Wednesday, 23 December 2015

Suppliment Mengandung Sehingga 34weeks

Aku checkup KKIA. 

Buat buku merah masa 11weeks. Meaning that 1st trimester la kann. 

Ok ! Untuk 1st trimester ni nurse bagi aku acid folic. Asid folic memang elok untuk perkembangan bayi. Untuk melindungj bayi dari kecacatan sistem saraf. 

Asid folic ni kadang aku ter-skip jugak la. Tak ingat sokmo. Tapi boleh makan sebab kecik kenit je. 


Masuk 2nd trimester, nurse mula bagi obimin. 

Yang ni........... Memang aku tak boleh makan. Kalau makan je, lepas 2 3 jam mesti nak termuntah. Maybe sebab makan time perut kosong. Dah makan dengan jus pun, lepas 2 3 jam mesti nak termuntah. 
So, aku pun jarang jarangggggg makan. Dalam 3 botol, sebotol je baru habis. 2 botol lagi elok tanpa berusik. Huhu


Chekup ke-4, nurse tengok Hb aku menurun. Huk aloh ! Jadi nurse suruh makan iron pulak. Yang bulat kaler coklat tu. Yang ni pun adik beradik dengan obimin jugak. Tak tau la sebab iron atau obimin yang buat muntah tu.  Sebab kena makan dua-dua sekali, obimin dan iron. So, taktau puncanya. 


Checkup ke-6, 3rd trimester, 29weeks. 
Hb makin menurun. Dari last checkup 11.1 drop jadi 10.9. Dah lekat tanda pen merah. Huhuhuu. 
Terpaksalaa daku mengaku tak boleh makan ubat. Kali ni dapat nurse india. Concern lebih sikit la. Panjangggggg dia karang dalam buku pink aku. Penuh! 

Dan!!! Tetiba aku terpaksa minum air gula iaitu mgtt. Actually 3 kali aku check dengan nurse sebelum ni, dia cakap tak kena minum air gula kecuali berat banyak naik, keturunan ada kencing manis dan umur lebih 35tahun ke atas. 

Aku pun berjaga-jaga la bab berat. Hari-hari timbang woooo. Kalau nak p check up, sanggup tak makan. Takut berat naik hahaha. 


Tetiba bila kena minum, alohhhhhhh. Actually nurse india tu suggest minum. At least boleh tau kalau ada kencing manis awal-awal. Sebab sampai 29weeks berat aku dah naik 9.7kg. Ada lagi 10weeks. Jadi dia suggest buat la. 

Time tu jugak la tetiba aku mengaku aku tak suka minum air kosong hahaha! Favorite aku op kos air gas. Air kosong minum sebelum nak tido je. Harap-harap takda la kencing manis tu. Tatotnyeeeee. 


Oh sambung bab suppliment. Disebabkan hb rendah, dan tak boleh makan iron, nurse suruh refer doktor untuk tukar ubat. Dannn, dapat la pulak zincofer. Kapsul tak berbau. I is okay !

Dan yang best bila makan zincofer ni, tak perlu dah makan obimin. I loikeee !

Tapi, 1st day makan time perut kosong, then sejam lepas tu tengah breakfast, tetiba rasa nak muntah.  Terus stop makan nasik lemak. Mula dah rasa pening-pening lalat. Ohhhh tak boleh makan jugak ni. 

So, esok-esoknya aku makan lepas 2jam breakfast. Pharmacist cakap kalau terpaksa, makan je lepas makan. Tapi seeloknya time perot kosong. 
Aku ni kira kes terpaksa la kannnn. 
Ok makan lepas makan. Tapi ada la pening lalat sikit-sikit. As long bukan nak termuntah, i is okay jeeee.


Check up ke-8, 33weeks, Hb tak ambil. Pelik. Selalunya tiap kali tak pernah miss ambil Hb.
Tapi result yang checkup ke-7, 30weeks, baru dapat tengok. Sebab haritu lambat keluar.
Hb 11.2

Owhh yerrr. Result MGTT pun good.
No kencing manis. Cuma nurse pelik, sebelum minum 4.86mmol/L. Selepas 3.79 mmol/L.
Nurse cakap terbalik.
Ha ha haaa lantak ler. Janji normal.

Alhamdullilah.

Saturday, 19 December 2015

Si Merah Jantung Hati

Setelah bertungkus lumus urusan penjualan kereta lama, dan pembelian kereta baru,

Akhirnyaaaaaaaaa.....


Si merah dalam genggaman.


Alhamdullilah.

Rezeki anak kot, nak naik kereta baru, besar lagi tuuuu.
Puas la bergolek. 

Orang lain anak 2 3 baru tukar kereta besar. Ni baru nak masuk sorang. NAK MASUK tauu. Tak keluar lagi pun, makpak dah tukar kereta besar dah.

Hu Hu Hu
Hanya kerana mu.
Barang banyak kannn. Lepas ni bukan setakat stroller boleh sumbat, dengan almari-almari kita sumbat bawa balik kampung.
Ahaksss.



HARI KE-2



Buang dulu plastik sebelum gerak. Malu eh orang tengok huhu.



Pi kedai pasang tinted. 
Voucher RM300 katanya. Tapi cerah biasa. Pak hincik nak tinted hitam.
Kena la tambah duti RM200. 
Macam mana pun memang kena tambah la duti sendiri. Voucher tu cover pun 4 tingkap jer.
Cehhhh






Siappppp !!
 30minit gitu je.
Tenaga kerja ramai.
Cepat lah.


Jom pi shopping pulak.
(^.^)v

Wednesday, 16 December 2015

Jual Kereta Yang Belum Habis Loan Bank

Sepertimana yang diketahui, pak hincik dalam proses menjual kereta lama a.k.a myvi dia untuk bertukar kepada tettttttttttttt.

Setelah penat menelaah pakcik google, cara-cara jual ke used car atau trade in kereta, kebaikan dan keburukan-nya, so weols decide jual je la sendiri. Post je iklan kat mudah.my.

After 2 3 hari post iklan, ramai jugak la yang call pak hincik. Soalan pertama, "tak boleh kurang lagi ke ???"
Dan kebanyakan yang call ni, dari used car lah. Nak mintak kurang beribu-ribu lemon. Yelah, lepasni dia nak jual pulak. Haruslah dia nak untung beribu-ribu lemon jugak kannnnn.
Ada jugak individu berminat. Tapi mintak kurang. Memang big NO la. Dah mention dalam iklan kot NO NEGO. Takda paham kaaaa ???
Kalau nak nego pun, sikit-sikit la bro. Dah kurang, nak kurang lagi. Melampau !

Aku cakap kat pak hincik, kalau takda orang beli, pakai je laa sampai sudah. Bukan urgent pun nak jual.


Setelah hampir 3 minggu, ada la one guy ni call. Memang tak nego apa pun. Just cakap nak datang tengok kereta. OK lah !

Time tengok kereta pun, dia just tanya "tak boleh kurang dah ke?"
 Pak hincik cakap "tak".
Dia pun tak banyak songeh pun. Yelah. Kereta tiptop lagi kot. Baru 4 tahun pakai. Dengan sportrim bagai. Calar memang takda lah. Ada pun dah cat, tu pun sebab budak-budak nakal buat lukisan dengan batu. Bukannya weols eksiden langgar hape-hape.


OK deal. 
Dia suruh bagi fotokopi geran. Dia nak submit ke bank esoknya. Wohaaaa pantas betul.
Dia tanya nak bagi duit booking berapa. Weols pun mana la nak tau. RM100 kah? RM200 kah?
Aku suruh pak hincik cakap RM100 je. Tapi pak hincik cakap RM200. Sebab dah bagi fotokopi geran, dan weols reserved untuk dia, so kalau tak jadi beli, duit booking tu burn. Kalau jadi, nanti tolak duit settle nanti.

Katanya dia ingat nak bagi RM5000 dulu.
Uishhhh takut pulak bagi banyak-banyak, nanti dia mintak kereta dulu pulak. Taknak ambil risiko kay !

Terus dia bagi RM200 on that time jugak.

Tunggu je la loan dia approved camne.



Seminggu jugak nak tunggu keputusan loan dia approved atau tak. Weols jual RM36,800, tapi bank dia  approved RM31,800 sahaja. Memang dah agak pun. Jadi dia kena la topup cash RM5k lagi. Tapi weols tolak duit booking dia RM200 haritu. Jadi dia bayar cash RM4800 sahaja.


Then tunggu la seminggu lagi untuk sign agreement loan. Baru boleh ke puspakom check kereta.
Lepas ke puspakom, ke bank pulak sign agreement loan owner baru, dan owner baru bagi cash RM4,800. Pak hincik kena settle-kan kat bank balance lagi RM1,200 sebab full settlement RM33,000. Yang RM31,800 tu bank owner baru akan bayar ke bank lama loan kereta tu terus.

Penantian suatu penyiksaan jugak la. Dekat 2 minggu baru bank nak settled e-batal semua. Aku ni hari-hari bertanya, owner baru tu tak call ke tanya. Padahal bukan masalah aku dah pun. Owner baru yang patut tunggu-tunggu kereta dia dah bayar kan. Aku rimas je tengok kereta dok kat rumah lagi, padahal dah jadi milik orang. Tak suka tau pegang barang orang lama-lama.

Alhamdullilah harini dah boleh settled pindah milik kat JPJ. Horeayyyyy.


Untuk memudah-carakan penjualan kereta:
1. Intai market value kereta yang nak dijual tu dulu. Boleh survey kat mudah.my, carlist, auto trader. Tapi yang lebih baik, tengok market value kat insurans company.


2. Call bank tanya berapa balance loan kereta dan berapa if buat full settlement. 
Contoh:
Balance loan : RM37,000
Full settlement :  RM33,000
Market value : RM36,000


3. Then, decide la nak letak harga kereta berapa. 
Kalau nak untung sikit, markup la sikit. Tapi jangan banyak sangat dari harga pasaran, takut tak laku. Tapi kalau kereta mantop, orang beli jer.
Contoh:
Weols letak harga RM36,800. Sebab survey website jual kereta untuk tahun sekian sekian range harga macamtu jer.
Jadi dapat la untung RM3,800 sahaja. Boleh la buat downpayment kereta baru.


4. Tunggu loan bank owner baru approved. Baru boleh buat inspection di Puspakom. 
Untuk pindah milik biasa, just buat Pemeriksaan Tukar Milik B5 sahaja untuk urusan pindah milik JPJ. Tapi disebabkan owner baru guna loan bank, jadi kena tambahan Pemeriksaan Sewa Beli B7 untuk pihak bank. 
Untuk keterangan lanjut, google aje website PUSPAKOM
Link untuk Tukar Milik
Link untuk Sewa Beli

Prosedurnya tak pasti sebab runner owner baru yang uruskan semua. Siap dengan bayaran. Senang.

p/s : Sebelum ke puspakom, untuk kereta yang ada tinted tu, sila buang yerr. Nanti tak pasal-pasal kena pi 2 3 kali pulak.


5. Sign agreement tukar milik di bank.

6. Bayar baki selebihnya di bank lama. 
Contoh : 
Loan owner baru : RM31,800
Full settlement bank : RM33,000
Baki untuk bayar bank lama : RM1,200

Maka, pak hincik kena bayarlah RM1,200 tu kat bank-nye.


6. Tunggu bank baru settled bayaran kepada bank lama. Dan settle-kan urusan e-batal. 
(hampir 2 minggu jugak la)


7. Ke JPJ untuk urusan pindah milik. 
p/s: Owner baru kena beli insurans baru sebelum urusan pindah milik.


8. Settled !!


Goodbye Myvi (^^,)v



Saturday, 12 December 2015

Daun Semambu di Putrajaya


Pencarian daun semambu untuk anak kawan aku yang kena chicken pox. Bahasa kampungnya demam campak ler. 

Dengar orang cakap banyak pokok semambu ni di Putrajaya. 

Disebabkan somi dia outstation, so aku pun tolong tolonglah carikan. Tolong orang tak salah kannn. Kalau aku kat tempat dia pun jenuh jugak. Dengan anak kecik, nak datang kutip. Memang idok lerrr. 

Plus, harini hari aku tolong dia, mana tau esok lusa dia tolong aku pulak. Who knows ?

Ok back tu pencarian. 
Yang paling popular dengarnya di Taman Warisan. Kat parking depan tu je. Tapi agak tinggi, kena mintak tolong pak guard situ yang ambilkan. 

Try la bertanya kat page komuniti putrajaya. Ada cakap kat Fasa 7 Presint 9 depan bomba tu banyak pokok semambu. Keliling bangunan pokok nye.  

Ada cakap kat Klinik Kesihatan Presint 9. 

Kawan aku cakap dekat sekolah tepi petronas P9 tu pun ada. 

So, bermula lah pencarian. Tuju yang dekat dulu lah. 
Ke klinik kesihatan. Dua kali round, tak jumpa pun. Yang tepi tepi jalan tu pokok hampir sama, cuma takda tajam tajam je kat daunnya. Aku pun bukan kenal daun camna. Based on google image je. He he he he. 

Dah tak jumpa, moh kite begerak ke tepi petronas tu pulak.

Ok ! Jumpa ! Setelah ditilik dengan gambar kat google, comfirm !!
Tapiiiiii...........

Tinggi gilak weiiiiii pokok tu. Nak ambil macam mana. Kena guna galah baru dapat. 

Ok xpe, kita gerak ke depan lagi. 

Tetiba.......


Ada pokok di tepi penghadang jalan. Alhamdulillah. Dapat la panjat ambil. 


Nasib baik ada penghadang ni. Ni jalan depan SMK P9(2). 

Pokok banyak. Tapi yang dekat dan senang orang ambil tu kurus laa. Yang jauh jauh dari penghadang besi tu, lebat rimbun je daunnya. Tapi yang hujung sikit tu boleh jugak gapai dengan tangan je dari bawah. 


Taraaaaa. Dapat la seplastik besorrrr. Ambil banyak sikit kot tak cukup. Bukan senang nak ambil pulak ni. 


Inilah daun semambu / daun mambu yer kengkawan. 

Daun ni orang buat mandi untuk orang kena chicken pox aka campak. Ramas-ramas sekali air, then mandikan. Tak payah lap lepas tu, sarungkan baju terus je. 
Then option lain, tumbuk/blend halus, campur sekali bedak sejuk, lumur kat badan. 
Buat dua-dua lagi okay. 

Tu je lah story aku cari daun semambu. Yang pasti semua pokok ni tinggi-tinggi yer. 


Sunday, 6 December 2015

Get Ready !

Alhamdullilah....

Dah masuk 32weeks.


And

Barang-barang semua dah get ready dah. 
Beg baby, beg mommy nak ke hospital.
Beg dan barang-barang baby yang nak angkut balik kampung.






Siap sedia semua.
Lagi 47 hari sebelum kita angkut semua balik kampung. Takut tertinggal je. Dah la jauh 6 7 jam perjalanan. Bukan dekat oi nak balik ambil. 
Longgok setempat senang.

Sampai masa hangkut masuk kereta je.

Jangan terberanak awal udah. 
Kelam kabut nanti hoi. Even beg-beg dah siap semua pun huhuu.

Ohoiii lupa pulak bakul makanan nak ke hospital aku.
Kelaparan pulak nanti.


Tapikan,,,,

Barang je lah yang ready. Orang nya tak ready mental fizikal lagi ponnnn.
Nak taknak kena hadap jugak kan. 
So kita chillex chillex dulu.


Nikmati kehidupan yang ada ni dulu. Makan jalan jalan. 
Lepas ni taktau lagi camne kannnnnn. 


Semoga dipermudahkan segalanya. 
Amin



Tuesday, 1 December 2015

Minum Air Gula !!! MGTT

Sejujurnyaaaa, ku tak bisaaaaaa... (nyanyi dulu)

OMG..................

Punya la beriya-iya aku jaga berat aku supaya tak naik banyak. Tetiba kena jugak minum air gula. Huh !!

Ni kes bertukar nurse lah ni. Selalunya aku dapat nurse yang sama je dah 4 kali berturut-turut. Tetiba that day dapat nurse lain pulak. Then dia pun suggest minum air gula sebab berat aku naik 9.7kg untuk 28weeks. Sebab katanya ada lagi 10weeks to go. Takut naik banyak lagi.

So, nak kata apa lagi. Saya yang menurut perintah je la. Padahal patutnya tak perlu pun. Sebab kategori yang wajib kena MGTT ni (kat KKIA P9 je la kot, sebab kawan-kawan lain yang checkup kat KKIA lain, wajib kena minum katanya):

i. Berumur 35 tahun ke atas
ii. Keturunan
iii. Berat naik mendadak

Tapi takpe lah. At least boleh jugak rasa. Kalau orang tanya, boleh la jawab macam mana rasanya. Ceh cehh.


OK, back to the story.

Nak minum air gula kena pagi-pagi yer. 7.45 pagi dah harus ada kat klinik. Dan malam sebelumnya, pukul 10 malam dah start kena puasa. Tido awal la aku. Satgi takut lapar pulak. Ha ha.
Aku pun iyo iyo jer aku nak appoinment petang. Pastu nurse cakap, minum air gula pagi saje. Ehhhh malu ai. Ha haa. Kalau petang mampuih nak tahan tak makan. Tapi kalau bulan puasa relax je kan. Mind set. Mind set. Heh !


7.45 pagi

Tepat. Sampai kat klinik. Klinik biasa pun dah ramai menunggu. Gilaaaa ahhhh.
Ke KKIA. Tak ramai. Ada 2 3 orang daftar. Sunyi lagi dah kaunter klinik biasa tak buka lagi. Yang daftar ni pun semua mesti minum air gula tu. Tidak, takdenye nak datang awal-awal kannnn.

Prosedure macam biasa. Lepas daftar, pi test urine. Dan as usual, lepas test air kencing kena ambil HB. Tapi nurse dah cakap ambil HB kat makmal sekali minum air gula tu nanti.
Dah buang urine, menunggu laaaa nurse tu nak bagi buku semula. Lama la pulak. Selalunya, dia letak test drip tu, terus tulis result je.

Then aku tengok, ada sorang ni yang lewat dari aku, ambil buku terus ke makmal. Uihhhh ini tak boleh jadi. Aku pun bangun la tanya.
Nahaiiiii. Dok tersusun buku aku kat orang lain. Ada la 6 7 orang. Berjanggut tunggu. Nasib baik bangun cakap kena buat MGTT dan ambil HB kat makmal. Nurse pun baru nak baca kat buku. Hmmmmm. It's okay.


Menuju la ke makmal, scan nombor kad.
Tunggu.
Nama dipanggil, masuk ambil darah satu tiub, then minum air gula.

Air kaler purple youuuu. Aku tengok orang sebelum tu minum relax jah. Sedap la kot. Kena turn aku, OK la rasa. Macam minum air sirap yang manis sikit. Tapi masa nak last tu, nampak la kepekatan air gula tu. Terus tak lalu. Nasib dah nak habis pun. Hu hu


Lepas minum, kena teruskan puasa yer hadek-hadek. Moh kita pi check up biasa dulu. Tunggu tak la lama. Harini nurse suruh cucuk kancing gigi (ATT) untuk kali ke -2.
Dah siap checkup, turun ke bawah nak dengar ceramah penyusuan. Ceramah start 9.00 pagi. Aku turun 8.45 pagi takda orang pun. Bila tunggu lama-lama ni, mula la sakit perut la, pening laa.

Dengar la kita ceramah. So practise pegang baby pun terkulat-kulat. Mana reti woihhhh.
Tengok jam hampir pukul 10 pagi. Mula dah rasa nak muntah laa. Ni kes tak makan apa la ni.

Tahan. Tahan. 15 minit je lagi.
Sebab tadi ambil darah 8.15 pagi. So, 2 jam kemudian means 10.15 la kan. Nurse ni tak habis lagi berceramah. Then 10.05 habis. Semua keluar menuju ke makmal.
Tadi sebelum turun dengar ceramah, aku tengok makmal penuh orang. Nurse tadi cakap takpayah scan dah. Terfikir, macam mana nak masuk nanti. Jenuh tunggu laa.

Tapi bila naik pukul 10 tu, kosong ! Macam magic pulak.
Tunggu nama nurse panggil, then ambil darah lagiiiiii. Tukar tangan pulak.
Siap !!!

Tunggu keputusan esok. Nurse yang tadi checkup kata nak call bagitau.

Balik singgah foodcourt beli nasik siap-siap. Masuk opis.
Tadi time pening-pening dengar ceramah, dah rasa nak EL jer. Nasib lepas tu ok. Masuk je la opis. Buat rugi cuti buatpe.



( Dapat 3 cucuk harini. Kiri Kanan Atas. Perfectto ! (T.T) )