Dah nak masuk 6 bulan pregnancy. Mak aku cakap start 6 bulan
dah boleh beli barang baby. Takut terberanak awal ke apa ke.
So, bermulalah hobi baru aku. Setiap minggu ada jeeee barang
baby aku nak beli.
First beli barang baby ni kat Fabulous Mom Kajang. Kawan aku
cakap moving sales. Murah katanya dari expo. Sebab aku dah pesan dah, kalau tau
bila expo baby, sila bagitau aku. Dia ni pakar sikit bab ibu dan anak ni.
Rupa-rupanya clearance sales je laaa. Pepandai jeee weiiii.
Ramai nak mampus kot orang kedai tu. Dah la memusing cari kedai. Tak pernah masuk area Pearl Avenue tu. Selalu dok jalan kot depan je. So, yang
aku borong time tu, disposable nursing pad, 3 kotak rm39.90. Kasut baby 2 set. Satu
rm5 camtu je. Yang penting PINKKK hokayyy. Kalau keluar boy, pakai je la nak. Hahahahaa.
Yang lain macam tak menarik je. Tengok nursing bra rm20 je
sehelai. Tapi sebab aku taktau size aku (boleh camtu??? hehehee), sebab ada cup cup A B C D, tak reti mak nakkkk
(selalu dok beli yang bawah rm10 jee, takda tulis pun), so aku tak beli laaa.
Dah ramai orang, takda mood pulak nak belek lama-lama. Botol
susu pun setakat tengok je la. Lagipun bajet haritu just rm100 je. Satgi beli
botol tak cukup la pulak. So, just survey dulu la. Aku minat botol MAM anti
colic tu.
Time nak bayar kat kaunter, ada jual pulak wet tissue satu
pek rm2. Jenama kedai tu sendiri. Ambil la 5 pek. Pandai staff dorang suruh
amek 10 pek terus, sebab nanti pakai banyak. Hmmmm ambil je laaaa.
Settled !
Nak keluar tetiba tengok ramai beratur luar pintu.
Dorang bagi satu group, satu group masuk sebab padat sangat. Nasib baik aku tak
payah tunggu tadi.
Dah tu bergerak pulak ke QQ Baby Seri Kembangan. Tengok
dalam fb, banyak sangat barang-barang. Hajat di hati nak usha stroller. Bila
masuk, bajuuuu je hado. Stroller katanya takda stok lagi.
Dapat la mitten 3 pasang. Sepasang rm2 jee. Rompers 2 helai,
seluar 2 helai. Rm5 je sehelai. Bibs 1. Rm3 rasanya. Cukup bajet untuk harini
rm100.
Jom balikkkkk !!!
No comments:
Post a Comment
Jangan Malu, Jangan Segan untuk komen (^^,)