Sedih. Kecewa. Terkilan.
Insan yang aku sayang sangat sangat, pergi tinggalkan aku dengan keadaan tragis.
Baru aku mengerti erti kehilangan.
Kalau aku tak baca notis amaran tak bagi bela binatang, aku takkan bawa balik ateh ke kampung. Kalau aku tak bawa balik, ateh takkan mati !!
Kenapaaaaaaaa ini semua terjadiiiiiii ???!!!
Masih tak dapat terima hakikat cara pemergian ateh. Kenapa aku kena menyaksikan ateh mati dalam kesakitan. Kenapa ateh makan racun tikus tu ???
Tak sanggup nak tengok ateh kejang kejung. Bagi minum air kelapa. Ateh bunyi macam biasa, suara perlahan. Sedih hanya tuhan yang tahu.
Tak sanggup lagi nak tunggu hingga saat terakhir ateh.
8 jam perjalanan balik kampung, baik perangai ateh tak berak kencing. Tau nak dok atas peha orang je. Letak belakang, lari naik balik. Takpe. Ateh sayang punya pasal.
Tapi bila sampai kampung, tak sampai 15 min dok dalam rumah, dia dah mati.
Aku tak mampu melihat kau pergi. Aku terpaksa angkat beg balik. Walaupun penat perjalanan, tapi aku redahi kerana tak sanggup melihat kau pergi ateh.
Maafkan aku ateh !
Salah aku ! Aku bersalah !
Andai aku tahu. Andai aku dapat putarkan masa. Mungkin semua ni takkan terjadi.
Selama bela kucing, dah banyak yang mati. Tapi aku boleh terima. Sebab bukan mati mengejut. Mati sebab sakit yang aku boleh menjangka bila akan mati.
Tapi kali ni aku tak boleh terima, sebab terlalu mengejut dan tragis sangat ateh mati. Dengan mengelupornya. Seriuosly, aku tak dapat terima.
Berdoa setiap hari agar aku dapat lupakan dia. Lupakan cara kematian dia.
Walaupun banyak memori ateh tersimpan dalam photo album handphone, tapi biarlah aku hanya ingat yang tu je. Jangan bagi aku ingat masa kematian dia.
Perjalanan balik, 2 kali diiringi dengan lagu kamikaze " Pergi Selamanya ". Lagi buat aku menangis. Selama ni tak menangis punya depan hincik somi. Tapi kali ni tak boleh control dah. Dia pulak diam je. Puihhhhhh sangat !
Walau berkali ku tangisi
Tak mungkin kau kan kembali
Ku tak berdaya mengharungi sendiri
Tanpamu hidupku tak bererti
Hari berlalu kau kian jauh
Di alam abadi di pusaramu
Hanya doa yang ku iringkan
Dalam hiba aku tangiskan
Hilang tiada pengganti
Permata yang berharga dalam diriku
Segalanya datang dan pergi
Ku tahu sukar bagiku
Menelan kenyataan
Takdir telah tertulis untuk diriku
Hari kian silih berganti
Masih aku sendiri termanggu dalam sepi
Dalam kepekatan malamku
Ku lihat lambaianmu dari syurgawi
Memanggilku
Aku tahu ada orang akan gelak dan kata " kucing je kotttt ".
Aku sayang kucing.
Maybe kau sayang bini, laki, anak, mak, bapak kau.
Sama je perasaan tu.
Once kau rasa, kau akan tahu !
No comments:
Post a Comment
Jangan Malu, Jangan Segan untuk komen (^^,)