Sunday, 28 July 2013

Urusan Borang Permohonan Nikah

Hohhh stress giler aku nak cerita pasal urusan borang nikah ni. Satu satu benda jadi. Grrrrrr !! Tapi nasib lastly semua settled jugak dalam satu hari.

Alkisahnya bermula bila mana mak aku bawak borang nikah Mr. D jumpa tok imam kampung aku. Dan tok imam tu cakap borang nikah pihak lelaki kena bawak ke pejabat agama tempat lelaki lepas di-sign oleh tok imam. Whattttttt???!!

Ni aku nak hangin ni. Samaada Mr.D taktau ataupun dia tak dengar masa dia ambik borang kat pejabat agama tu dulu. Dah la ada masa satu hari tu je nak selesaikan semuanya. Aku ingat boleh la terus ke pejabat agama tempat aku terus. Ni satu hal pulak nak kena pi tempat dia pulak. Kalau boleh settled satu hari takpe lagi. Kalau tak ???? Dah la tiket balik KL dah beli. Hohh stress !

So, pepagi Ahad tu begerak la kitorang ke Pejabat Agama Mr.D. Nasib la sama negeri walaupon lain daerah. Tak la jauh sangat walaupon kena lalu highway dan tol jugak. Sampai sana pukul 8.30 macam tu. Elok sangat la opis pon baru bukak kot. Boleh la siapkan hari ni. Tapiiiiiiiiiiiiiiiiii.......... bila tetiba Mr.D kata "7 hari baru siap".. What the heckkkkkkkkk !!! Woiiii bila masa pulak aku nak balik ambik ! Kat tempat lain boleh je siap 15minit je. Ni buat keja ka tak ???!! Tau la opis baru bukak hari Ahad, tapi dah ada pelanggan buat la cara ada pelanggan. Bukan free pon. Bayar hokehh ! Nak bayar RM12 untuk permohonan tu pon berejam jugak. Orang tu cakap prosedur macam tu. Tempat lain lain prosedurnya. Cuihhhh ingat orang kampung kot hang nak kelentong ! Harap je keja tempat macamtu, tapi.....................makan gaji buta. Taktau pulak halal haram segala. Opsss sory ter-emo pulak hu hu.

Lepas di-argue dan bagi alasan macam-macam, akhirnya dia cakap boleh jugak buat ambik hari ni. Tapi kena datang ambil jam 2.30 petang. See.........................boleh kan ! Saja je sebenarnya malas nak buat keja. Satu lagi persepsi kat orang goverment ni camna. Jangan salahkan aku sebab overall yang aku jumpa semua macamni. 30% je kot yang okey.

Ok fine. Tepat jam 2.30 petang kitorang sampai situ. Aku datang dari rumah tau. Penat tak penat ulang balik rumah aku. Nak tunggu situ dekat 5 jam nak buat natang apa. Nak ambik pon dekat 30 minit jugak. Buat apa pon tak tau. Grrrr nasib bukan aku yang naik. Tidak ada jugak yang kena sound setepek.

Dan luckily **betoi ke ejaan..hantam sajalaaa dapat jugak surat yang siap di taip dan print tu. Kat letterhead tu tulis enakmen apa tah. Terlupa nak snap gambar. Pastu terus berdesupppp balik ke Pejabat Agama tempat aku. Pukul 3.05 dah sampai. Gila Mr.D bawak laju keta aku. Aku pon tak penah cecah maximum tu oiiiiii. Kena speedtrap hang bayar arrr !

Elok naik opis, terus duduk kat depan kaunter tu bagi borang semua. Ada la 4 pasangan macamtu. Terus kena isi details dalam buku kat situ, pastu akak opis tu terus taip surat enakmen tu. Siap print suruh aku check, then siap ! Bayar RM12 dapat resit terus balik. See............15 minit je pon. Nampak benor nipunya. Puihhhh !


:::: Alhamdulillah settled bab borang ::::

Monday, 22 July 2013

IC Baru

Kepoyoan ku terserlah. Bila tak dapat buat lesen baru, aku terus buat IC baru. Nak jugak benda baru dalam purse aku. Ha ha lagipun semenjak dapat IC 18 tahun tu, memang tak pernah bertukar lagi la IC tu. Muka pon still muka bebudak lagi. Sekarang ni muka remaja la sikit. Ahaks *mata kat atas, tangan kat mulut*

So, hari Jumaat tu bergerak la aku ke JPN Putrajaya. Disebabkan aku tengok kat website, dorang tak tutup time rehat, so aku pi la pukul 12 gitu. Agak penat jugak berjalan sebab kaunter buat IC kat Aras 2. Tapi nak jalan ke satu-satu tingkat ekskelator tu jauuuhhhh bonar. Jenuh pusing-pusing nak cari hu hu. 

Sampai kat Aras 2 tu, terus ke kaunter nombor giliran. Tak ramai ponnnnn. Ambil nombor terus naik nombor kat kaunter tu. Banyak kot kaunter kat situ. So kebarangkalian untuk lambat tu takkan ada la kot. Dan memang betol la tak lambat pon. Bagi IC lama, thumb print kat mesin tu, bayar RM10, terus siap. Bukan siap IC la, baru siap daftar. Hu hu. Tapi dia cakap siap hari Isnin. Maybe sebab dah tengah ari buat. Anything just check kat website dulu. Aku pon tak tanya banyak, jawab ok je. Padahal Sabtu Ahad kan bukak. Asal pulak tak cakap siap esok. Hmmmm abaikan je la. Pastu dia akan cop ke kaunter 16-18 untuk ambil gambar. Disebabkan time tu dah waktu rehat, so satu kaunter je la yang bukak. 10 minit macam tu jugak la tunggu. Pastu duduk ambil gambar, then siap. Balik !

Dah kata Isnin, aku set mind ambil hari Isnin la. Tapi tapi tapi....tetiba kawan aku check dan dia kata dah siap. Cettt awal pulak. Tapi aku malas nak pi ambik dah nak tutup pon malas nak rushing. Sabtu Ahad pon aku tak pi. Dan aku tetap ambik hari Isnin. Ha ha ha mengikut kata kan aku. Hu hu.

Time nak ambik tu, aku dah tak naik eksekelator. Aku terus mencari lif. Ha ha belajar dari pengalaman katanya. Ke kaunter nombor giliran, pastu bagi nombor giliran separuh tu dan slip yang dorang bagi tu kat kaunter awal sekali, pastu tunggu nombor giliran panggil. Sat jugak. Takda orang pon sebab aku pi ambik pukul 4 dah. Ha ha. Kaunter pon banyakkkkk. Luas. 

Aku tanya nak masukkan data lesen ke dalam IC tu. Kan katanya IC pon as a lesen. Tak payah bawak lesen dah. Tapi kalau polis yang tahan tu tak bawak card reader serupa jugak la tak berfungsi kannnnn. Staff tu kata dah masuk dah data lesen dalam tu. Wokeyyy. Ambik dan terus balik. Copat pon.

Tu je kot ceritanya. Tapi aku suka suasana kat situ. Luas dan selesa. Thumbs up sebab tak menyakitkan hati aku ! Hu hu 


See ya ~

Sunday, 21 July 2013

Putih, Merah atau Pink

Yuhuuuuu... Idea gila datang lagi. Sebulan lepas dah hilang dah idea tu. Ni tetiba datang balik. Mampuhh gak !
Aku rasa selagi tak dapat memang tak senang duduk la. Baru tadi dapat idea kat mana nak cekau duit nak beli. Tetiba malam ni dah tak boleh tido dah. Ha ha punggah.
Hari tu aku punya la tunggu nak plate number WYN. Bila dah tiba waktu aku pulak tak jadi beli. Bila dah nak beli dah telepas la plate tu. Hmmm pasghah je la :'(
Tapi ! Kali ni aku nak jugak jugak jugak. Nak beli jugak ego s. No matter what ! Satgi kang tak boleh tido pulak tiap malam. He he. Kali ni nak plate number WYY pulak. Nak ambik sebelum naik plate W **** A. Euwww tak lawa.
Tapi tengah ke-konfiusan nak pilih warna apa. Putih ke pink ke atau merah??
Kalau ikut warna yang aku suka, harus la warna pink. Tapi aku suka pink yang soft-soft tu. Kalau pink terang, tak gemar sangat la. Lagipun kat motor aku rasa tak sesuai kot pink. Hu hu. 
Warna merah ponnnnn cantik ! Terang, menarik. Tapi..... Kawan aku dah pakai warna merah. Aku pulak jenis yang tak suka sama dengan orang ni. So.......
The last one, white colour. Owhhhh yang ni memang cantik cantik cantik. Nampak suci dan bersih je. Aku penah tengok bebudak pasaraya tu parking skuter dorang. 2 3 bijik kaler putih je. Gila smart ! Owhh jatuh hati.
Yang mana satu, idaman kalbu??

Thursday, 18 July 2013

LMBT a.k.a LAMBAT ??!!

Aku taktau bila hot-tampered aku akan hilang. Aku dah cuba control tapi memang tak boleh. Sampai tahap tadi dah dekat leher je aku rasa angin taufan tu. Macam nak meletop.

Kalau sesiapa kat tempat aku pon dah boleh mengamok sakan tadi. Tu pon sebab bulan puasa *walaupon aku tak boleh puasa hehe, so i've tried to control myself. Tapi memangggggg tak boleh dah. Aku buat keputusan bersemuka dengan dorang. Tak penah-penah aku seberani macam tu. hu hu

Ceritanya macam ni. Aku yang super duper excited-nya nak menyambut seruan kerajaan buat lesen baru, pi la kat JPJ cawangan *****. Service untuk renew licences on je time rehat. Tapi disebabkan aku nak renew untuk Lesen Memandu Bersekuriti Tinggi (LMBT) yang baru tu, aku kena tunggu ambil no.giliran pukul 2 nanti. Ok fine aku tunggu. 

Pukul 2.11 no.giliran aku naik. Yang ni aku puji. Cepat je service. Bagi gambar, bagi duit, print resit then dia bagi kat orang yang dalam bilik yang buat lesen tu. (Kalau tak bawak gambar pon boleh, just guna gambar yang lama tu, atau ambil baru dalam bilik dorang). Tunggu 10 minit je dah dapat lesen tu. Tapi ! Yang dapat tu orang yang no.gilirannya selepas aku. Dalam hati dah banyak tanda soal dah. Tapi sabar lagi. Sehingga laaaaa dah 6 orang yang dah dapat, tapi aku tak dapat-dapat lagi, apalagi angin dah naik la. Aku suruh kawan aku tanya. Sebab aku dah muka macam cuka dah. Satgi ada jugak kena maki kot. Then orang tu cakap sistem error bagai la. Tunggu jap lagi. OK !

Sampai tahap dah sejam lebih aku tunggu. Hati dah panas membara. Istighfar pon tak jadi apa dah. Aku dah rasa angin taufan tu kat leher aku je. Terus aku bangun pi kat kaunter dan tanya. Staff tu suruh masuk bilik jumpa orang yang buat lesen tu. Dorang explained kata yang untuk lesen aku tu sistem error. Tak boleh buat lagi kena tunggu sistem ok. Yang aku hairan bin ajaib, apsal pulak orang lain tak error. Aku yang buat dulu, orang lain yang dapat dulu apa cer !

Aku paham bila cakap sistem tu masih lagi di peringkat percubaan. Sebab Isnin haritu baru launching. Tapi ! Yang aku pertikaikan tu, sebab apa dah tau tak boleh buat, korang tak bagitau aku ! At least aku boleh cakap buat je la yang lama. Daripada aku dok tunggu dari janggut takda sampai tumbuh janggut tu. Nak bagi aku tunggu sampai opis tutup. Tu kalau boleh buat. Kalau tak???! Korang nak suruh datang esok pulak. Puiihh. 

Dan muktamad, aku cakap nak batal. Buat je yang lama. Pastu dah siap pulangkan duit semua, nak buat yang lesen lama tu, tak boleh pulak. Masuk bilik tu semula, dia explain. Dia cakap ambil masa sikit. Aikk? Aku tanya "sikit tu lama mana?" Staff tu cakap dalam 20 minit. Arghhh aku malas lagi dengar janji manismu. Konon 20 minit, tunggu punya tunggu sampai pukul 5 kot. Dah tu aku malas dah nak buat. Dah kena tunggu lama. Dapat lesen yang lama pulak. Baik aku buat kat Pejabat pos je. Buang masa pon memang sah-sah aku dapat. Daripada tunggu lama-lama kat situ. Aku rasa boleh meletop kot pejabat tu.

Ambil duit, aku terus blahh! 2 jam beb. Satu habuk aku tak dapat.Yang dapat, SAKIT HATI ! Memang forever and ever aku takkan jejak JPJ ni dah. Aku tau kebanyakan opis yang buat service memang macam ni. Ada yang lagi terok pon hadooo.

Sampai masuk opis semula pon dok panas lagi hati aku. Tetiba aku terpikir, dah shorform pon LMBT memang patot la LAMBAT a.k.a LEMBAP pon. So stressssssssss !!!

p/s : Aku pon penah kerja bahagian service macam ni, berurusan dengan orang yang semua nak cepat. Aku sepantas-pantasnya settled semua kerja tu. Sebab aku paham kalau aku jenis tak suka tunggu lama-lama, so orang lain pon macam tu la jugak. Kalau ambil masa nak siap, bagitau la orang tu cakap bila boleh siap. Jangan biar orang tunggu dengan janji setengah jam, tapi dah satu jam tak settle-settle lagi ! Jangan sebab kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Jangan sebab sorang dua perangai macam ni, habis semua orang kerajaan dipandang serong. Bila orang cakap "Owh opis gomen memang lembap" Hahh apa nak dikata.

Aku taktau macam mana rupa aku tadi. Sedaya upaya aku try control rasa marah tu. Cuba untuk cakap baik senyum, tapi aku dapat agak muka aku tetap nampak marah. Senyum pon kelat. Kuangkuangkuang


:::: Tekanan perasaan bila berurusan dengan opis macam ni ::::

Wednesday, 17 July 2013

Menguji Kesabaran Di Bulan Puasa

Orang cakap kalau terlebih gelak nanti akan terjadi peristiwa sedih. So that jangan la kita over hepi sangat dengan apa-apa perkara. Syok sikit-sikit dah la noh.

Sama la jugak kalau nak bergurau. Bergurau boleh, tapi jangan sampai ada hati terguris, buat orang lain sakit hati. Kadang-kadang dia tak sedar kata-kata dia boleh buat orang terasa. Walaupon hanya gurauan.

Panjang intro aku. he he. Sebenarnya nak cerita kat ofis aku ni ada la sorang tu dia suka sangat bergurau senda. Kadang-kadang okei. Tapi bila dah selalu sangat aku mula rasa macam ' eiiiiii rimassss !!! '. Mau tak rimas kau, bila masa orang cakap/tanya serious, dia boleh pulak buat lawak/ main-main. Siapa yang tak panas hati. Dorang ni spesies yang tak reti ikot masa kot buat lawak.

Sepatah orang cakap, 10 patah dia balas dengan lawak bodoh dia tu. Tak sesuai okeiiiihhh !!!!! Kukkikkukkik gelak. Sampai orang nak cakap apa pon tak boleh. Orang cakap betol, dia pi kona kot lain. So annoyed okehhh !

Hari ni dah aku masam muka dengan dia. Nak main sembunyi barang-barang lain, it's okay ! Tapi jangan main-mainkan barang penting aku. Benda yang bukan boleh pi kedai dapat. Kena buat report segala kalau hilang ic tu. Dia kata tak ambil, tapi cara cakap tu macam ic tu ada kat dia je. Tak kalot cari pon. Puas aku cari atas meja aku. Aku memang confirm 100% aku ambil dah ic tu, letak atas meja. Then aku pegi hantar borang. Balik tengok dah takda. Uikkk???!

Last-last lepas kena suara tinggi aku, tetiba dia pi ambil kat mana tah, then dia bagi. Dia kata aku tinggal atas meja officer. Oiiiiii tadi aku dah tengok ok ! Tak payah mengarot sangat.

Terus aku tak cakap, dan balik. Nasib dah dekat masa nak balik. Then dia mesej mintak maaf. Tapi dia kata betol dia tak ambil. Huhhh lantak la. Abaikan ja. bengang tak abes lagi.

Hari ni masuk opis, langsung dia tak datang sua muka kat sini. Selalunya 24jam lepak sini. That's why aku tak boleh nak update blog ni. Tau pon aku marah. Lain kali behave sikit perangai tu. Dah tua tapi perangai tak matured. Ikot time la kalau nak melawak bagai pon.


:::: Hate people like that ::::

Sunday, 7 July 2013

Wedding Preparation:..Checklist Hantaran Kawin

Wahhh tetiba harini terasa rajin pulak nak buat entry pasal hantaran. Sebelum ni tak penah nak rajin pon. hish

Bercerita bab hantaran, owhh syukur alhamdullilah siap settled dah beli untuk barang-barang aku. Tu pon berbulan jugak la baru siap semua. Ye la sekali keluar beli satu. Tu pon kalu jumpa. Kalau tak jumpa setakat window shopping je la. Barang hantaran untuk aku sikit je. 5 jeeeeee... Tu pon aku mintak nak buat 5 balas 7. Tak sanggup aku nak buat banyak-banyak. Yang 7 pihak laki tu pon tak tau nak beli barang apa dah. Owww yang Mr.D punya tak settled lagi. Taktau kat dia nak cari barang apa lagi. Maybe kasut. Tapi orang tua cakap tak elok sebab nak bawak kasut tu masa hari kenduri. Entah laaa....

Okie kita tengok checklist barang-barang hantaran aku.

Pihak perempuan:-

1. Telekung & sejadah
2. Beg tangan
3. Perfume
4. Set mandian
5. Jam


Pihak Lelaki:-

1. Sejadah
2. Beg duit & tali pinggang
3. Perfume
4. Baju
5. Jam
6. Buah
7. Cupcakes


Haaaa tengok. Aku punya semua udah siap beli. Yang Mr.D punya lagi 4 barang lagi missing. Bukan hilang, tapi tak beli lagi laaaa. he he. Yang italic tu semua tak beli lagi. Takkan lagi sebulan nak beli buah dan cupcakes kot. Mau ulat je yang makan. ha ha. Yang no.5 tu masih sedang berfikir. Aku rasa maybe letak jam jugak kot. Aku dah beli dah jam tu, tapi dia tak bekenan. Belagakkkkk siottttttt !! Now lantak la. Aku nak tengok dia nak beli apa letak. Huh padan muka kena cari lagi satu benda !

Nampak macam sikit je kan. Tapi setakat ni dah abis beribu jugak la. Aku ingat boleh la save-save bajet. Aleh-aleh serupa la jugak. Bukannya abes dekat hantaran tu, tapi abis kot benda tambahan. Sekali luar tak dapat hantaran, for sure la dapat benda lain. Tak sah kalau balik tangan kosong. Hu hu kalau dah nama pompuan kann. Shopping shopping shoppingggg. He he

Dah siap shopping barang hantaran, now shopping barang raya pulak. The he heeee tak sudah-sudah shopping nye. Tak sabar nak balik kampung, nak bagi barang-barang raya mak, pokcik dan anak buahku yang comey ituuu.


:::: Happy fasting everyone ::::

Friday, 5 July 2013

HB Analysis - Screen Test for Talasemia

Hoyeaaaa akhirnya aku berjaya jugak buat screen test ni. Hu hu bukan sakit sangat pon, tapi dah kalau takot jarum, semua alkisah pasal jarum semua sakit la.. he he he

Aku pilih private lab untuk buat HB Analysis ni. Entry ni sambungan untuk kisah ni. Entry lepas aku cakap nak buat kat klinik kerajaan kan. Tapi cancell........ Sebab aku tak suka tunggu lama-lama. Satgi daripada darah ok, terus jadi k.o. Ha ha ha. Lagi pulak actually aku dah rasa takmau buat dah, tapi tetiba jadi risau pulak. Tu terpaksa teruskan rancangan tu. Huhu

Selepas aku meng-google, aku terjumpa la private lab ni. Tengok dulu website dia. Okei cunn ada banyak jugak branch kat area Selangor ni. So, ambik no tepon terus call tanya harga. Orang lab tu cakap, RM100 je untuk HB Analysis. Howahhhh bagus-bagus. Standart la harga tu. Yang paling best sebab Sabtu pon bukak. So senang la orang bekerja like me nak pegi. hehe tapi halfday je okei.

Aku pi semalam takda orang pon. Masuk-masuk cakap  nak buat HB Analysis, then dia cakap ' ooo untuk Talasemia itu '..Hah nasib betoi aku sebut. He he. Chinese lab tu tunjuk pakej kalau HB Analysis je RM100, kalau ambik pakej iaitu check Folic Acid, Vitamin B3, satu lagi aku tak ingat apa. Dan termasuk HB Analysis ni maknanya 4 test la RM160. Jimat RM20 daripada buat asing-asing.

Tapi aku memang aim untuk check Talasemia je. So aku buat HB Analysis je la. Dia isi form, pastu pelekat barcode kat tiub botol darah tu dengan form, pastu dia panggil untuk cucuk. Ouchhh sakit jugak la dari yang haritu. Pedih-pedih sikit. Tapi lepas tu tak rasa dah. Tengok-tengok dah penuh syringe. he he siapppppp !!

Pi kat kaunter, dia sedia resit then bayor. Settled !!! Resultnya a.k.a report dapat dalam masa seminggu. Seminggu??? Bezakan daripada goverment. Beza la antara guna duit sendiri dan free. Kan kan kannnnn
Nanti dah dapat dorang akan call. Phewww hope semuanya okei.

Oh yaaa untuk maklumat lanjut, korang boleh search je website dorang mypathlab.com. Semua health screening ada kat sini. Senang dan cepat gitu. Harga pon berpatutan. **promote tetiba hehe




:::: Waiting for the report :') ::::

Thursday, 4 July 2013

Kesilapanku Keegoanmu..Merajuk!

Wahhhh macam tajuk lagu Dato' CT pulak kannn..heee

Krisis betoi la. Masuk harini dah 3 hari aku dan Mr.D tak contact each other. Ha ha ha giler kan. Kalau tidak 24jam tolak jam tidor je yang tak chit chat. Hu hu punggah. Selalunya takda la sampai macamni. Selalunya dia akan cuba jugak contact aku even aku tak penah balas atau angkat. Merajuk la konon......

Tapi kali ni dia buat bodo jer. Takda pun nak call-call aku. Macam biasa la kalau aku merajuk aku akan delete semua bbm, fb dan .... He he hudoh benor perangai kan. Well biasa la nama pon pompuan. Saja nak attention lebih. Ha ha ha

Aku admit la memang salah aku. Tapi aku tak suka orang tegur-tegur camtu. Kalau orang tak rapat, i dont care pon. Tapi bila orang yang rapat tegor pasal perangai aku, aku sensitip sangat. Alaa pedehal dengan tunang. Dengan mak aku pon, aku merajuk sampai 2 3 hari jugak tak cakap. Dok satu rumah lagi. Orang tanya aku buat tak dengar jer. He he hudoh hudoh perangai.

Aku tau dia nak tunggu bagi aku mengalah kot. Bagi aku cari dia pulak. Selama ni asyik dia je mengalah. Tapi........harus diingat ! Aku pun takkan mengalah. Ego aku setinggi puncak kinabalu oooo...cisss!

Tu yang susah kalau partner sama umor, sama tahun, sama kedudukan adik beradik, sama bilangan adik beradik, sama salasilah keluarga. Cisss memang semuanya hampir sama la. Hu hu

Tapi as lelaki, pandai pandai la perangai tu. Dah tau pompuan merajuk, pujuk la weii... Hakikatnya bukan nak merajuk pon, cuma nak attention jer. Huh!


:::: Susahnya dapat laki yang tak reti pujuk ::::



** Update : Malam dia add bbm semula.. ha ha kan dah kata, 3 hari je boleh diamkan diri. puih !