Harini genap 16 Ramadhan.
Dan harini usia kandungan dah masuk 9minggu 3hari. (ikut apps dalam hp la)
Setakat harini, aku dah tinggal 4hari puasa. Dah cuba, tapi bila hari puasa akan pening-pening kepala then muntah. Jenuh berlari ke tandas oku, sebab malu nanti orang nampak muntah kat tandas biasa. Nanti orang tau.
Setakat harini just family aku je yang tau hihuuu.
Bukan nak rahsia sangat, tapi seeloknya tak diumumkan la. Takut something bad happen. Aku memang kalau jenis personal camni, aku tak akan bagitau orang. Macam nak kawin dulu. 2 minggu sebelum kenduri, baru bagi kad. Baru orang tau selama ni aku dah tunang. Haha hahahaaa.
Sory kepada yang ter suka dan ter caring kat aku. Bukan niat menipu. Cuma rahsia sajaaaaaa.
Becerita bab dugaan puasa, hari pertama puasa ok jee. Bila masuk azan berbuka, aku pun makan makan dan makan. Tetiba rasa sesuatu. Terus stop makan, basuh tangan masuk toilet.
Sekali bruuuuu keluar abeh nasik yang aku makan tadi. Penuh sinki toilet. Meleleh jugak air mata sebab aku jenis tak penah muntah. Terasa tak sedap bila muntah.
Lepas muntah, legaaaa. Sambung makan balik.
Pagi esoknya bangun sahur. Konon berjaga-jaga la tak makan banyak sekali gus takut muntah. Makan kurma dengan susu. Konon untuk kalsium. Baru duduk seminit, berlari ke toilet. Takdan sampai toilet dah tercicir muntah air susu tadi. Grrrrrrr sakit hati !
Lepas dua kes tu, aku pun mula berhati-hati. Buka puasa pun tak makan banyak. Makan slow-slow.
Kalau sebelum pregnant aku makan nasik separuh, bulan puasa ni makan suku sahaja. Jimat beras hu huuu. Kalau tetiba aku rasa tak sedap perut dan tangan menggigil tu, aku stop makan cepat-cepat. Takut muntah. Tapi alhamdulillah setakat harini, dah tak muntah la bila berbuka dan sahur.
Cuma !
Muntah bila kat ofis pulakkkk.
Alkisah minggu lepas tak banyak kerja. Bila duduk saja tanpa buat kerja, mula la sakit bahagian tulang belakang. Bila sakit belakang mula la rasa nak muntah. Lagi pulak perut kosong. Angin je penuh perut. Rasa sebu je perut.
Try je la bagi sendawa. Bila dah sendawa, rasa ok sikit. Tapi kadang terpaksa berlari jugak ke toilet sebab nak termuntah. Bila puasa ni, muntah pun tak keluar apa. Dah tak makan. Cuma rasa tak sedap badan tu je la. Balik rumah lepas berbuka terus flat. Dekat pkl 11 baru terjaga. Pastu mula la 3 pagi pun mata tak pejam lagi. Pukul 5 dah nak bangun sahur pulak.
Minggu ni mai kes baru pulak. Pening kepala macam pusing-pusing. Macam tu ke yang orang cakap mabuk ?? Tapi sebab 2 hari berturut-turut aku muntah, jadi kemarin aku start la tak puasa. Bila tak puasa, ok je tak muntah la.
Kemarin dan semalam tak puasa. Kalau bangun rasa perut tak ok, memang aku tak puasa la. Tapi harini macam tak rasa apa-apa. Jadi aku try berpuasa. Hopefully sihat la harini sampai berbuka.
Bukan seronok pun tak puasa. Nanti kena ganti jugak. Tak sior teman. Orang makan kita puasa. Lagi pulak time perut dah besar. Mesti lapar kannn.
Dan setakat harini, aku boleh la masak buat kerja semua. Alhamdulillah takda alahan apa-apa bau masakan ke apa. Alhamdulillah jugak la tak muntah hari-hari macam orang lain yang setiap masa muntah. Syukurrr.
Cuma aku tak boleh bau perfume je. Selama ni bilik, ruang tamu semua nak wangi. Guna air freshner. Tapi sekarang semua aku off. Masa belum tau alah tu, aku punya la pakai perfume body shop vanilla tu banyak-banyak. Sekali aku rasa tak sedap pulak bau tu. Macam nak termuntah bau. Seharian la aku dok cium vicks je. Terus lepas tu aku dah tak pakai perfume.
Encik husband pun aku tak bagi pakai. Kalau dekat rumah jangan nak pakai bedak ke apa. Satgi aku suruh mandi lain kot hu huuu.
Tak la sampai termuntah pun kalau bau. Cuma rasa tak sedap. Mesti kena tutup hidup. So, better tak payah pakai kannnn..
Tak la sampai termuntah pun kalau bau. Cuma rasa tak sedap. Mesti kena tutup hidup. So, better tak payah pakai kannnn..
No comments:
Post a Comment
Jangan Malu, Jangan Segan untuk komen (^^,)