Aku checkup KKIA.
Buat buku merah masa 11weeks. Meaning that 1st trimester la kann.
Ok ! Untuk 1st trimester ni nurse bagi aku acid folic. Asid folic memang elok untuk perkembangan bayi. Untuk melindungj bayi dari kecacatan sistem saraf.
Asid folic ni kadang aku ter-skip jugak la. Tak ingat sokmo. Tapi boleh makan sebab kecik kenit je.
Masuk 2nd trimester, nurse mula bagi obimin.
Yang ni........... Memang aku tak boleh makan. Kalau makan je, lepas 2 3 jam mesti nak termuntah. Maybe sebab makan time perut kosong. Dah makan dengan jus pun, lepas 2 3 jam mesti nak termuntah.
So, aku pun jarang jarangggggg makan. Dalam 3 botol, sebotol je baru habis. 2 botol lagi elok tanpa berusik. Huhu
Chekup ke-4, nurse tengok Hb aku menurun. Huk aloh ! Jadi nurse suruh makan iron pulak. Yang bulat kaler coklat tu. Yang ni pun adik beradik dengan obimin jugak. Tak tau la sebab iron atau obimin yang buat muntah tu. Sebab kena makan dua-dua sekali, obimin dan iron. So, taktau puncanya.
Checkup ke-6, 3rd trimester, 29weeks.
Hb makin menurun. Dari last checkup 11.1 drop jadi 10.9. Dah lekat tanda pen merah. Huhuhuu.
Terpaksalaa daku mengaku tak boleh makan ubat. Kali ni dapat nurse india. Concern lebih sikit la. Panjangggggg dia karang dalam buku pink aku. Penuh!
Dan!!! Tetiba aku terpaksa minum air gula iaitu mgtt. Actually 3 kali aku check dengan nurse sebelum ni, dia cakap tak kena minum air gula kecuali berat banyak naik, keturunan ada kencing manis dan umur lebih 35tahun ke atas.
Aku pun berjaga-jaga la bab berat. Hari-hari timbang woooo. Kalau nak p check up, sanggup tak makan. Takut berat naik hahaha.
Tetiba bila kena minum, alohhhhhhh. Actually nurse india tu suggest minum. At least boleh tau kalau ada kencing manis awal-awal. Sebab sampai 29weeks berat aku dah naik 9.7kg. Ada lagi 10weeks. Jadi dia suggest buat la.
Time tu jugak la tetiba aku mengaku aku tak suka minum air kosong hahaha! Favorite aku op kos air gas. Air kosong minum sebelum nak tido je. Harap-harap takda la kencing manis tu. Tatotnyeeeee.
Oh sambung bab suppliment. Disebabkan hb rendah, dan tak boleh makan iron, nurse suruh refer doktor untuk tukar ubat. Dannn, dapat la pulak zincofer. Kapsul tak berbau. I is okay !
Dan yang best bila makan zincofer ni, tak perlu dah makan obimin. I loikeee !
Tapi, 1st day makan time perut kosong, then sejam lepas tu tengah breakfast, tetiba rasa nak muntah. Terus stop makan nasik lemak. Mula dah rasa pening-pening lalat. Ohhhh tak boleh makan jugak ni.
So, esok-esoknya aku makan lepas 2jam breakfast. Pharmacist cakap kalau terpaksa, makan je lepas makan. Tapi seeloknya time perot kosong.
Aku ni kira kes terpaksa la kannnn.
Ok makan lepas makan. Tapi ada la pening lalat sikit-sikit. As long bukan nak termuntah, i is okay jeeee.
Check up ke-8, 33weeks, Hb tak ambil. Pelik. Selalunya tiap kali tak pernah miss ambil Hb.
Tapi result yang checkup ke-7, 30weeks, baru dapat tengok. Sebab haritu lambat keluar.
Hb 11.2
Owhh yerrr. Result MGTT pun good.
No kencing manis. Cuma nurse pelik, sebelum minum 4.86mmol/L. Selepas 3.79 mmol/L.
Nurse cakap terbalik.
Ha ha haaa lantak ler. Janji normal.
Alhamdullilah.
Check up ke-8, 33weeks, Hb tak ambil. Pelik. Selalunya tiap kali tak pernah miss ambil Hb.
Tapi result yang checkup ke-7, 30weeks, baru dapat tengok. Sebab haritu lambat keluar.
Hb 11.2
Owhh yerrr. Result MGTT pun good.
No kencing manis. Cuma nurse pelik, sebelum minum 4.86mmol/L. Selepas 3.79 mmol/L.
Nurse cakap terbalik.
Ha ha haaa lantak ler. Janji normal.
Alhamdullilah.
No comments:
Post a Comment
Jangan Malu, Jangan Segan untuk komen (^^,)