Sunday, 27 October 2013

Perabot (Part 1)

Entry disambung......

Alkisah aku membeli perabot-perabot ni di dua tempat yang berbeza. Sebab?! Of course la sebab murah dan cantik.

First men-survey di Dengkil. Kenapa Dengkil ? Sebab orang-orang-orang cakap Dengkil lagi murah daripada Bangi dan seangkatannya. So, menuju lah ke Dengkil. Kena pulak hari Ahad. Kompem la tutup. Ingat opis je nak cuti. Kedai pon nakkkkk jugakkkkk. Tapi aku paling tak suka sangat la kalau kedai cuti time ofis cuti. Dah tu orang ofis nak shopping time mana? Time keje ke? Tak puas hati betui. Tapi tu semua terjadi kat pekan yang kecil la kan. Bandar besor buat gitu memang cari muflis la. Ha ha ha

Kat Dengkil ni banyakkkkk la jugak kedai perabot. Tapi antara 5 yang aku cari, 2 je yang bukak. Yang kedai orang-orang cakap murah tu pon tutup jugak. Nak buat camne dah takda rejeki. Pasrah (-.-")

First masuk kedai sederet dengan Cavenzi tu. Kedai pon satu pintu. Barang pon tak banyak. Tanya pon nak taknak je jawab. Tak payah la. Jom keluar cari kedai lain.

Lalu depan Cavenzi. Tapi takmau masuk. Dah ber-blog aku baca, semua cakap non-hokay. So tak payah buang masa tengok. Gerak !

Lalu sepusingan jumpa satu lagi kedai perabot. Okay masuk tengok. Kedai dua pintu. Susunan kemas dan cantik. Macam ni la baru I Like ! he he. Tambah pulak salesman dia baik kot. Cakap slow nak mampoh. Siap ada lesung pipit lagi. Hakhak. Eh salesman ke owner ? Entah laaa

Naik turun tengok apa yang ada. Semua memuaskan hati ! Siap kira semua. Nak tukar sofa warna tu la, warna ni la. Tapi bila nak buka bil, kitorang cakap " Tak payah lagi la. Esok datang lagi. Boleh guna atm kan? ". Bajet bersungguh la nak beli. Nasib la dia tak banyak songeh. Tak paksa-paksa. Layan je. Kihkihkih

Pastu terus ke Home Vision (HV), Seri Kembangan pulak. Sebab dapat pamplet yang agak murah la. Dah sampai dalam pukul 8.00 malam. Survey naik tengok segala benda, macam okay jugak. Tapi dah over budget la. Yela semua nak yang elok-elok. Sofa yang kat Dengkil 2k something tu, kat HV ni hanya RM1400 sahaja ! Gila kau murah kot. Ada promosi katakan. So memang decide ambil yang tu je la. Luas lak boleh muat ramai. Time orang-orang mai la. Time berdua tu, kami la conquer semua ha ha.

Tilam pun upgrade yang RM800. Kat Dengkil tu RM300+, tapi tilam biasa je kot. Tapi ada kedai Dengkil murah, kedai HV mahal. Biasa laa marketing.

Bila kitorang nak chow balik, dia dok halang. Salesman tu suruh buka bil jugak. Ambil barang. Dok paksa-paksa ni aku tak suka ni. Tu sebabnya aku tak suka sangat tanya macam-macam. Just tengok takpe lagi tak buang masa orang. mR.him suka sangat tanya maca-macam. Kan orang tu dah expect nak ambil sungguh.

Macam-macam alasan kitorang bagi nak blah dari kedai tu. Tak bawa duit lagi la, itu la ini la. Tapi dia tetap halang kami balik. Damn ! Lastly kena buka bil jugak la. Tak sempat nak survey dah kat tempat lain. Kitorang ambil katil, tilam, dressing  table, meja makan dan sofa je kat kedai ni. Meja tv tak cantik. So, pilihan tetap kat kedai Dengkil.

Disebabkan kami cakap tak bawa duit, so kena guna debit kad je la. Tidak kena bayar 30% daripada jumlah barang beli. Tapi kami bayar RM500 je dulu. Sapa suruh paksa-paksa ! Tapi dia suruh settlekan esok sebab dah procedure camtu.

Ok settled buka bil. Dia cakap sofa ambil masa seminggu. Ok fineeee. Hantar je semua sekali. Kang hantar dua kali kena extra charge pulak. 5 Nov arrrrr !!!


Entry bersambung.....


No comments:

Post a Comment

Jangan Malu, Jangan Segan untuk komen (^^,)