Monday, 22 July 2013

IC Baru

Kepoyoan ku terserlah. Bila tak dapat buat lesen baru, aku terus buat IC baru. Nak jugak benda baru dalam purse aku. Ha ha lagipun semenjak dapat IC 18 tahun tu, memang tak pernah bertukar lagi la IC tu. Muka pon still muka bebudak lagi. Sekarang ni muka remaja la sikit. Ahaks *mata kat atas, tangan kat mulut*

So, hari Jumaat tu bergerak la aku ke JPN Putrajaya. Disebabkan aku tengok kat website, dorang tak tutup time rehat, so aku pi la pukul 12 gitu. Agak penat jugak berjalan sebab kaunter buat IC kat Aras 2. Tapi nak jalan ke satu-satu tingkat ekskelator tu jauuuhhhh bonar. Jenuh pusing-pusing nak cari hu hu. 

Sampai kat Aras 2 tu, terus ke kaunter nombor giliran. Tak ramai ponnnnn. Ambil nombor terus naik nombor kat kaunter tu. Banyak kot kaunter kat situ. So kebarangkalian untuk lambat tu takkan ada la kot. Dan memang betol la tak lambat pon. Bagi IC lama, thumb print kat mesin tu, bayar RM10, terus siap. Bukan siap IC la, baru siap daftar. Hu hu. Tapi dia cakap siap hari Isnin. Maybe sebab dah tengah ari buat. Anything just check kat website dulu. Aku pon tak tanya banyak, jawab ok je. Padahal Sabtu Ahad kan bukak. Asal pulak tak cakap siap esok. Hmmmm abaikan je la. Pastu dia akan cop ke kaunter 16-18 untuk ambil gambar. Disebabkan time tu dah waktu rehat, so satu kaunter je la yang bukak. 10 minit macam tu jugak la tunggu. Pastu duduk ambil gambar, then siap. Balik !

Dah kata Isnin, aku set mind ambil hari Isnin la. Tapi tapi tapi....tetiba kawan aku check dan dia kata dah siap. Cettt awal pulak. Tapi aku malas nak pi ambik dah nak tutup pon malas nak rushing. Sabtu Ahad pon aku tak pi. Dan aku tetap ambik hari Isnin. Ha ha ha mengikut kata kan aku. Hu hu.

Time nak ambik tu, aku dah tak naik eksekelator. Aku terus mencari lif. Ha ha belajar dari pengalaman katanya. Ke kaunter nombor giliran, pastu bagi nombor giliran separuh tu dan slip yang dorang bagi tu kat kaunter awal sekali, pastu tunggu nombor giliran panggil. Sat jugak. Takda orang pon sebab aku pi ambik pukul 4 dah. Ha ha. Kaunter pon banyakkkkk. Luas. 

Aku tanya nak masukkan data lesen ke dalam IC tu. Kan katanya IC pon as a lesen. Tak payah bawak lesen dah. Tapi kalau polis yang tahan tu tak bawak card reader serupa jugak la tak berfungsi kannnnn. Staff tu kata dah masuk dah data lesen dalam tu. Wokeyyy. Ambik dan terus balik. Copat pon.

Tu je kot ceritanya. Tapi aku suka suasana kat situ. Luas dan selesa. Thumbs up sebab tak menyakitkan hati aku ! Hu hu 


See ya ~

No comments:

Post a Comment

Jangan Malu, Jangan Segan untuk komen (^^,)