Bekenan.

Tapiiiiiii,
Pilihan terakhir dan terus ambil Autumnz.
Sebab ?!

Dapat manual pump !

Yang lain tak dapat. Kena beli asing. Manual pump pun mahal jugak weii. Nak dekat RM100 jugak la kalau brand biasa macam ni.
Manual pump boleh la guna kot-kot yang electric tu rosak kann. Buat back up.




Harap-harap berbaloi la beli breastpump ni.
Tau la perangai aku. Hangat-hangat taik ayam jeeeee (-.-)'


First time Shopping di Mydear Warehouse Sale

Gigih giler nak terjah mydear warehouse sales ni. Dari pembacaan di blog-blog terbabit, macam syiokkk jee. Macam murahhhh jee. So, moh ler kita tengok murah ke idok?? Huhu

Hari ni bersamaan hari sabtu. Sales ni start 29oct - 8nov. Harini dah masuk hari ketiga la kiranya. 

Pukul 9 dah siap-siap bangun mandi segala. Kejut pak hencik suruh cepat. Takot ramai orang. Dari pengalaman blogger lain lah. Pukul 10 baru keluar rumah. Singgah makan nasik lemak mamak dulu. 10.30 baru gerak ke Beranang. 

Jalan nak ke Beranang mak hoihhhhhh. Jammed ya amatttt. Meluat betol aku. Satu trafficlight je pun rosak. Tapi sepanjang jalan nak ke warehouse tu jammed. Huhh!!

Dah la sakit perut. Suruh pak hincik benti petrolpump, dia takmau pulak. Katanya tunggu habih jammed. Puiiiii !! Nasib boleh bertahan. 

Mencari la pulak si warehouse ni. Yang aku tau, lepas KPTM tu, area kilang blah kanan. Sampai la jumpa trafficlight, yakin dah kawasan kilang. Pastu ternampak lori mydear kat situ. Tunjuk arah ke warehouse. Hohh senang! Tak payah buat banner bagai. Letak lori jaa. Haha. 


Taraaaaa. Akhirnya sampai jugak. 
Pukul 11 lebih dah time ni. Tapi tak ramai lagi manusia. 





Menuju teruslah ke tempat stroller. Terus cari yang aku dah survey kat internet. Cuba teka yang mana ???
*winkwink*









Dari rm400+, jadi rm200+ jeee. 






Macam-macam jenis stroller hadooooo. Memang murah-murah wehhhh. 50% dari harga asal pun hadooo. Gilaaa haku nengoknyee. 

Pi la try test stroller yang aku pilih tu. Boleh test masuk keta jugak. Hangkut la pak hincik pi masuk bonet myvi dia. Habis semua barang dah kosongkan, bediri, baring, tapi tetapppp tak muat. Puihhhh!! Aku ingat yang paling kecik dah la ni. Yang lain memang semua bulky. Makanya kena isi kat dalam jugak la kot. 

Kalau jenis buggy ke, boleh la lipat payung. Tapi tak sesuai untuk newborn pulak. Lagi satu, yang pilihan aku ni memang ada carseat include. 

Kalau buang roda belakang, muat la kot. Tapi cina tu cakap, tak boleh bukak. Yang depan je boleh. Hmmmmm...


Takpe laa. Kita masuk usha barang lain pulak dulu. 


Playpen. 
Ada macam-macam harga. Rm300+, rm200+. Ikut set yang include sekali kot. 

Bekenannnnnn sangat baby cot nih. Baby cot ke baby crib?? 

Sebab boleh attached sekali katil kita. Penghadang boleh letak, boleh buang. Kalau baby cot lain, penghadang tak boleh turun banyak. Maknanya tak boleh attached tepi katil kita. Kena angkat letak jugak baby tu. Tak boleh main tolak-tolak je huhuuu. 

Tapi tapi tapiiiiiii. Harganyaaaaaaa. 
Rm580 macamtu lah. Sekali bedding set semua. Ok lah kann. Cuma not under my budget la time tu. Nak beli barang lain lagi nih.
Dah la katil baby ni besar. Boleh la sampai 4tahun dok tido dalam ni. 



Set tilam + bantal. Murahhh !


Ni owner lain. Kena bayar asing-asing dari tempat stroller tu. Agak mahal jugak. Just beli saputangan 8pcs rm12 dengan sehelai bibs rm6. Sebab comeyy hehe! 




Ok! Dah pilih stroller, dorang bagi resit, terus ke kaunter bayar. Guna debit card je. Tapi ada minimum purchase kot baru boleh guna kad. 

Dah bayar, bawak resit ke kaunter warehouse ni. Nanti dorang pi cari guna keta forklift tu. Memang kilang lah!

Sambil pak hincik tunggu dorang cari barang, aku pun usha la benda lain pulak. Ingatkan tadi mahal nursing pillow ni. Rupanya salah tengok label. Yang mahal tu barang lain. Nursing pillow ni harga asal rm100. Sales rm50 jee. Terus la grab satu. 

Pi bayar then ambil kat warehouse jugak. Saja jaaa takmau ambil kat display ni. 
Dah tu aku nak corak lain, tapi staff dorang bagi corak kucing. Ehh???!

Ada kucing? Time aku pilih tu takda kucing. Terus ambil ja laaa. Kucing maaaa. 





Carseat paling murah rm150. 



Walker. Rm100+ jugak. Juling mata tengok comey comeyyy. Nasib la si kecik tak keluar lagi. Tidak dah rembat sebijik. 

Tunggu next warehouse sales pulak la yorrr. 



Gudbyeee !! Nak balik dah. Time ni dah pukul 12. Dah ramai dah. Parking pun dah penuh. Pheww !

 Belian untuk harini di mydear warehouse sales. 

Tadaaaaaaa. 
Total damage : Rm718

*gulp*

Kalau ikutkan harga biasa di website,


Harga warehouse sales RM50.



Harga warehouse sales RM19

Harga warehouse sales RM 568

Harga warehouse sales RM53


Banyak beza kannnnnn.
Especially stroller tu la.



Dannnnnnn, 

Stroller pilihan

V
V
V
V
V
V
V
V








Hijawww yawwwww. 

Bukan aku anti-hijau ke???


Nak buat cammana, dah ada dua kaler jaaa. Biru dan hijau. Biru macam tak menarik jee. Hijau ni macam menyerlah sikit. 
Kalau ada pink, dah lama aku rembat hahahaa. 

Jantina pun tak kompem lagi, pandai pandai jee nak beli pink kannn budak huhuuhuu. 


Oh yerrrrr. 

Kenapa aku pilih stroller ni jugak? Kata takmuat myvi ????

Sebab :

1. Boleh guna dari newborn dan ke atas. 

2. Reversible handle. 2 way handle la kiranya. Facing parent. 
Actually tak reversible handle pun. Tempat duduk tu je boleh angkat, mengadap parent huhu. 

3. Ada baby carrier / car seat. Boleh la guna time hantar nursery nanti. 

4. Bonet myvi pun muat actually. 
First option, cabut roda belakang. Cina tu kata tak boleh cabut kononnn. 
2nd option, berdirikan stroller tu, tapi kena cabut la tempat letak bantal kat bonet tuh. Settled !
Takpun masuk letak kat dalam jer. Tu kalau takda penumpang lain lah.

5. Design smart. Nak ala ala quinny kann. Tak mampu pakai quinny. Yang hampir-hampir pun ok lah huhu. Rasa terlalu banyak ribu ribu nak labur untuk stroller jer. Lagipun baby pun tak keluar lagi. 
Tu pun dah kena marah dengan mak aku. Katanya tunggu keluar dulu baru beli macam-macam. Huhu. 


Tapi !!!

Ke-takbest-an-nya,

1. Nak lipat kena cabut dulu tempat duduk baby tu. 

2. Tempat duduk boleh recline sampai baring. Tapi kat kaki tu still bentuk macam kaki time duduk. Tak straight. Hmmmmmmm. Abis tu nak baring tido camne?? Time newborn bolehlah guna carrier tu je. 

Berbaloi-baloi.

Murah banyak !!!