Hoyeaaaa akhirnya aku berjaya jugak buat screen test ni. Hu hu bukan sakit sangat pon, tapi dah kalau takot jarum, semua alkisah pasal jarum semua sakit la.. he he he
Aku pilih private lab untuk buat HB Analysis ni. Entry ni sambungan untuk kisah ni. Entry lepas aku cakap nak buat kat klinik kerajaan kan. Tapi cancell........ Sebab aku tak suka tunggu lama-lama. Satgi daripada darah ok, terus jadi k.o. Ha ha ha. Lagi pulak actually aku dah rasa takmau buat dah, tapi tetiba jadi risau pulak. Tu terpaksa teruskan rancangan tu. Huhu
Selepas aku meng-google, aku terjumpa la private lab ni. Tengok dulu website dia. Okei cunn ada banyak jugak branch kat area Selangor ni. So, ambik no tepon terus call tanya harga. Orang lab tu cakap, RM100 je untuk HB Analysis. Howahhhh bagus-bagus. Standart la harga tu. Yang paling best sebab Sabtu pon bukak. So senang la orang bekerja like me nak pegi. hehe tapi halfday je okei.
Aku pi semalam takda orang pon. Masuk-masuk cakap nak buat HB Analysis, then dia cakap ' ooo untuk Talasemia itu '..Hah nasib betoi aku sebut. He he. Chinese lab tu tunjuk pakej kalau HB Analysis je RM100, kalau ambik pakej iaitu check Folic Acid, Vitamin B3, satu lagi aku tak ingat apa. Dan termasuk HB Analysis ni maknanya 4 test la RM160. Jimat RM20 daripada buat asing-asing.
Tapi aku memang aim untuk check Talasemia je. So aku buat HB Analysis je la. Dia isi form, pastu pelekat barcode kat tiub botol darah tu dengan form, pastu dia panggil untuk cucuk. Ouchhh sakit jugak la dari yang haritu. Pedih-pedih sikit. Tapi lepas tu tak rasa dah. Tengok-tengok dah penuh syringe. he he siapppppp !!
Pi kat kaunter, dia sedia resit then bayor. Settled !!! Resultnya a.k.a report dapat dalam masa seminggu. Seminggu??? Bezakan daripada goverment. Beza la antara guna duit sendiri dan free. Kan kan kannnnn
Nanti dah dapat dorang akan call. Phewww hope semuanya okei.
Oh yaaa untuk maklumat lanjut, korang boleh search je website dorang mypathlab.com. Semua health screening ada kat sini. Senang dan cepat gitu. Harga pon berpatutan. **promote tetiba hehe
:::: Waiting for the report :') ::::
No comments:
Post a Comment
Jangan Malu, Jangan Segan untuk komen (^^,)