Aku blogger. Tapi cuma hanya sekadar nama.
Bukan blogger yang famous amos. Bukan blogger yang punya ramai follower.
Aku hanya menulis cerita hidup aku, sebagai kenangan bila masa tua.
Bukan menulis untuk dikenali. Apatah lagi mendedahkan identiti sebenar penulis blog ini.
No No No. Tidak sama sekali. Aku punya privasi.
Panjang sungguh intro. Ok skip......
Sebelum munculnya blog ni, aku suka blogwalking blog2 lain. Aku suka baca kisah hidup orang lain. Siap bookmark blog mana yang best. Jalan penceritaan, bahasa ok.
Lama kelamaan, blog-blog yang aku baca tu semakin femes. Semakin dikenali ramai. Alhamdullilah.
Tapi ! Bila dah dikenali, bermula la iklan yang di sponsor di blog masing-masing. Cerita hidup dah hilang. Hari-hari dok promote barang je.
Dulu aku suka baca, contoh, bila aku search produk muka, then dorang story mory sebab dah penah guna. Ok la kan.
But now, it changed. Cerita pun sebab dibayar. Tapi gigih becerita macam betul la pakai produk tu. Tak jujur hokay. Tau la itu punca pendapatan. Rezeki kan. Tapi macam tak best pulak gitu.
Habis bab iklan berbayar.
Nak story pasal blogger yang manis di blog sahaja. Blog camni pun aku bookmark. Best bila baca, nampak baik, jujur je.
Tapi setelah mengenali, indah khabar dari rupa. Sorry to say. Aku terus buang bookmark semua blog camni.
So goodbye semuanya. Baik baca forum lagi best ha ha haa ha.
No comments:
Post a Comment
Jangan Malu, Jangan Segan untuk komen (^^,)