Saturday, 12 December 2015

Daun Semambu di Putrajaya


Pencarian daun semambu untuk anak kawan aku yang kena chicken pox. Bahasa kampungnya demam campak ler. 

Dengar orang cakap banyak pokok semambu ni di Putrajaya. 

Disebabkan somi dia outstation, so aku pun tolong tolonglah carikan. Tolong orang tak salah kannn. Kalau aku kat tempat dia pun jenuh jugak. Dengan anak kecik, nak datang kutip. Memang idok lerrr. 

Plus, harini hari aku tolong dia, mana tau esok lusa dia tolong aku pulak. Who knows ?

Ok back tu pencarian. 
Yang paling popular dengarnya di Taman Warisan. Kat parking depan tu je. Tapi agak tinggi, kena mintak tolong pak guard situ yang ambilkan. 

Try la bertanya kat page komuniti putrajaya. Ada cakap kat Fasa 7 Presint 9 depan bomba tu banyak pokok semambu. Keliling bangunan pokok nye.  

Ada cakap kat Klinik Kesihatan Presint 9. 

Kawan aku cakap dekat sekolah tepi petronas P9 tu pun ada. 

So, bermula lah pencarian. Tuju yang dekat dulu lah. 
Ke klinik kesihatan. Dua kali round, tak jumpa pun. Yang tepi tepi jalan tu pokok hampir sama, cuma takda tajam tajam je kat daunnya. Aku pun bukan kenal daun camna. Based on google image je. He he he he. 

Dah tak jumpa, moh kite begerak ke tepi petronas tu pulak.

Ok ! Jumpa ! Setelah ditilik dengan gambar kat google, comfirm !!
Tapiiiiii...........

Tinggi gilak weiiiiii pokok tu. Nak ambil macam mana. Kena guna galah baru dapat. 

Ok xpe, kita gerak ke depan lagi. 

Tetiba.......


Ada pokok di tepi penghadang jalan. Alhamdulillah. Dapat la panjat ambil. 


Nasib baik ada penghadang ni. Ni jalan depan SMK P9(2). 

Pokok banyak. Tapi yang dekat dan senang orang ambil tu kurus laa. Yang jauh jauh dari penghadang besi tu, lebat rimbun je daunnya. Tapi yang hujung sikit tu boleh jugak gapai dengan tangan je dari bawah. 


Taraaaaa. Dapat la seplastik besorrrr. Ambil banyak sikit kot tak cukup. Bukan senang nak ambil pulak ni. 


Inilah daun semambu / daun mambu yer kengkawan. 

Daun ni orang buat mandi untuk orang kena chicken pox aka campak. Ramas-ramas sekali air, then mandikan. Tak payah lap lepas tu, sarungkan baju terus je. 
Then option lain, tumbuk/blend halus, campur sekali bedak sejuk, lumur kat badan. 
Buat dua-dua lagi okay. 

Tu je lah story aku cari daun semambu. Yang pasti semua pokok ni tinggi-tinggi yer. 


6 comments:

  1. Tq very much.td g sana cari.

    ReplyDelete
  2. Hai. Boleh tolong ambil kan daun ni Tak ? Post. Nanti saya bayarkan. Jenuh Cari takjumpa. Help me please ��

    ReplyDelete
  3. masih Ada lagi ke kat situ

    ReplyDelete
  4. Kak boleh pi ambik camtu je ye? Takde org nak marah kan? Hahaha. Takut. Nti kami nak pg sana ambik

    ReplyDelete
  5. Plizz area Klng selangor asa pokok nie

    ReplyDelete

Jangan Malu, Jangan Segan untuk komen (^^,)