Monday, 26 October 2015

PENING ~~ Misi Pencarian Taska, Stroller dan Breastpump

TASKA atau PENGASUH

Maybe aku memilih untuk hantar ke taska. Walaupun kawan-kawan opis cakap lebih baik hantar pengasuh. 

Actually,
aku tak berminat sangat nak hantar rumah pengasuh. Aku ni bukan jenis beramah mesra dengan orang. Dah tu nak ke rumah orang hari-hari, mesti kena sembang sembang gitu. Malas malas. 

Satu sebab lagi, aku tengok pengasuh area rumah aku tu, hmmmmmm rumah masyaAllah. Kalau aku mesti alergic bersin hari-hari dah. 

Kalau hantar taska tu, umpama hantar ke sekolah gitu lah. But, of course sebelum dan selepas aku hantar, aku akan pantau selalu. Bukan nak lepas tangan camtu jee. No no nooo !

Bab harga pulak, tak pasti yang mana lagi murah. Harapan memang la nak yang murah kan? Bajet bawah rm400 je. Ada ke???

Walaupun nak start hantar Mei 2016, maybe this time dah boleh start cari kot taska area Presint 9 ni. Hopefully ada la yang sesuai. Aku ni rimas bab bab camni. Nak lepas tangan ke pak hincik laa. Boleh ?? Dia kan ramah mesra sikit. Hahaha. 


STROLLER

Ni lagi satu kes. Hari-hari aku google cari info pasal stroller mana yang okay, mana yang boleh muat bonet myvi atau viva. 

Susah jugakkkk. Ada yang sesuai, tapi bajet pulak tak sesuai woiiiiihh.

Nak beli sebelum atau selepas deliver? Taktau lagi kan apa jadi nanti. Hmmmmm. 

Tapi tak salah kalau nak survey dulu. Kalau nak beli lepas deliver pun, boleh terus beli je. Takpayah baru kalot-kalot nak survey.  Ye dokk??



BREASTPUMP

Ni pun satu hal jugak. Dok keep on google yang mana yang okay. Aku nak beli yang murah-murah je sebab aku rasa aku tak lama pun BF ni. Bajet dalam rm300 ke bawah je.

Sebab pada firasat aku, kalau hantar taska, of cos kena bagi formula milk kann. Sebab tak semua taska terima EBM. Yang terima tu mesti yuran bulanan pun boleh tahan mahal jugak. 
Lagi pulak, aku bukan rajin nak mengepam ikut waktu-waktu nya. (--")

Dah tu buat apa nak beli mahal-mahal. Kalau kat rumah boleh je terus direct feed kannn. So? 

Nak guna time dalam pantang tu je la kot. Nak ajar baby hisap botol. Supaya nanti dia tak confuse puting. Susah laa nanti kalau semua puting dia taknak. Kalau dok rumah je okay laa. Ni orang bekerja, payah woih payahh !

Antara elektrik dan manual? Prefer elektrik la kot. Rajin sangat laa aku nak pam manual. Mau patah pam tu nanti huhuhuhuu. 

So, breastpump mana yang okay??



No comments:

Post a Comment

Jangan Malu, Jangan Segan untuk komen (^^,)