Tuesday, 1 October 2013

Impianku...Taman Kucing

Aku punya impian
Tapi entah bila akan ku capai
Aku cuba berusaha
Agar ku capai impian itu


Sajak ke puisi ke, entah aku pun tak pasti. Ha ha rosak bahasa kan. Tapi nevermind, janji aku ia lahir dari jiwa aku sendiri kannnnn. *poyo ayat

Apa impian aku???

Impian aku adalah nak bina sebuah taman untuk kucing-kucing. Aku nak campak *ganasnya bahasa a.k.a letakkan semua kucing yang aku jumpa kat situ. Semua kucing jalanan. Semua kucing yang tak bertuan. Kucing yang dibuang.

Aku nak lepaskan semuaaaaaaa kat situ. Buat ala-ala taman, ada kolam. Pokok-pokok rimbun. Biar je dorang bebas kat taman tu. No kurung-kurung. Nak berak ka, kencing ka, buang la kat atas tanah tu. Janji pandai kambus ha ha ha.

Tapi.......................aku tak pasti bila impian tu akan tercapai. Sebab aku still searching tanah untuk aku beli. Actually aku nak beli tanah untuk dibuat rumah masa depan. Bukan rumah untuk ke masa depan la. Rumah untuk masa tua aku nanti. Takkan selamanya aku nak berkampung kat KL kot. Dah la rumah takda tanah. Nak bela kucing pon susah.

Back to the story. I'm keep searching tanah untuk dijual. Kira aku nak buat 2 in 1 la. Rumah aku plus taman kucing. Alang-alang nak beli tanah, baik beli yang luas terus kan. Takkan aku kayo sangat nak beli banyak kali. hu hu.

Tapi.....................*tapi lagi  modal aku pon bukan la banyak sangat. Bukannya sampai ratus ratus K pon. Aku mampu setakat bawah 50k jer. Ada ke tanah bawah 50k, tapi luassssss ? 

Mungkin suatu hari nanti ada la rezeki aku. Rezeki untuk kucing-kucing jalanan. Ku memohon padaMu sentiasa.




:::: Ku bersujud kepadaMu ::::

No comments:

Post a Comment

Jangan Malu, Jangan Segan untuk komen (^^,)