Monday, 28 October 2013

Cerita ke-3: Basuh Rumah

Weekend lalu meninjau la ke rumah baru tu. Kot-kot dah ada air boleh la basuh terus. Siap semua dah bawak mop, penyapu bagai.

Bila buka je paip, alaaaaaaa tak pasang lagi la air. hmmm satu benda pon tak boleh buat. Balik laaa....

Dok dalam kereta, tetiba tepikir " Maybe meter tak buka kot ".. Hohh maybe !!

Naik semula, cari meter air. Buka. 

Buka pintu, buka pili air. Yohaaaaa ada la ! Nasib tak balik lagi. Ha ha ha

Tugas aku mop lantai. Hitam ya amaaaattttttt ! Tugas mR.him cuci toilet dan tingkap. Nampak tak kecerdikan aku kat situ. Tempat yang agak kotor, geli aku pass kat orang lain. Ha ha ha jahat betoi !

Dannnnnnn bila tengok toilet, Ya Allah teruk gila. Dengan hitam apa tah. Lepas mR.him tonyoh-tonyoh, hilang sikit. Tapi tetap buruk la ada cat merah apa tah. Gila kau toilet kot ! Tempat yang aku pantang kalau tak bersih. Mau tahan berak kalau gitu buruknya. EEEiiiiiiiii 

Apa lagi. Tulis segala jenis kerosakan, esok call buat aduan. Hopefully dapat la tukar mangkuk baru. Geli aku tengok. Yuck !

Lepas siap segala, balik mandi. Pastu terus ke kedai-kedai perabot. Excited gilaaa kan.

Pusing ke Dengkil. Tapi banyak kedai tutup. Hari Ahad kata kau ! Memang la tutup. Ada jugak kedai yang dah berkenan. Tapi hold dulu. Moh kita tinjau ke kedai lain pulak.

Entry bersambung........

Sunday, 27 October 2013

Perabot (Part 1)

Entry disambung......

Alkisah aku membeli perabot-perabot ni di dua tempat yang berbeza. Sebab?! Of course la sebab murah dan cantik.

First men-survey di Dengkil. Kenapa Dengkil ? Sebab orang-orang-orang cakap Dengkil lagi murah daripada Bangi dan seangkatannya. So, menuju lah ke Dengkil. Kena pulak hari Ahad. Kompem la tutup. Ingat opis je nak cuti. Kedai pon nakkkkk jugakkkkk. Tapi aku paling tak suka sangat la kalau kedai cuti time ofis cuti. Dah tu orang ofis nak shopping time mana? Time keje ke? Tak puas hati betui. Tapi tu semua terjadi kat pekan yang kecil la kan. Bandar besor buat gitu memang cari muflis la. Ha ha ha

Kat Dengkil ni banyakkkkk la jugak kedai perabot. Tapi antara 5 yang aku cari, 2 je yang bukak. Yang kedai orang-orang cakap murah tu pon tutup jugak. Nak buat camne dah takda rejeki. Pasrah (-.-")

First masuk kedai sederet dengan Cavenzi tu. Kedai pon satu pintu. Barang pon tak banyak. Tanya pon nak taknak je jawab. Tak payah la. Jom keluar cari kedai lain.

Lalu depan Cavenzi. Tapi takmau masuk. Dah ber-blog aku baca, semua cakap non-hokay. So tak payah buang masa tengok. Gerak !

Lalu sepusingan jumpa satu lagi kedai perabot. Okay masuk tengok. Kedai dua pintu. Susunan kemas dan cantik. Macam ni la baru I Like ! he he. Tambah pulak salesman dia baik kot. Cakap slow nak mampoh. Siap ada lesung pipit lagi. Hakhak. Eh salesman ke owner ? Entah laaa

Naik turun tengok apa yang ada. Semua memuaskan hati ! Siap kira semua. Nak tukar sofa warna tu la, warna ni la. Tapi bila nak buka bil, kitorang cakap " Tak payah lagi la. Esok datang lagi. Boleh guna atm kan? ". Bajet bersungguh la nak beli. Nasib la dia tak banyak songeh. Tak paksa-paksa. Layan je. Kihkihkih

Pastu terus ke Home Vision (HV), Seri Kembangan pulak. Sebab dapat pamplet yang agak murah la. Dah sampai dalam pukul 8.00 malam. Survey naik tengok segala benda, macam okay jugak. Tapi dah over budget la. Yela semua nak yang elok-elok. Sofa yang kat Dengkil 2k something tu, kat HV ni hanya RM1400 sahaja ! Gila kau murah kot. Ada promosi katakan. So memang decide ambil yang tu je la. Luas lak boleh muat ramai. Time orang-orang mai la. Time berdua tu, kami la conquer semua ha ha.

Tilam pun upgrade yang RM800. Kat Dengkil tu RM300+, tapi tilam biasa je kot. Tapi ada kedai Dengkil murah, kedai HV mahal. Biasa laa marketing.

Bila kitorang nak chow balik, dia dok halang. Salesman tu suruh buka bil jugak. Ambil barang. Dok paksa-paksa ni aku tak suka ni. Tu sebabnya aku tak suka sangat tanya macam-macam. Just tengok takpe lagi tak buang masa orang. mR.him suka sangat tanya maca-macam. Kan orang tu dah expect nak ambil sungguh.

Macam-macam alasan kitorang bagi nak blah dari kedai tu. Tak bawa duit lagi la, itu la ini la. Tapi dia tetap halang kami balik. Damn ! Lastly kena buka bil jugak la. Tak sempat nak survey dah kat tempat lain. Kitorang ambil katil, tilam, dressing  table, meja makan dan sofa je kat kedai ni. Meja tv tak cantik. So, pilihan tetap kat kedai Dengkil.

Disebabkan kami cakap tak bawa duit, so kena guna debit kad je la. Tidak kena bayar 30% daripada jumlah barang beli. Tapi kami bayar RM500 je dulu. Sapa suruh paksa-paksa ! Tapi dia suruh settlekan esok sebab dah procedure camtu.

Ok settled buka bil. Dia cakap sofa ambil masa seminggu. Ok fineeee. Hantar je semua sekali. Kang hantar dua kali kena extra charge pulak. 5 Nov arrrrr !!!


Entry bersambung.....


Friday, 25 October 2013

Cerita ke2: Kunci Rumah

Hari yang paling memenatkan !

Nak dapat sesuatu kena korbankan sesuatu la kan. Ok chaiyok !

Langkah pertama- Ke bank keluarkan duit. Ohooo banyak oo nak guna duit nanti. So keluarkan berapa yang patut sahaja !

Langkah kedua - Ke TNB untuk sambung elektrik kat rumah. Takkan nak dok dalam gelap lak oi. Kat situ kena isi borang aku janji dan borang domestik. Then sediakan 2 setem hasil untuk pihak TNB la. Tapi..berita baik untuk pemohon mulai 24 Oktober 2013, tak perlu bawak setem hasil dah. Buat bayaran di kaunter dalam tu je nanti. Cisssss terawal sehari aku. Ha ha. Naik nombor, then tunggu la orang TNB tu check semua, dia kata ok, terus bangun blah la. Tunggu apa lagi kannn. Katanya, kalau takda apa-apa masalah, dalam 2 hari elektrik dah on. Ok !

Langkah ketiga - Menuju ke LHDN untuk matikan setem Surat Perjanjian. Tapi tak perlukan setem hasil kat sini. Dorang just stamping jer. Bayar kat situ la yer ! 
Masa aku sampai pukul 1.15 tgh. Kaunter tutup rehat rupanya. Ingatkan tak tutup. Hmmm berjanggut la tunggu kat situ. Tepat pukul 2 pintu buka jer, terus serang masuk. Ambil nombor giliran, isi borang apa tah. Kejap jer nak stamping tu. Tapi yang lamanya nak tunggu pegawai dorang sign. Dekat setengah jam jugak la dok tunggu. Mood bengang dah ! Dah tau diperlukan sentiasa, punctual la masuk ofis tu ! Menyampah orang camni ! Siap, ambil, blah 

Langkah keempat - Ke Syabas buka akaun bil air. Yang ni pon satu hal. Memusing-musing aku cari jalan nak ke Syabas tu. Nasib ada maps kat handpone. Tu pon dia bagi jalan kot lain. Dah la takda signboard apa. Ingatkan jalan ke hutan mana. Nasib ada pakcik jual air tepi jalan yang bagitau. Tidak memang aku patah balik je. Takda orang pon. Isi borang, ambil no. giliran, Tunggu orang tu key in, print resit. Ambil no. giliran untuk bayar , then siap ! Oh yeaa..staff tu cakap dalam 3 hari bekerja air akan on. Baik !!

Balik cepat-cepat. Dah pukul 3.30 petang. Kang opis BPH tutup pulak. Siap fotostet semua resit tadi, terus ke kaunter and submit. Nanti officer yang incharge akan keluar suruh sign borang terima 3 keping surat tu. Siap sign, ambil kunci then balik !

Boleh la tengok rumah sebelum malam. Kalau malam habuk pon tak nampak la. Kelam takda lampu lagi. Thehe he he.

Wednesday, 23 October 2013

Cerita Bermula : Kuarters... Antara Suka atau Duka

Tengah aku kusyuk dok mengisi borang nak  buat semula kad akses aku, tetiba aku dapat call dari 038880****. 2 3 saat jugak aku pause seketika tengok nombor tu. Nak angkat ke tak ? Orang cakap kalau takot nak angkat call tu sebab banyak hutang kan. Nooooooooo laaa. Aku takot orang insurans yang call. Tak suka tau !!! Dah cakap takmau pon still nak cakap panjang lagi. Nasib aku ni baik dengar jugak even lastly aku cakap takmau jugak. Pfftttt

Ehh back to the topic. Nak cerita pasal call tu kan. Aku pon pick up je la call tu. Bila dengar dia cakap, 'Saya call dari BPH'... Owhhhh hati dah berbunga-bunga. Dia cakap surat tawaran dah siap. Datang bawak segala salinan yang dia mintak, then baru dia keluarkan surat tawaran. Jenis aku pulak jenis malas nak tanya banyak. Tak tanya la dapat kat mana. Bila orang-orang ofis tanya dapat kat mana, aku pon jawab ' entah, tak tanya pon'. Ahakhakhak

Aku pon siapkan dulu segala urusan kat ofis, pastu baru keluar ambil segala dokumen yang diperlukan. Siap fotostet semua, terus shoot ke BPH. Bagi copy kat officer dekat kaunter tu, then dia masuk dalam paskan kepada pegawai yang in-charge. Masa dia suruh isi borang terima/ tolak tu, aku cari-cari jugak kat mana alamat kuarters tu. Bila dia tunjuk kat surat tawaran, omaigodddd ! Why P9  ???!!

Dia cakap boleh isi terus terima/ tolak atau dalam masa 7 hari. Kena faks pulak nanti. Tak payah la. Nak tunggu dapat pon sampai 2 tahun. Harusla aku terima. Isi terus kat situ jugak.

Bila fikir-fikir di mana lokasi betul-betul rumah tu, tetiba kawan aku cakap yang dekat simpang empat tu. Yang susah parking tu. Omaaiiigodddd sekali lagi ! Kawasan yang dari sejak aku dok sini lagi aku dah banned kawasan tu. Berharap la tak dapat kuarters area situ. Alih-alih ???? Amek kauuu. Cakap sangat. Kan segala benda yang tak suka kan dah dapat. Cukup kan ?!

Takpe la. Dah rezeki kot. Terima la suka ke tak. Terus aku pi bayor deposit rumah RM150 dekat kaunter BPH Blok B1. Pastu balik ofis. Esok la aku settlekan hal-hal lain. Penat dowh !

Malam aku pon keluar la men-survey kawasan tu. Memanggggggg TERLALU DUKACITA sangat la. Dengan parking yang ber-double trouble. Dengan lif yang hidup segan mati takmau. Dengan koridor yang penuh dengan ampaian, bergantungan baju. Dengan conteng-conteng dinding. Soooooooo sad ! Taktau perasaan aku waktu tu. Memang berbeza la dengan time dapat call tu. Hmmmmm


:::: Kecewa sangat. Hilang selera nak makan ::::

Sunday, 20 October 2013

Jenis suka mengikut cakap orang

Weekend yang penuh kebosanan. Menyampah pun ada.
Menyampah bila seseorang tu dapat call dari someone, terus bangun mandi. Dah siap mandi suruh pulak aku mandi katanya nak pi jalan-jalan. Jalan-jalan la sangattttt.
Aku hairan betol dengan manusia yang susah sangat nak berterus terang. Susah sangat ke nak buka mulut cakap nak pi rumah somebody. Cakap jalan jalan memang takda masa aku nak layan. Macam taktau semalam dah cakap takmau jalan.
Nampak tak dua ke'menyampahan' aku kat situ.
First sebab dia suka ikut cakap orang. Takda kuasa kat diri sendiri kot. Tak boleh nak bersuara cakap 'tak' langsung.
Second aku paling menyampah bila orang nak buat keja last minutes. Takda planning dalam hidup gamaknya. Tau la pompuan, kalau last minutes ni sangat tak menjadi la. Fikir nak pakai baju apa pun dah 10minit. He he
Now tengah protes. Masing masing tak cakap. Biarrrrr. Macam takda masa lain nak pi. Minggu ni la baru nak rasa cuti dok rumah pun. Ingat aku dok goyang kaki kat rumah ???
Dengan nak basuh baju, lipat baju, kemas bilik, cuci segala benda. Laki boleh la dok goyang teloq je. Puihhh
Luahan perasaan betol petang petang ahad ni. Menyampahhhhhhhhhhhhhhhh !!!!!

Tuesday, 1 October 2013

Impianku...Taman Kucing

Aku punya impian
Tapi entah bila akan ku capai
Aku cuba berusaha
Agar ku capai impian itu


Sajak ke puisi ke, entah aku pun tak pasti. Ha ha rosak bahasa kan. Tapi nevermind, janji aku ia lahir dari jiwa aku sendiri kannnnn. *poyo ayat

Apa impian aku???

Impian aku adalah nak bina sebuah taman untuk kucing-kucing. Aku nak campak *ganasnya bahasa a.k.a letakkan semua kucing yang aku jumpa kat situ. Semua kucing jalanan. Semua kucing yang tak bertuan. Kucing yang dibuang.

Aku nak lepaskan semuaaaaaaa kat situ. Buat ala-ala taman, ada kolam. Pokok-pokok rimbun. Biar je dorang bebas kat taman tu. No kurung-kurung. Nak berak ka, kencing ka, buang la kat atas tanah tu. Janji pandai kambus ha ha ha.

Tapi.......................aku tak pasti bila impian tu akan tercapai. Sebab aku still searching tanah untuk aku beli. Actually aku nak beli tanah untuk dibuat rumah masa depan. Bukan rumah untuk ke masa depan la. Rumah untuk masa tua aku nanti. Takkan selamanya aku nak berkampung kat KL kot. Dah la rumah takda tanah. Nak bela kucing pon susah.

Back to the story. I'm keep searching tanah untuk dijual. Kira aku nak buat 2 in 1 la. Rumah aku plus taman kucing. Alang-alang nak beli tanah, baik beli yang luas terus kan. Takkan aku kayo sangat nak beli banyak kali. hu hu.

Tapi.....................*tapi lagi  modal aku pon bukan la banyak sangat. Bukannya sampai ratus ratus K pon. Aku mampu setakat bawah 50k jer. Ada ke tanah bawah 50k, tapi luassssss ? 

Mungkin suatu hari nanti ada la rezeki aku. Rezeki untuk kucing-kucing jalanan. Ku memohon padaMu sentiasa.




:::: Ku bersujud kepadaMu ::::