Kalau sesiapa kat tempat aku pon dah boleh mengamok sakan tadi. Tu pon sebab bulan puasa *walaupon aku tak boleh puasa hehe, so i've tried to control myself. Tapi memangggggg tak boleh dah. Aku buat keputusan bersemuka dengan dorang. Tak penah-penah aku seberani macam tu. hu hu
Ceritanya macam ni. Aku yang super duper excited-nya nak menyambut seruan kerajaan buat lesen baru, pi la kat JPJ cawangan *****. Service untuk renew licences on je time rehat. Tapi disebabkan aku nak renew untuk Lesen Memandu Bersekuriti Tinggi (LMBT) yang baru tu, aku kena tunggu ambil no.giliran pukul 2 nanti. Ok fine aku tunggu.
Pukul 2.11 no.giliran aku naik. Yang ni aku puji. Cepat je service. Bagi gambar, bagi duit, print resit then dia bagi kat orang yang dalam bilik yang buat lesen tu. (Kalau tak bawak gambar pon boleh, just guna gambar yang lama tu, atau ambil baru dalam bilik dorang). Tunggu 10 minit je dah dapat lesen tu. Tapi ! Yang dapat tu orang yang no.gilirannya selepas aku. Dalam hati dah banyak tanda soal dah. Tapi sabar lagi. Sehingga laaaaa dah 6 orang yang dah dapat, tapi aku tak dapat-dapat lagi, apalagi angin dah naik la. Aku suruh kawan aku tanya. Sebab aku dah muka macam cuka dah. Satgi ada jugak kena maki kot. Then orang tu cakap sistem error bagai la. Tunggu jap lagi. OK !
Sampai tahap dah sejam lebih aku tunggu. Hati dah panas membara. Istighfar pon tak jadi apa dah. Aku dah rasa angin taufan tu kat leher aku je. Terus aku bangun pi kat kaunter dan tanya. Staff tu suruh masuk bilik jumpa orang yang buat lesen tu. Dorang explained kata yang untuk lesen aku tu sistem error. Tak boleh buat lagi kena tunggu sistem ok. Yang aku hairan bin ajaib, apsal pulak orang lain tak error. Aku yang buat dulu, orang lain yang dapat dulu apa cer !
Aku paham bila cakap sistem tu masih lagi di peringkat percubaan. Sebab Isnin haritu baru launching. Tapi ! Yang aku pertikaikan tu, sebab apa dah tau tak boleh buat, korang tak bagitau aku ! At least aku boleh cakap buat je la yang lama. Daripada aku dok tunggu dari janggut takda sampai tumbuh janggut tu. Nak bagi aku tunggu sampai opis tutup. Tu kalau boleh buat. Kalau tak???! Korang nak suruh datang esok pulak. Puiihh.
Dan muktamad, aku cakap nak batal. Buat je yang lama. Pastu dah siap pulangkan duit semua, nak buat yang lesen lama tu, tak boleh pulak. Masuk bilik tu semula, dia explain. Dia cakap ambil masa sikit. Aikk? Aku tanya "sikit tu lama mana?" Staff tu cakap dalam 20 minit. Arghhh aku malas lagi dengar janji manismu. Konon 20 minit, tunggu punya tunggu sampai pukul 5 kot. Dah tu aku malas dah nak buat. Dah kena tunggu lama. Dapat lesen yang lama pulak. Baik aku buat kat Pejabat pos je. Buang masa pon memang sah-sah aku dapat. Daripada tunggu lama-lama kat situ. Aku rasa boleh meletop kot pejabat tu.
Ambil duit, aku terus blahh! 2 jam beb. Satu habuk aku tak dapat.Yang dapat, SAKIT HATI ! Memang forever and ever aku takkan jejak JPJ ni dah. Aku tau kebanyakan opis yang buat service memang macam ni. Ada yang lagi terok pon hadooo.
Sampai masuk opis semula pon dok panas lagi hati aku. Tetiba aku terpikir, dah shorform pon LMBT memang patot la LAMBAT a.k.a LEMBAP pon. So stressssssssss !!!
p/s : Aku pon penah kerja bahagian service macam ni, berurusan dengan orang yang semua nak cepat. Aku sepantas-pantasnya settled semua kerja tu. Sebab aku paham kalau aku jenis tak suka tunggu lama-lama, so orang lain pon macam tu la jugak. Kalau ambil masa nak siap, bagitau la orang tu cakap bila boleh siap. Jangan biar orang tunggu dengan janji setengah jam, tapi dah satu jam tak settle-settle lagi ! Jangan sebab kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Jangan sebab sorang dua perangai macam ni, habis semua orang kerajaan dipandang serong. Bila orang cakap "Owh opis gomen memang lembap" Hahh apa nak dikata.
Aku taktau macam mana rupa aku tadi. Sedaya upaya aku try control rasa marah tu. Cuba untuk cakap baik senyum, tapi aku dapat agak muka aku tetap nampak marah. Senyum pon kelat. Kuangkuangkuang
:::: Tekanan perasaan bila berurusan dengan opis macam ni ::::

No comments:
Post a Comment
Jangan Malu, Jangan Segan untuk komen (^^,)