Wednesday, 31 December 2014

First Trial A-dha ~~Serum Adha Rosak ??

Ha ha haaa menggatal la nak tukar produk kecantikan. Baru je beli NourAin, ni try A-dha pulak. Terjebak. Tengok orang cakap tak pakai bedak pun muka ok. Tu yang nak try tu. he heee




Excited kot hari-hari pakai. Hampir 2 minggu dah pakai.

Tetiba....!!!!!
teng tenggg tenggggg


Dapat perkhabaran, serum yang dipakai tu rosak. Tu pun sebab kawan dah pakai sebelum ni. Jadi dia tau la warna sebenar serum tu. Dia kata serum tu warna putih jernih je. Macam warna air. Tapi yang dapat ni, kekuningan sikit.


Aku ? Kan first timer, mana ku tahu. Hari-hari la dok tonyoh kat muka. Nasib la tak da effect apa-apa lagi. Hu huuuuu.

Jadi, terpaksa pulangkan balik kepada penjual. Beli haritu beramai-ramai. 10set kot. Tapi 2 serum je yang berwarna kuning. Malang betoi huhuuu.

Lepas seminggu dapat la semula serum dari penjual. Kawan aku ambil satu botol, aku ambil satu. Buka-buka je, warna kuning jugak. Aku expect kilang produce yang baru warna kuning kot. Then, aku buka la kotak serum aku pulak. Buka je, warna putih jernih.

Meaning that, memang serum tu rosak la. Warna kuning, pekat. Yang aku punya, cecair jernih macam air elok je. Tapi bau hampir sama je. Tak la busuk.

Nasib tanganku baik  kali ni, pilih botol yang betul. ha ha haaa. Yang kawan aku, pulangkan semula la kot. Katanya nak mintak refund balik je. Sebab dah dua kali. Entahlaa. 

Penjual nak check pun tak boleh, sebab kotak seal plastik dan ditampal hologram. Kalau dah buka, siapa yang nak beli pulak kan. Risiko betul.

Nasib la beli kat trusted seller dan dah ramai kawan opis beli situ. Kalau tak, susah jugak kot nak tukar.


Tengok perbezaan warnanya,



Beza kan ???!!


Friday, 21 November 2014

Wall Shelves Warna Warni di Index Living Mall, IOI City Mall

Semalam pembukaan Ioi City Mall dekat Putrajaya tu. Tak pasti masuk kawasan Putrajaya ke tak. Tapi untuk tidak meng-confuse-kan orang, kita cakap di Putrajaya je la. Ramai confuse dengan Ioi Mall yang kat Puchong tu. Nama pun hampir sama je.

Entry Ioi City Mall belum siap lagi, tapi nak up entry ni dulu. Just to share pada yang mencari Wall Shelves yang macam kat Ikea tu. Teruja sangat nak share sebab apa ?? Sebab aku laahhh orang yang mencari-cari wall shelves ni merata. Tau la ada kat Ikea, saja nak try cari tempat lain dulu. he he

Okay !! Now berita baik pada sekalian yang mencari Wall Shelves. Kini tak perlu ke Ikea yang sesak, susah nak parking tu lagi, tak perlu ke GM Klang yang jauh tu lagi **bagi aku jauh la Klang tu sebab aku dok kat Putrajaya hee :)**

Segala-galanya ada di IOI City Mall, Putrajaya. Konsep dan style Index Living Mall ni memang sama je dengan Ikea. Cuma kecik sikit la. Ikea tu kan besoorrrr. 

Tapi aku just nak focus kat wall shelves je. Yang lain-lain korang boleh p jenguk sendiri la di sana yek. Sebenarnya ada dua outlet home deco ni. Satu lagi nama Home Pro. Tapi disebabkan aku sampai dah pukul 9 malam, jadi setakat round je la dulu tengok. Tak masuk belek lagi Home Pro tu. Lain kali jenguk lagi. Takpe dekat jeee. Hari-hari pun boleh p. He heee

Meh kita tengok gambo yek :)








Ni nama kedainya.


Haaaaaaa kauuuuu. Gilo tak giloooo. Banyakkk kannn.  Memang kalau ada duit, malam tu jugak aku beli.

Harga ?? Hampir sama je dengan Ikea untuk Wall Shelves tu. Barang lain aku tak tau la pulak, sebab memang ke Ikea haritu dok survey wall shelves ni.


So, pada yang dah berkenan tu, boleh la jengah-jengah Ioi City Mall ni yekk. Rasa laa sakit pinggang berjalan sebab besarrrrrrr sesangat mall ni.  Hu hu.



Entry ini entry tidak berbayar.
**Sejak bila entry aku ada yang berbayar ha ha haa**


Wednesday, 29 October 2014

Shopping di Ikea

Disebabkan terdapat hari bonus, iaitu hari cuti di hari bekerja **banyaknya hari aku, haruslah kita menggunakan dengan sebaik-baiknya. Bukan senang nak dapat cuti free hoihhh.

Nasib dan baik, en.somi pun cutiiiii. So, moh ler kita jenjalan sepuasnya. Syiokk jalan time weekday dan time orang bekerja ni. Sebab ?? Op kos sebab tak jammed dan parking tak full ! Ngehhhh


Hajat di hati nak ke Ikea. Sebab time weekend memangggggggg aku serik nak pi dah. Gila parking penuhhhhh !!! Tak sanggup menambah dosa memaki hamun dalam kereta hu hu hu hu.

Siap gerak keluar dah nak sampai jalan naik Equine tu, tetiba aku teringat, adakah aku lupa tutup suis iron ???? Hahh !! Tanya en.somi, of kos dia jawab dah tutup. Taktau la betui ka, atau sebab malas nak patah balik. Huiiiiiii

Sanggup lagi aku patah balik, daripada kehilangan sebuah tempat tinggal. Gila kauu !!
Terus patah balik, naik rumah tengok dah tutup pun. Takpe la. At least boleh berjalan dengan hati yang tenang. Ceh ~


Ok, bergerak semula. Dah sampai kat depan IOI Mall tu, tetiba aku teringat KL Festival City. Tak penah sampai lagi kat situ. Disebabkan kat situ ada Kaison, kalot la aku nak pi terjah. Pusing pulak ke Setapak nun.

Actually. tak menarik pun mall ni. Takda daya tarikan pun kat aku laa. Masuk Kaison, memang gilaaaa. Kalau banyak duit, memang habes dah aku shopping. Just ambil mood untuk projek terbaru aku. he heeeee


Dah habis pusing satu mall, en.somi ajak ke Ikea pulak. Jommmm sajaaaaa. Bukan aku yang drive ponnnn.


Syiokkk jeee masuk Ikea. Jalan depan The Curve tu pun takda kenderaan. GILA ! Macam pelik pulak ha ha. Parking lagiiiiii la banyakkkkk kosong. Sampai tamak nak pilih kat situ, kat sini.

Moh kita jenjalan cuci mata kat sini.



Gilaaaaa tengok bahagian lighting ni. Uihhhh..menggugat iman.



Taktau nak beli apa pun sebenarnya. Tapi biasalah, kalau dah masuk kompem akan beli sesuatu punya. 
Tengok hasil rembatan,

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v



Kuing kuing kuing. Abes jugak la rm50. hukhukk







Ni frame yang depan belakang. Dah lama teringin nak beli. Tengok ramai yang buat photobooth majlis kawin guna prop nih.



Ni tempat letak plastik. Hewwwww. Tak payah letak dalam laci dah.


Yang lain-lain nak letak mana ??? 
Tunggu hasil sepenuhnya nanti yerrrr !!
Heeee :)



Friday, 17 October 2014

Penapis Air Coway Murah

Selama ni tak pernah terlintas di fikiran pun nak beli penapis air Coway ni. Sebab ??? Op kos la sebab harga dia. Gilaaaaaa. Tak mampu Ai. 

Sanggup aku pakai penapis air yang kat paip sinki tu je. Tu pun beli sebab air kotor teruk hari tu. Tak sanggup nak menambah hutang komitmen tiap-tiap bulan. Tambah pulak aku rasa elektrik mesti banyak  naik. Yelaa ada air panas terus situ. Memang tidakkkkkk la jawapannya.


TAPI,

Secara tetiba, dapat harga runtuhhhhhh !! Very the impossible la nak dapat harga RM1000 untuk penapis air Coway.

En.Somi la pulun nak beli. Nak beli, beli je laaa. Bukan guna duit aku ponngg ! Ha ha ha


DAN,

Taraaaaa... Siap di bawa pulang ke rumah.


Tunggu orang datang pasang. Kos pasang RM100 sahaja. 
Kiranya penapis air tu RM900 je laa.

Taraaaa...Siap ON ! Dah nyala !




SEBENARNYA,

Ni penapis air second hand. Opis En.Somi let go sebab dah habis sewa beli. So, benda baru lagi. Tak  baik membazir kannnnn. 


Masa awal-awal aku takot jugak la bil letrik tinggi. SO, dah warning En.Somi, kalau bil tinggi, kita let go semula. Ni dah dapat bil. Kita tengok perbezaan selepas sebulan guna penapis air Coway ni.




Tengok perbezaan sebelum dan selepas guna Coway. Beza around 7 8 ringgit jugak lah. Ni baru 17 hari guna. Sebab aku start guna 26 Sept. Bil letrik setakat 13 Okt. Uishhhhh banyak jugakkkk.

Tengok la bil aku tiap-tiap bulan sebelum ni. RM25, RM26 je. Owhh bulan September aku tak boleh compare sebab family datang. So agak tinggi jugak lah. RM29. 

Tak boleh compare jugak. Kena tunggu bil bulan depan pulak la camni. Hmmmmmmm 
(-,-")


UPDATE


Bil elektrik bulan Nov RM36.19 dan Disember RM35.53.


Kesimpulannya, water filter ni menambahkan dalam hampir 50kwh, kira-kira dalam RM10 laa.

Sekian laporan harini. 


Thursday, 9 October 2014

Waiting............




Klik gambar untuk gambaran lebih jelas.


Yuhuuuuu tak sabau nyeeee.
Mudah kannn nak tengok sampai kat mana dah barang kita. 



Semak status penghantaran dengan Track and Trace PosLaju. (Klik sini)
Wahhh macam iklan hee hee hee.


Cuba Try Test NourAin

Wehuuuuuu...

Barang yang ditunggu-tunggu sudah tiba dengan selamat. Thank you PosLaju. Memanggg lajuuuuu. Sehari je dah sampai. 





Dan thank you jugak untuk penjual yang berurusniaga dengan cepat dan pantas. Aku suka jenis online seller camni. Sekali whatsapp, terus di-reply-nya. Takda la pending ke.... Aku faham la seller ni pun ada life jugak nak uruskan. Tapi, sebagai pembeli, mesti la nak seller yang cepat dan pantas replynye. Kami bayar kan !
Bukan apa, takut jenis yang lambat reply tu, bila dapat payment buat lambat nak pos pulak. That's why lerrrrr.

Dan, online seller yang aku beli ni, memang tiptop la feedback-nya. Tanya sepatah, dia jawab 10 patah. Ok la kannn. Nak tarik customer. I likeee !! Dan after payment pun, 30minit camtu terus bagi tracking number. Perghhh mantopp. Macamni boleh la aku repeat order lagi. Dah percaya !

Tips nak percaya lagi kat online seller ni, kena baca komen-komen kat produk yang dia jual. Nampak macam normal, ok la tu. Kalau takda komen,  like je banyak, tak boleh percaya jugak. Followers ni kadang semua orang post, semua nak like. Entah apa-apa jeeek. =P

Panjang benor mukadimahnya. heheee. Cerita pasal Nourain tak start lagi pun.

Ok lah ok lah. Ceritanya aku baru je nak cuba try test Nourain ni. Nampak testimoni macam best jugak la. Tapi semua produk testimoni best-best. Kalau tak best tak laku la. 

Tapi sebab utama aku pilih produk ni, sebab......... tak payah pakai banyak-banyak krim. Tak remeh.  Siang 1, malam 1, time mandi 1. Kan senanggggg. Aku bukannya rajin benor nak pakai banyak-banyak serum la, toner la bagai. Penyakit malas ni memang payahhhh. 

Sebab tu aku pilih yang 3 in 1 je. Produk Nourain ni ada je 5 in 1, yang ada serum, toner bagai tu. Nak tak nak je laa. Aku just nak basic je, ok la pilih 3 in 1 ni. Ada sabun, krim siang a.k.a uv protection dan krim malam. Complete ! untuk aku la hee hee hee.

Dan takda pantang larangnya. Boleh je pakai bedak ke apa keeeee. Cuma kena pakai sabun je dulu untuk 3 4 hari pertama. Ok lettueww.

Tak sabornyeee nak balik pakai sabun Nourain ni. 

Setelah bertahun-tahun aku jadi pengguna setia skincare Tia Amelia, tapi harini aku berpaling arah. Ha ha haaa saja nak try benda lain pulak. Hidup mesti ada kemajuan kannn. Hakhak



Thursday, 11 September 2014

Wordless Thursday

Sunday, 7 September 2014

Edisi Boring :~ Melawat Genting Highland

Bila muncul hari minggu je, dah mati akal nak ke mana. 

Sabtu, rehat, tidur seharian. Best gilakkkkk.

Ahad, dah tak mengantuk. So, moh kite jalan.

Nak ke mana ??? Entah !!

Last last pi Genting Highland. Aku teringin nak pi Bukit Tinggi. Nanti la pulak. (--,")

Sebenarnya dah lama tak memandu. Rindu woih nak memandu lama-lama. So, memandu la kita.

Tapi tak berapa feel, sebab bawak kereta auto. Tak seronok ahh. Aku suka lagi kereta kecil manual ku. Lain kali pulak bawak jalan manual yerrr ! (^^,)v


Owh becerita tentang Genting. Dah tak seronok naik atas tu. Semuanya under construction. Outdoor Theme Park op kos la dah hilang, jadi padang jarak padang tekukur dah. 

Indoor pun tinggal keretapi atas, dan bawah tu jer. Serius takda apa pun yang menarik. Games banyak la sebab bangunan lain. Memang saja nak botak kepala la kalau main games kat situ hu hu

Hotel First World yang warna warni tu pun dah tinggal separuh. Menakutkan je tengok. Dengan ceracak sana sini. Pastu dok jalan pulak bawah dia. Eeeeiii

Sana sini lori keluar masuk. Tunggu 2016 je la siap semua, baru naik semula. Rasanya nak buat macam USS la kot. Mesti menarik !


Kita layankan gambar je la,,,



Yang side kanan tu, dah takda bangunan. dah dipecahkan. Serius takut jalan bawah ni.


Outdoor Theme Park. Yang tinggal hanya Arena of Stars.


Coming soon 2016 !



Monday, 1 September 2014

Heel Shield ::: Masalah Kasut Longgar Selesai !

Sebelum ni tak pernah pulak terfikir nak beli benda alah ni. Dah hampir setahun kot aku tak pakai kasut ni, gara-gara longgar. Dah la beli mahal, campur pos lagi rm3 jadi rm100 la.

Tup tup pakai sekali dah rasa tak selesa sebab longgar. Thats why lerrrr aku tak suka beli kasut secara online. Memang takkan menepati specs kaki punya la hu hu. Tapi beli jugak, sebab cantik. -_-"

Dan tetiba aku di bagitau pasal group Preloved kat fb. Apa lagi, semua kasut yang aku tak pakai tu aku nak let go la. Nasib lagi orang yang nak beli tu kata size tu besar. Nasib kauuuuu !

Lepas tu dapat info pasal Heel Shield Scholl ni. Katanya boleh bagi ketat kasut. Hati mula berbunga kembali la. He heee

Terus ke Watsons, cari Heel Shield ni. Harga ?? Informer tu cakap RM12 jek. Pi kat Watson tengok harga RM15.10, tu pun selepas diskaun 15% kot. Harga asal RM17+. Huihhhh mahai nyaaaa. Tapi beli jugak.



Balik buka, terus tampal kat kasut. Ada sepasang tau. Camni.





Then try !



Hak hak dah ketat kasut kuuu. Dah boleh pakai tanpa control dah. Siokkkk tau !

Kalau rasa longgar lagi, boleh tepek satu lagi atas tu.

Masalah selesai !


Monday, 25 August 2014

Kenduri ProDiet 8kg

Payday payday !!

Yeahhh hari yang ditunggu-tunggu sudah tiba. Hari kebesaran penjawat awam. Iaitu hari gaji ha ha ha. Lama benau nak menunggu. Biasa la kan, bulan raya, habis cepat la gaji. Tu pun dapat jugak bertahan sampai hujung bulan tanpa mengorek sesen pun simpanan. Yeahhh berjaya berjimat !

Disebabkan makanan kucing aku pun dah kehabisan, *memang aku bajet cukup-cukup hari gaji pun he he, berjaya lagi!, so memang kena keluar membeli la.

Google punya google cari makanan murah, tak jumpa pulak. So, mencuba nasib je la di Aeon Big Alamanda. Kot ada promosi dapat murah la. Harga yang selalu aku usha, RM70 gitu kalau 7kg/8kg apa-apa jenama.

Cepat-cepat gerak ke Alamanda. Tutup  nanti tak makan kucing aku hu hu. Perghhhh ramai giler manusia di Aeon Big. Sampai troli pun habis. Itu biasa. Hari gaji katakannnnn ;)

Tengok kat bahagian pets, ada lagi promo makanan kucing ProDiet. Tengok yang paling besarrrrrr sekali. Takda harga la pulak. Jenuh la aku usung pi scan harga kat price scanner. Tet tet.....RM58.60. Perghhhh murah murah. Sebab aku bajet range harga tu je. Kalau RM70 tu memang aku tak beli la.

Masa tu, Smartheart 7kg RM59.90, ProDiet 8kg RM58.60, Whiskas RM72 kot. Yang mana paling berbaloi. Opkos la ProDiet kann. Murah dan lebih 1kg dari Smartheart. Terus pi cari bakul nak tarik pi bayar. Berat woihhh.

Ambil pulak Smartheart 500gm tu untuk anak bulus manja aku. Tapi untuk kitten habis pulak. Terpaksa ambil yang adult.

Sebenarnya, yang ProDiet besarrrr tu untuk kenduri kucing-kucing jalanan yang aku jumpa. Nampak tak pilih bulu kat situ. Ha ha ha haa nampak macam anak bulus sendiri dapat yang disisihkan kan.

Padahal anak bulus aku tu, makanan siang dia je kibbles tu. Makanan masa bekerja. Time aku ada, memang dia makan ayam rebus, ikan rebus. Pehhhh demand weh. Kalau tak,bingit telinga ku ini. Adoiiiyai.

Kerana sayang, aku turutkan jua. Tapi yang best, bagi ayam rebus bulu dia bersinar-sinar. Cantik weh. Dah tu badan bulat. Geram dehh nak tampar-tampar peha. He heee

Dan ProDiet besar tu aku berharap la dapat tahan 10 tahun. Rasanya boleh tak ??? Kompem la takkkkkk. Kucing jalanan berapa banyak yang aku bagi makan. Jumpa bagi, jumpa bagi. Kalau 10 kali aku lalu, 10 kali la aku bagi. Sebab tu cepat habis makanan kucing 1.5kg yang selalu aku beli tu. Sebulan 2 kali aku beli. Means 3kg untuk sebulan. Hu hu hu

Bila dicongak, kalau yang selalu aku beli 1.5kg tu, sebulan 2 kali beli :

1.5kg x 2 = 3kg
Sepeket 1.5kg = RM15.90

Maka, 2 paket x RM15.90 = RM31.80/ sebulan


Aku beli 8kg = RM58.60

Means, 1kg = RM7.32
Kalau peket 1.5kg = RM10.99/peket



Nampak tak beza, kalau beli banyak terus dengan beli pek kecik 1.5kg tu ?
Beza sepeket hampir RM3 jugak. Beli pek 8kg tu boleh dapat 5 pek 1.5kg tu. Cer darab bahagi. Korang akan jimat hampir RM26.

See......

Kita sebagai pengguna haruslah bijak mencari harga yang rendah. Tapi kalau dah terdesak, terpaksa jugak la beli yang mahal pun, ye dak ?? Nak tunggu promosi, berpuasa la kucing-kucing tu. He he hee



Ni Prodiet. 


Ni Smartheart untuk Pussie kat rumah tu. Kitten dah habis, terpaksa ambil Adult.
Perbezaan antara Smartheart Adult dan Kitten. Gedabak punya besarrrrr. Sekali  makan, kenyang seminggu ha ha
Lepas ni makan Prodiet jugak la Pussie. Malas nak beli macam-macam jenama he he




Budak penyibokkkk !! (^^,)