Salam Ramadhan.
First day puasa harini. Puasa Ramadhan la. Puasa ganti dah selalu sangat dah.
Alhamdulillah mampu bertahan walaupun dugaan kena kerja luar. Nasib la tak lama.
Bila berpuasa ni, pi supermarket semua nak dibelinya. Buah anggur la, buah lai la. Semua sedap.
Nasib tak beli lagi. Jaga nafsu, jaga nafsu.
Kalau beli pun entah bila nak makannya. Buah pelam dalam fridge pun tak kupas makan lagi. Lama-lama buruk. Malas beui nak kupas. Kalau ada orang kupas, laju je aku makan ha haa.
Ok, nak masak apa berbuka harini ?? Siapppp google dah !
Teringin nak makan ayam masak merah. Semalam tanya pak hincik, dia nak ayam goreng je. Huh ! Kacang sangat. Nak yang susah sikit buat ha ha haa.
Ayam masak merah dan sayur sawi dan cendawan. Nanti dua-dua layu kalau biar lama-lama.
OK ! Till then.
Sampei ketemu lagi.................
No comments:
Post a Comment
Jangan Malu, Jangan Segan untuk komen (^^,)