Nak dapat sesuatu kena korbankan sesuatu la kan. Ok chaiyok !
Langkah pertama- Ke bank keluarkan duit. Ohooo banyak oo nak guna duit nanti. So keluarkan berapa yang patut sahaja !
Langkah kedua - Ke TNB untuk sambung elektrik kat rumah. Takkan nak dok dalam gelap lak oi. Kat situ kena isi borang aku janji dan borang domestik. Then sediakan 2 setem hasil untuk pihak TNB la. Tapi..berita baik untuk pemohon mulai 24 Oktober 2013, tak perlu bawak setem hasil dah. Buat bayaran di kaunter dalam tu je nanti. Cisssss terawal sehari aku. Ha ha. Naik nombor, then tunggu la orang TNB tu check semua, dia kata ok, terus bangun blah la. Tunggu apa lagi kannn. Katanya, kalau takda apa-apa masalah, dalam 2 hari elektrik dah on. Ok !
Langkah ketiga - Menuju ke LHDN untuk matikan setem Surat Perjanjian. Tapi tak perlukan setem hasil kat sini. Dorang just stamping jer. Bayar kat situ la yer !
Masa aku sampai pukul 1.15 tgh. Kaunter tutup rehat rupanya. Ingatkan tak tutup. Hmmm berjanggut la tunggu kat situ. Tepat pukul 2 pintu buka jer, terus serang masuk. Ambil nombor giliran, isi borang apa tah. Kejap jer nak stamping tu. Tapi yang lamanya nak tunggu pegawai dorang sign. Dekat setengah jam jugak la dok tunggu. Mood bengang dah ! Dah tau diperlukan sentiasa, punctual la masuk ofis tu ! Menyampah orang camni ! Siap, ambil, blah
Langkah keempat - Ke Syabas buka akaun bil air. Yang ni pon satu hal. Memusing-musing aku cari jalan nak ke Syabas tu. Nasib ada maps kat handpone. Tu pon dia bagi jalan kot lain. Dah la takda signboard apa. Ingatkan jalan ke hutan mana. Nasib ada pakcik jual air tepi jalan yang bagitau. Tidak memang aku patah balik je. Takda orang pon. Isi borang, ambil no. giliran, Tunggu orang tu key in, print resit. Ambil no. giliran untuk bayar , then siap ! Oh yeaa..staff tu cakap dalam 3 hari bekerja air akan on. Baik !!
Balik cepat-cepat. Dah pukul 3.30 petang. Kang opis BPH tutup pulak. Siap fotostet semua resit tadi, terus ke kaunter and submit. Nanti officer yang incharge akan keluar suruh sign borang terima 3 keping surat tu. Siap sign, ambil kunci then balik !
Boleh la tengok rumah sebelum malam. Kalau malam habuk pon tak nampak la. Kelam takda lampu lagi. Thehe he he.
Balik cepat-cepat. Dah pukul 3.30 petang. Kang opis BPH tutup pulak. Siap fotostet semua resit tadi, terus ke kaunter and submit. Nanti officer yang incharge akan keluar suruh sign borang terima 3 keping surat tu. Siap sign, ambil kunci then balik !
Boleh la tengok rumah sebelum malam. Kalau malam habuk pon tak nampak la. Kelam takda lampu lagi. Thehe he he.
No comments:
Post a Comment
Jangan Malu, Jangan Segan untuk komen (^^,)