Permulaan 2015 yang baik.
Bukan first time masuk peraduan-peraduan bagai ni. Dari zaman sekolah aku join. Yala sapa takmau dapat hadiah free free. Siap bersetem bagai, tapi harommmmm tak penah la aku menang walau hanya saguhati.
Menuju abad 2020 ni, peraduan-peraduan pun semua dah online. Lagiiiiiiiiiiii la senang aku nak join. Asal ada survey apa mesti aku join. Tapi tu survey rela hati je la. takda hadiah pun.
Aku,
pengguna tegar Hotlink sejak zaman first pakai handphone. 2004 lepas spm. Dulu zaman Nokia 3315. Makin lama makin upgrade handphone. Nokia > Motorola > Sony Ericson (dulu) > Samsung > Blackberry > Iphone. Aku tak suka nak upgrade tapi pakai jenama sama. Biar la merasa semua kannnn.
Tapi ! Sekali pun aku tak pernah tukar nombor handphone aku. Kiranya dari dulu kini dan selamanya la nombor ni. Dari zaman mirc, ke myspace ke facebook, semua guna nombor ni. Kalau ada orang nak tipu salah nombor dengan aku, memang nampak sangat penipu.
Pernah beli nombor tambahan, tapi tak kekal lama sebab malas topup ha haa. Dah tu kalau beli nombor baru, mesti nombor recycle. Ramai pulak la kawan-kawan orang lama call nanti. Paling annoying bank atau insurans kutip hutang. So, kita buang je nombor tu hu hu.
Dan setelah 10 tahun (2004-2014) aku guna Hotlink ni, tetiba 22 Jan 2015 aku dapat call sebagai pemenang 1 Year Free Internet (1GB). Haaaaaa biar betoiiiii !!! Nasib baik aku angkat panggilan tu. Sebab nombor 123 tu memang dah include dalam simkad hotlink as Hotline. So aku angkat la. Dah hagak pun sebenarnya he he he he he
Sebab apa aku dapat ?? Of kos la sebab join contest. Ingat saja-saja Hotlink nak bagi free-free gitu jah. Aku join contest Lagi Ohhsome Hotlink tu. Sebab dok dapat je sms pasal contest ni. So, time free kat opis, aku buka la link yang dia bagi. Owhhhh senang piang ja. Sebab aku tiap bulan beli internet RM30/monthly, so aku dapat 5 pin. Drop je pn tu kat tempat yang dibagi dalam klue. Syiok giler buat.
Then balik, aku pun suruh pak hincik somi buat. Dia malas nak buat, ok ! Aku rajin, aku buat la. Dia dapat 10 pin. Uikkkk cemana dia boleh lebih pin ?? Padahal beli sebulan RM30 tu jugak. Hmmmmm buat je la. Banyak la drop pin-nya.
Tarikh 22 Jan 2015, aku dapat panggilan sebagai pemenang 1 Year Free Internet (1GB) tu, lepas tu aku cakap kat pak hincik, mesti dia dapat handphone. Tak iphone 6 dapat Samsung pun jadi laa. Sebab ?? Handphone dia dah buruk. Memang hati dia dah teringin nak beli Iphone 6. Tapi kewangan tak mengizinkan lagi.
2 minggu lepas tu, dia dapat panggilan dari 123. Tapi !!! Dia tak sempat jawab. Then dah tak bunyi dah. Susah hati la pak hincik. Aku dah gelak kawkaw dah cakap padan muka. Sapa suruh tak jawab. Aku cakap la, bukan rezeki la tu maknanya. Kalau dah rezeki, mesti dorang call balik.
Dalam pukul 2 lebih, pak hincik wassap aku semula. Dia cakap rezeki dapat Iphone 6. Aku tak percaya langsung la ! Menipu ja lebih.
Pak hincik cakap betulla. Dorang call semula.
Hahahahahahahaa mampu gelak je la. Kalau dah tertulis rezeki, cepat atau lambat mesti dapat. Alhamdullilah, masin mulut aku.
Mulut aku part orang memang masin. Tapi part aku tawar pulak. Tak menjadi langsung. Takpe laaa sobsobsobs.
Sabtu lalu, datang la orang Maxis ke rumah bagi Iphone 6. Gilakkk ahhh ! Siap ambil gambar lagi tuuuuu. Uihhh ! Cukup sebulan la dapat Iphone dia. Sebab tulis kat website dia, 30 days prize delivery.
Orang Maxis ambil gambar
Hakikatnya, Iphone tu harusla hakmilik aku kan. Tapi disebabkan aku dah ada 5s, beza sikit je pun. Jadi aku tak kisah la pak hincik nak pakai pun. Kalau aku nak tukar pakai Iphone 6 pun boleh.
Tapi !! Aku jenis sayang harta benda sikit. Kalau dah harta benda aku, jangan sapa pun boleh pegang. Tambah pulak keluar duit ribu-ribu woih. Dasar kedekut hu hu hu.
I'm happy for him.
Tapi !!! Yang bengangnya, mana hadiah aku ????!!! Mana 1 Year Free Internet aku ???!!! Padahal aku lagi awal dia call nya. Dia cakap tunggu call dalam 30hari. Ni dah dekat 60 hari dah hoihh hotlink ! Tak puas hati betoi laa !!
UPDATE !
Aku telefon hotline hotlink. Nombor 123 tu. Cakap dengan perunding perkhidmatan dorang. Yang tak logik, perunding perkhidmatan pun taktau contest apa tu. Uikkk ?? Ke perunding dorang hanya agen je ?? Hmmmm lantak laa. Dia cakap nanti dia check dan contack semula.
After 5 minutes, dia call semula. Dia bagitau dia akan buat aduan kepada orang yang incharge, dan dia bagi nombor rujukan untuk aduan aku tu. Kalau tak dapat ada-apa maklumbalas dari dorang 3-5hari waktu bekerja, dia suruh call dorang semula melalui nombor rujukan tu.
Ok !!
12 March 2015
Dapata cal dari Hotline Msia lagi. Angkat ler ! Apo kahhhhh ?? Bunyi musik je sampai 5minit. Letak je laa. Pastu dapat call lagik. Nasib baik ok. Dia bagitau akan dapat 1 year free internet tu start 1 April 2015 hingga 1 April 2016. Kalau tak dapat, inform semula. Yuhuuuu !!!
Ok 1 April 2015 start GST. Erkkkkk apa kena mengena dengan tajuk ni entah (--")
best nyerrrrrrrrrrr........................ rezeki awak ><
ReplyDeleteNak menang jgak..huhu😅😥😥😥
ReplyDeleteBtol ataw x
ReplyDeleteSye pernah dapat talifon.. Tapi tipu je
ReplyDeleteaq angkat senyap ja, betul ke
ReplyDeleteAq ad kena call no 123 tu tp aq jwp bap aq tngok pelik je no tu😂nanti x pasal2 ke tipu,tp klu btl pon kw dptdpt syukurlah
ReplyDelete*aq tak jwp
Delete